Hamil Kali Pertama? Ini 7 Tips Berguna Untuk Memilih Baju Mengandung Agar Kekal Cantik & Sopan!

Bagi wanita sedang hamil, tentu sekali agak sukar untuk memilih baju ibu mengandung yang selesa dan sopan. Beberapa tips ini mungkin dapat membantu anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam fasa kehamilan, salah satu perkara yang akan mengalami perubahan paling ketara pastinya adalah perut ibu itu sendiri. Justeru, pemilihan baju mengandung yang bersesuaian adalah sangat penting untuk si ibu.

Anda jangan risau, meskipun perut kelihatan semakin membesar, anda masih boleh nampak cantik dan bergaya terutama dengan pelbagai rekaan baju mengandung yang ada pada hari ini.

Namun selain menumpukan perhatian pada rekaan yang cantik semata-mata, memilih baju mengandung yang selesa perlu diutamakan terlebih dahulu ya! Jom kami kongsikan kepada anda beberapa tips untuk memilih baju mengandung yang sesuai untuk anda bagi mengelakkan sebarang kerugian dan kesilapan.

Perlukah Beli Baju Mengandung?

Ada yang beranggapan bahawa baju mengandung untuk ibu hamil tidaklah menjadi keutamaan, kerana masih ada banyak pakaian lain yang boleh dipakai dalam tempoh 9 bulan itu. Namun, tidak semua pakaian sesuai untuk ibu mengandung kerana saiz badan telah berubah sepanjang kehamilan. 

Disebabkan itu, untuk ibu khususnya yang pertama kali hamil, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli beberapa pasang baju hamil selepas perut semakin membesar supaya anda lebih selesa dan pergerakan anda tidak terbatas. 

Tidak perlu beli baju ibu mengandung yang berjenama mewah, cukuplah jika pakaian itu didatangkan dengan fabrik yang selesa dan mampu membuatkan anda kelihatan tetap bergaya terutama jika berada di luar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Memilih Baju Mengandung

Sebenarnya setiap wanita mengandung masih boleh kelihatan bergaya dan rasa hebat di mata suami. Namun, anda sendiri perlu mengetahui ciri-ciri baju pregnant yang patut dipilih.

Hal ini kerana anda biasanya akan diduga dengan pelbagai masalah kesihatan sepanjang tempoh kehamilan dan mengharungi rutin harian yang agak mencabar.

Justeru, amat penting untuk anda bijak memilih baju ibu mengandung agar sentiasa berasa selesa serta tidak rimas.

#1. Pakaian mengikut berat badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilih baju yang boleh laras kecil atau besar di bahagian pinggang supaya dapat disesuaikan dengan kenaikan berat badan dan saiz perut anda. Kebiasannya, baju ibu mengandung boleh dilaras dengan tali yang dijahit di bahagian pinggang kiri dan kanan.

#2. Pilih baju biasa saiz lebih besar

Pastikan anda hanya shopping ketika perut sudah mula kelihatan semakin membesar. Baju khas untuk ibu mengandung ini selalu direka untuk keselesaan maksimum.

Oleh hal demikian, adalah lebih baik  jika anda membeli blouse mahupun dress biasa dengan saiz lebih besar kerana masih boleh memakainya untuk 3 bulan pertama kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mengenali jenis bentuk badan

Jika perut anda lebih ke bawah, pakaian lembut di bahagian pinggang akan lebih selesa. Jika ingin pilih baju untuk raya, potongan baju raya ibu mengandung yang labuh melepasi perut akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik. Misalnya baju kurung mengandung atau jubah dengan potongan A.

Namun sekiranya perut berada kedudukan lebih tinggi, anda boleh cuba wujudkan garisan antara dada dan perut dengan memakai baju yang mempunyai tali.

#4. Elak pakaian ketat

Ketika masih dalam trimester pertama, lupakan dahulu baju yang terlampau ketat sehingga menonjolkan bentuk tubuh. Pilih baju menggunakan material seolah-olah jatuh secara semula jadi dan longgar di perut serta pinggul bagi menutup pertambahan berat badan anda. 

Bukan itu sahaja, pastikan anda mengenakan kain khas untuk ibu mengandung yang mempunyai getah sokongan dan tali boleh laras pada bahagian perut. Lebih bagus jika anda sudah berjinak-jinak mengenakan baju oversized (namun tidak terlalu besar) pada tubuh anda supaya kelihatan lebih selesa!

#5. Pemilihan pakaian berdasarkan trimester kehamilan

Untuk trimester ke-2, melaburlah untuk mendapatkan beberapa pasang baju yang sesuai untuk setiap perkembangan janin anda seperti ikatan di belakang dan butang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini membolehkan anda melaras pakaian tersebut ketika fizikal mengalami perubahan badan dari masa ke semasa. Ia pasti satu pelaburan cukup berbaloi.

Bagi kehamilan trimester ketiga pula, pilih seluar mengandung yang selesa namun tetap bergaya. Pertimbangkan untuk tidak memakai kasut tumit tinggi kerana ia boleh membawa kepada masalah sakit belakang. Gantikan dengan “flats” atau sandal.

