Memasak memang seronok malah bukanlah mengambil masa yang lama untuk menyiapkan hidangan, namun yang leceh ialah penyediaan bahan. Mungkin ada ibu-ibu di sini menghadapi masalah sama, sudahlah sibuk urusan kerja, pulang ke rumah terus ke dapur, penat bukan. Perkongsian Raden Nor Kamalia mengenai cara menyimpan cili dan bawang kisar tahan lama agar memudahkan ibu-ibu memasak di dapur.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara menyimpan bawang kisar tahan lama sehingga dua minggu
- Cara menyimpan bawang putih kisar
- Cara membuat cili kisar yang betul agar tahan lebih lama
Jadi ibu bolehlah simpan stok ini untuk memasak. Nak menumis bahan buat lauk-pauk atau apa sahaja makanan yang memerlukan cili dan bawang, keluarkan sahaja dari peti ais, jimat masa.
Tambah lagi Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, sudah tentu ibu-ibu mahu melakukan kerja dengan cepat dan pantas.
Cara menyimpan bawang kisar tahan lama sehingga dua minggu
Bahan-bahan:
6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil, minyak masak dan garam
Cara-cara:
- Kupas semua bawang, cuci dengan air dan keringkan.
- Hiris kecil-kecil kesemua bawang serta masukkan ke dalam pengisar basah.
- Tuang minyak masak ke dalam pengisar dengan anggarannya separuh daripada jumlah bawang.
- Sekiranya bilangan bawang penuh satu pengisar, masukkan minyak masak dengan anggaran setengah pengisar.
- Apabila siap, masukkan bawang yang telah dikisar ke dalam bekas.
- Tambah sesudu garam di atas permukaan bawang yang telah dikisar sebelum disimpan di peti sejuk.
- Anggaran bawang kisar ini boleh tahan seminggu atau dua minggu.
Cara menyimpan bawang putih kisar
Bahan-bahan:
5 labu bawang putih, minyak masak dan garam
Cara-cara:
- Kupas bawang dan buang kulit, cuci serta keringkan.
- Hiris kecil bawang putih masukkan ke dalam pengisar basah dan tuangkan minyak masak dengan anggaran separuh daripada jumlah bawang.
- Sekiranya bilangan bawang penuh satu pengisar, tuangkan minyak masak dengan anggara setengah pengisar.
- Apabila siap, masukkan bawang putih yang telah dikisar ke dalam bekas.
- Letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang putih kisar seterusnya, simpan ke dalam peti sejuk.
- Anggaran bawang putih kisar ini boleh tahan seminggu atau 2 minggu.
Cara membuat cili kisar yang betul agar tahan lebih lama
Bahan-bahan:
Cili kering 100 gram, 3 biji bawang besar, 1 labu bawang putih (8 atau 9 ulas), garam dan asam keeping
Cara-cara:
- Gunting cili kering kira-kira 1 inci.
- Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
- Selepas buang biji cili, masukkan ke dalam periuk berisi air dan rebus hingga mendidih.
- Masukkan satu sudu besar garam ke dalam rebusan cili dan kacau sebentar. Apabila sudah mendidih, tutup api.
- Keluarkan cili daripada periuk dan letakkan ke dalam tapis. Basuh cili di bawah aliran air paip untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
- Masukkan cili yang telah dibasuh ke dalam pengisar basah dan kisar bersama bawang besar dan bawah putih. Kisar menggunakan air tapis.
- Apabila sudah siap, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping serta simpan di dalam peti ais.
- Cili kisar ini boleh tahan sehingga sebulan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 7 Resepi Aiskrim Buah Homemade Yang Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Sukakannya!
Baca juga: Resepi Oreo Cheesecake Sedap Dengan 3 Cara Yang Mudah, Anak Kecil Pasti Suka!
Baca juga: Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!