Kerajaan menyediakan bantuan bencana banjir untuk mangsa yang terkesan akibat musibah itu melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000.
Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir?
Kerajaan menawarkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat Monsun Timur Laut atau bencana lain yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Jadi, jika anda terkesan, jangan risau – bantuan bencana ini ada untuk meringankan beban!
Syarat Kelayakan Bantuan Banjir NADMA
Syarat kelayakan bantuan bencana banjir:
- Bantuan ini ditawarkan bagi bencana alam utama seperti banjir, tanah runtuh, ribut/taufan, gempa bumi, tsunami, atau bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), berdasarkan tafsiran kejadian bencana seperti yang ditetapkan dalam Arahan NADMA No. 1.
- Bantuan ini hanya akan diberikan sekali sahaja jika anda terkesan oleh bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
- Untuk kejadian bencana di luar musim MTL, bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja dalam tempoh tiga (3) bulan selepas kejadian bencana berlaku.
- Pemohon mesti warganegara Malaysia yang berpindah atau berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jika bencana ribut berlaku dan tiada PPS dibuka, pemohon mestilah berdaftar dengan JPBD.
- Pemohon perlu menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan tinggal di rumah kediaman persendirian ketika bencana berlaku.
- Rumah kediaman bertingkat juga layak untuk menerima bantuan ini jika terdapat unit yang didiami, asalkan unit tersebut tidak terjejas, atau hanya unit di tingkat bawah yang terjejas.
- Bantuan ini diberikan berdasarkan jumlah ketua isi rumah yang didaftarkan, dengan sekurang-kurangnya sepuluh (10) KIR terjejas dalam setiap kejadian bencana. Jika kurang dari sepuluh (10) KIR terjejas, bantuan ini masih boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah NADMA atau pihak berkuasa pengurusan bencana.
Jumlah Amaun Kelayakan
Jumlah bantuan bencana banjir yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Berikut adalah cara permohonan bantuan bencana banjir:
1.Secara Manual di Pejabat Daerah
Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
2.Rujuk Ketua PPS
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
3.Rujuk Ketua Komuniti, Pegawai Daerah
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
*Tiada permohonan secara online.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) sebelum mengemukakannya kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sekiranya pemohon menghadapi sebarang masalah atau memerlukan bantuan, mereka boleh merujuk kepada Pejabat Daerah yang berfungsi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain.
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Wang Ihsan
Berikut adalah soalan lazim berkaitan bantuan wang ihsan atau bantuan bencana banjir:
1.Apakah syarat wajib dan bagaimana ingin mendapatkan borang BWI?
- Mangsa bencana hendaklah berpindah atau berdaftar di PPS
- Borang boleh didapati di PPS atau portal rasmi NADMA
- Borang tersebut dihantar kepada petugas PPS atau pejabat daerah berdekatan
2.Siapa ditakrifkan sebagai KIR (Ketua Isi Rumah)
- Lelaki atau perempuan yang dianggap sebagai ketua oleh ahli isi rumah atau ahli keluarga yang tinggal di satu alamat kediaman sama
- Terhad kepada satu KIR sahaja tanpa mengira bilangan isi rumah
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai BWI, anda boleh kemukakan pertanyaan melalui Pejabat Daerah yang berhampiran dengan rumah kediaman.
Atau boleh rujuk di portal rasmi NADMA melalui pautan berikut: www.nadma.gov.my/
Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa bencana banjir.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!
Baca juga: 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas
Baca juga: Ucapan Untuk Mangsa Banjir Dan Doa Yang Penuh Hikmah Untuk Kembalikan Semangat Mereka
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!