#6. Jangan beli baju dengan saiz terlampau besar

Elakkan diri daripada godaan untuk membeli baju mengandung yang jauh lebih besar dari saiz anda. Hal ini akan membuatkan anda hilang keyakinan dan sukar untuk bergerak. Tidak dinafikan ketika mengandung, ibu akan mengalami kenaikan berat badan jauh lebih banyak dari biasa.

Seboleh-bolehnya ibu tidak mahu kenaikan berat badan nampak terlampau jelas bukan? Dalam hal ini, baju ibu mengandung sepatutnya akan memberikan efek lebih kecil di bahagian yang sepatutnya, namun dalam masa sama memberikan ruang untuk perut untuk lebih selesa.

#7. Teliti material yang digunakan

Pilih baju ibu hamil yang sesuai untuk menyusu supaya anda dapat memakainya untuk jangka masa lama. Yang paling baik adalah dengan fungsi selak sahaja di bahagian dada baju dan tanpa zip.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, elakkan fabrik baju yang keras dan sebaliknya memilih material kapas atau memeri. Pilihan warna pakaian amat penting untuk meningkatkan seri ibu mengandung. Pilih sahaja warna-warna lembut dan mempunyai corak menegak untuk kesan lebih kurus.

Elakkan memilih pakaian dengan corak yang besar kerana ia mampu membuatkan tubuh badan kelihatan lebih chubby. Jika anda memakai tudung, jenis tidak perlu gosok dan menutup bahagian dada membuatkan anda nampak sopan dan kemas.

Baju Mengandung Muslimah

Untuk wanita muslimah, anda tidak perlu risau. Banyak baju mengandung muslimah yang dijual di pasaran dan akan membantu anda untuk kelihatan bergaya, cantik dan sopan. 

#1. Jubah atau dress

 

Anda boleh sahaja memilih baju jubah atau dress dengan fabrik lembut atau kapas supaya boleh memakainya sepanjang tempoh mengandung sehinggalah melahirkan anak. Kini, banyak baju yang jenis labuh, sopan, boleh regang dan tidak perlu digosok ada dijual secara dalam talian atau di butik-butik.

#2. Corak bunga

Pilih baju bertemakan bunga untuk kelihatan lebih menawan dan lembut apabila dipakai oleh anda. Dapatkan juga pada saiz yang dirasakan sesuai oleh anda untuk dipakai sepanjang tempoh kehamilan. 

#3. Blouse lengan panjang

Selain itu, untuk wanita muslimah anda juga boleh memakai blouse dengan fesyen jenis lengan panjang untuk berjalan-jalan atau ke pejabat. Pilih warna yang akan membangkitkan semangat anda seperti biru atau merah jambu agar anda kelihatan lebih lembut, berseri dan yakin.

#4. Baju mengandung ala Korea

Kini, banyak fesyen ala Korea untuk baju mengandung yang boleh didapati dengan reka bentuk moden yang menarik. Ia pastinya akan membuatkan anda tetap nampak sopan dan cantik.

#5. Fabrik jenis pleated

Material kain jenis pleated semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita. Anda boleh dapatkan jubah dengan pleated chiffon kerana kainnya yang tebal pastinya akan membuatkan anda rasa selesa dan cantik sepanjang masa. Lagi best, anda tidak perlu membuang masa menggosok jubah anda itu!

Design Baju Mengandung yang Perlu Dielakkan

Tidak semua pakaian sesuai untuk dipakai ketika sedang hamil. Ini antara beberapa rekaan yang perlu dielakkan semasa anda sedang mengandung:

  • Seluar yang ketat. Ia akan memberikan tekanan kepada anda dan bayi dalam kandungan. Anda juga pasti berasa tidak selesa sepanjang masa ia dipakai terutama jika perut sudah membesar.
  • Baju yang singkat. Terutama untuk wanita muslimah, baju mengandung yang singkat boleh menampakkan perut anda lebih-lebih lagi jika anda sedang mengangkat tangan.
  • Pakaian yang terlalu besar. Bagus jika anda memakai baju yang besar dari bentuk badan anda, namun janganlah ia terlalu besar kerana ia mungkin akan menampakkan anda kurang kemas dan juga mengurangkan keyakinan diri anda. 

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Sumber:

  1. theBump (Sept 21, 2022). Maternity Clothes 101: Your Complete Buying Guide. www.thebump.com/a/maternity-clothes
  2. PBC Expo (n.d). Tips on buying maternity clothes. www.pbcexpo.com.au/blog/tips-on-buying-maternity-clothes
  3. Very Well Family (March 31, 2022). Everything You Need to Know About Maternity Clothes. www.verywellfamily.com/maternity-clothes-4685940

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Tips Memilih BAJU Mengandung Yang Betul, Jangan Salah Beli, Rugi Nanti Tau!

Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

Baca juga: 13 Maternity Photoshoot Idea Yang Dijamin Boleh Buatkan Ibu Hamil Teruja & Puas Hati!