Setiap kali bayi atau anak kecil mengalami batuk berkahak, ibu-ibu akan berasa risau dan bimbang dengan keadaan mereka. Ditambah lagi mereka tidak berupaya untuk membuang kahak tersebut sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa.
Untuk pemilihan ubat diberikan kepada mereka juga perlu berhati-hati kerana khuatir ia akan memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Jadi bertemu doktor adalah tindakan yang tepat.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara hilangkan batuk berkahak pada bayi dan kanak-kanak mengikut usia si manja
- Keadaan anak tidak memerlukan rawatan
Cara hilangkan batuk berkahak pada bayi dan kanak-kanak mengikut usia si manja
Selain perubatan moden, ibu juga boleh mencuba cara ini bagi menghilangkan rasa tidak selesa akibat batuk yang disusuli dengan kahak. Berdasarkan perkongsian artikel pada asmakgo.com, di sini 5 tips boleh diamalkan oleh ibu.
1- Usia 3 bulan – 1 tahun
Berikan jus epal atau air lemon suam dengan sukatan 1-3 sudu (5ml – 15ml) dengan 4 kali sehari apabila batuk.
Bagaimanapun sekiranya bayi berusia di bawah 3 bulan, berjumpa dengan doktor serta pastikan tidak memberikan madu jika anak di bawah usia 1 tahun.
2- Usia 1 tahun – 5 tahun
Boleh berikan madu dengan sukatan 1/2 sudu – 1 sudu (2ml – 5ml) yang diperlukan.
Pemberian madu ini membantu dalam mengurangkan batuk malah, kajian menunjukkan madu lebih baik daripada ubat lain yang mampu mengurangkan batuk di tengah malam.
3- Usia 6 bulan dan ke atas
Makan ubat batuk untuk mengurangkan kesakitan kerongkong. Jika tiada, boleh gunakan jenis yang gula-gula.
Ibu dan ayah perlu elakkan memberi ubat batuk berbentuk kapsul atau tablet kerana dibimbangi kanak-kanak akan tersedak.
4- Mandi dengan air suam
Wap daripada air suam boleh membantu dalam mengurangkan batuk yang dialami.
5- Minum banyak air masak
Ibu dan ayah pastikan badan anak anda yang mengalami batuk kekal hidrat. Langkah ini adalah untuk memastikan batuk itu berkurangan serta mudah untuk menghembus nafas.
Keadaan anak yang tidak memerlukan rawatan
Terdapat keadaan apabila anak anda mengalami batuk namun, dia tidak memerlukan rawatan tersebut.
1- Tidak mengganggu aktiviti
Tanda-tanda batuk tersebut tidak mengganggu aktiviti harian anak anda, jadi rawatan tidak diperlukan kepada mereka. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami batuk serta rasa sejuk dapat bermain dengan baik dan memberikan mereka tidur nyenyak.
2- Dapatkan rawatan sekiranya batuk yang dialami mereka mengganggung aktiviti harian selain membuatkan mereka berasa tidak selesa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka
Baca juga: Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!