TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Barang kemas dilarikan akibat kasihan

15 Feb, 2017
Barang kemas dilarikan akibat kasihan

Mereka telah memberikan alasan sekiranya tidak mencapai sasaran untuk memeriksa pesakit mereka akan dimarahi majikan malah turut merayu mahu pemeriksaan ke atas salah seorang daripada kami.

Ahad lalu, Sinar Harian telah melaporkan satu kejadian barang kemas dilarikan di Batu Pahat melibatkan seorang pembantu rumah dan majikannya.

Jumiah Jumaah, 34 mendakwa kerugian kira-kira RM1,500 setelah diperdaya dua wanita yang tidak dikenali.

Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu di kediaman majikannya, Refeah Mansor, 84.

Mangsa mendakwanya, kegiatan tersebut didalangi seorang lelaki serta dua wanita warga tempatan berusia 20 hingga 30 yang mendakwa diri mereka sebagai individu yang memeriksa kesihatan.

“Pada mulanya wanita tersebut tidak dibenarkan masuk oleh majikan saya kerana waktu itu hanya kami berdua di dalam rumah memandangkan ketika itu merupakan waktu Solat Jumaat dan agak sunyi. Mereka beredar dari sini setelah gagal memujuk kami untuk membuka pintu tetapi mereka kemudian meminta air atas alasan anaknya yang berada dalam kereta kehausan,” katanya lagi.

Tambahnya, selepas kedua-dua wanita itu beredar, tidak sampai 15 minit mereka datang semula dengan alasan yang sama iaitu ingin memeriksa kesihatan kami dengan menunjukkan objek yang dipercayai alat berbekam.

Mereka telah memberikan alasan sekiranya tidak mencapai sasaran untuk memeriksa pesakit mereka akan dimarahi majikan malah turut merayu mahu pemeriksaan ke atas salah seorang daripada kami.

“Pada ketika itulah saya membuka pintu kerana kasihan dengan mereka dan melakukan pemeriksaan kesihatan seperti yang diminta dalam keadaan meniarap. Ketika itu jugalah salah seorang daripada mereka meminta saya membuka barang kemas yang dipakai dan meletakkan alat bekam yang dibawanya di atas belakang saya selain meminta saya menunggu dalam masa lima minit untuk tujuan pemeriksaan.”

“Setelah merasakan masa sudah melebihi lima minit dan terlalu lama, saya bangun dan mendapati wanita berkenaan telah melarikan diri dan saya menyedari barang kemas yang saya letakkan di atas lantai telah tiada,” katanya lagi.

Barang kemas dilarikan akibat kasihan

Jumiah (berdiri) dan Rafeah (duduk) menunjukkan alat bekam yang ditinggalkan oleh suspek selepas mereka lari bersama barang kemas miliknya. Foto ehsan Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menyatakan sehingga Isnin pihaknya tiada menerima laporan berkaitan kes terbabit, selain menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali.

Zaman sekarang, orang jahat semakin ‘kreatif’ dan licik dalam memikirkan cara untuk memperdayakan orang untuk kegiatan tidak bermoral mereka. Bagi untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa, kita juga harus lebih berhati-hati dengan semua orang. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang tidak dikenali.

Berikut adalah 5 tips untuk lebih berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali:

1. Sentiasa pastikan pagar dan pintu berkunci

Waktu siang terutamanya waktu bekerja, suasana akan lebih sunyi. Pastikan pagar dan pintu berkunci bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan rumah anda. Ini dapat mengurangkan risiko mereka memasuki kawasan rumah anda dan cuba berinteraksi dengan anda.

2. Dapatkan kepastian pengirim, pasangan atau ibu bapa sekiranya ada penghantaran

Sekiranya terdapat penghantaran barang yang perlu untuk mereka masuk ke dalam ruang pagar, periksa dahulu barangan tersebut dari siapa dan dapatkan kepastian dari penghantar (sekiranya perkhidmatan pos laju, anda boleh semak nombor jejak melalui aplikasi mereka). Sekiranya barangan tidak terlalu besar, tidak perlu membuka pagar untuk mereka letakkan barang.

3. Elak menunjuk yang anda berseorangan

Sekiranya pasangan atau ibu bapa terpaksa bekerja di luar dan anda keseorangan, elakkan menunjukan (seperti di media sosial) yang anda berseorangan. Ini akan menjadikan anda sasaran untuk mereka yang berniat jahat. Dapatkan kawan atau adik beradik untuk menemani anda semasa ketiadaan pasangan atau ibu bapa.

4. Jangan mudah percaya

Sekiranya terdapat individu yang mengaku ingin membuat sebarang pemeriksaan di dalam rumah, minta kad pengenalan kerja mereka atau terus hubungi syarikat mereka (seperti Tenaga Nasional, Majli Perbandaran). Malah, sekiranya pihak berwajib ingin mengadakan pemeriksaan, mereka akan terlebih dahulu memberi notis.

5. Telefon polis jika meragukan

Terus telefon pihak polis sekiranya terdapat individu meragukan cuba memasuki rumah anda. Jangan cuba melawan atau menakutkan mereka. Minta nasihat pihak polis dan terangkan apa yang mencurigakan pada individu tersebut.

Walau apa sekali pun situasi, sentiasa utamakan keselamatan diri sendiri dahulu. Jangan terlalu mudah percaya dengan sesiapa.

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Barang kemas dilarikan akibat kasihan
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham