X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bapa ini mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikan anaknya makanan khinzir

12 May, 2017
Bapa ini mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikan anaknya makanan khinzir

Apa yang telah dilakukan oleh Michael Jones sehingga pembunuhan anaknya ini dilabelkan sebagai ngeri dan menakutkan?

Ini adalah perkongsian sebuah kisah, bagaimana seorang bapa telah mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikannya makanan khinzir. Ia sungguh meruntun jiwa.

Andrian Jones, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun ketika meninggal dunia. Michael Jones, ayah kepada Adrian, 46 telah diberi hukuman penjara sekurang-kurangnya 25 tahun. Sementara isterinya, Heather Jones, 31 sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Apa yang telah dilakukan oleh Michael Jones sehingga pembunuhan anaknya ini dilabelkan sebagai ngeri dan menakutkan? Berikut adalah apa yang telah dilakukan oleh bapa kejam ini;

  • Michael telah meletakan sistem pengera pada tempat simpanan makanan bagi mengelakan Adrian yang kelaparan dari mengambil makanan
  • Adrian telah dipaksa berdiri di dalam kolam renang yang kotor berjam-jam lamanya
  • Adrian telah diikat pada meja songsang 
  • Adrian dipaksa berbogel dan berdiri di bawah pancuran air mandi yang telah diubah suai supaya dia tidak dapat melepaskan diri
  • Adrian kadang-kala dipukul dengan bahagian belakang penyapu oleh ibu tirinya
  • Selain didera dan dibiarkan kelaparan, Michael merakam semua penderaan terhadap Adrian melalui 30 kamera litar tertutup yang dipasangnya
  • Setelah Adrian meninggal dunia, mayatnya telah diberikan kepada khinzir peliharaan Micheal untuk dimakan
  • Kematian Adrian ialah pada September atau Oktober 2015, namun tidak dilaporkan

 

Video Adrian dipaksa makan di atas lantai dengan tangan diikat, boleh dilihat di pautan ini.

Bapa ini mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikan anaknya makanan khinzir

Kaki Adrian yang bengkak akibat diikat, foto ehsan MailOnline

Bapa ini mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikan anaknya makanan khinzir

Adrian yang dipaksa berdiri di dalam kolam renang kotor dan sejuk berjam-jam. Foto ehsan MailOnline

Bapa ini mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikan anaknya makanan khinzir

Adrian diikat pada meja songsang. Foto ehsan MailOnline

Ibu kandung Adrian, Dainna Pearce telah kalah dalam mendapatkan hak penjagaan Adrian dan dua adik-beradiknya beberapa tahun yang lalu. Beliau berharap agar Michael dan Heather terseksa dengan lama di dalam penjara dan tidak akan dapat memaafkan mereka.

Ibu Dainna, Judy Conway, berkata, hanya pada minggu lepas beliau mempunyai kekuatan untuk melihat gambar dan video Adrian didera.

Katanya kepada Michael, hal ini tidak akan dilupakan, rasa sakit hati yang mereka rasakan tidak akan dapat dibaiki dan hati mereka yang hancur tidak dapat dicantum semula. Keiona Doctor, 21, kakak kepada Adrian pula berkata yang Michael tidak layak peluang kedua, malah tidak layak berada diluar sebagai manusia bebas.

Hakim bagi perbicaraan kes ini telah mengarahkan Michael untuk terus berada di dalam parol seumur hidup jika dia dibebaskan nanti. Semasa perbicaraan, Michael telah mengalihkan kerusinya supaya tidak terpandang nenek, ibu dan kakak Adrian. Peguam daerah Wyandotte County telah menyifatkan kes ini sebagai kes paling teruk pernah mereka lihat.

Malah, Detektif Stuart Littlefield semasa memberi kenyataan yang mayat Adrian telah diberi makan pada khinzir, terpaksa memohon sejenak kerana terlalu sebak. Baki mayat Adrian telah dijumpai di tanah sewaan selepas pegawai polis mendapat tahu yang kanak-kanak lelaki itu hilang melalui laporan Michael Jones mendera isterinya.

Penderaan kanak-kanak

Isu penderaan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang asing sekarang. Satu kenyataan yang menyedihkan. Namun ianya realiti yang kita sendiri dengar hampir setiap hari. Malah, pelakunya seakan-akan berlumba-lumba siapa yang lebih “hebat”!

Apa yang kita boleh lakukan? Sebenarnya ada yang kita boleh lakukan untuk menghentikan perbuatan dera dari berleluasa. Sama ada sebagai ahli keluarga mahupun orang luar.

Tidak kira sama ada ahli keluarga, jiran, guru atau sahabat, jika kita mengetahui yang seseorang itu didera kita HARUS melaporkan hal ini. Ianya bukan soal mencampur tangan, tapi tindakan ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka yang didera.

Terdapat banyak cara untuk anda laporkan hal ini;

  • melaporkan pada pihak polis
  • menelefon tele-dera, 15999
  • melaporkan pada rukun tetangga untuk siasatan
  • menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran
  • menghubungi mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.
  • rujuk pada hospital berhampiran

Sumber: Metro, Jabatan Kebajikan Masyarakat

Stories Rakan Kongsi
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong
Boosting Their Immune System: 5 Ways To Keep Your Growing Up Child Fit and Strong
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bapa ini mendera dan membiarkan anaknya kelaparan sebelum menjadikan anaknya makanan khinzir
Kongsikan:
  • Wanita hebat ini keluarkan anaknya sendiri dari perut semasa pembedahan C-Section!

    Wanita hebat ini keluarkan anaknya sendiri dari perut semasa pembedahan C-Section!

  • Pemandu teksi ini bersatu semula dengan anak yang hilang selepas 24 tahun

    Pemandu teksi ini bersatu semula dengan anak yang hilang selepas 24 tahun

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Wanita hebat ini keluarkan anaknya sendiri dari perut semasa pembedahan C-Section!

    Wanita hebat ini keluarkan anaknya sendiri dari perut semasa pembedahan C-Section!

  • Pemandu teksi ini bersatu semula dengan anak yang hilang selepas 24 tahun

    Pemandu teksi ini bersatu semula dengan anak yang hilang selepas 24 tahun

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.