TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayar Zakat Fitrah Ikut Negeri Mana? Ini Hukum Dan Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

5 min bacaan
Bayar Zakat Fitrah Ikut Negeri Mana? Ini Hukum Dan Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Keliru nak bayar zakat fitrah ikut negeri mana? Ini kadar zakat setiap negeri dan cara pembayarannya supaya ibadah anda lebih sempurna.

Zakat fitrah adalah kewajipan setiap Muslim yang berkemampuan dan ia perlu ditunaikan sebelum solat sunat Aidilfitri. Namun, ramai yang masih keliru mengenai bayar zakat fitrah ikut negeri mana, terutamanya bagi mereka yang bekerja atau menetap di negeri lain selain negeri asal.

Adakah zakat fitrah perlu dibayar mengikut negeri kelahiran atau negeri tempat tinggal? Atau bolehkah seseorang memilih untuk membayarnya di mana-mana sahaja?

Isi Kandungan

  • Bayar Zakat Fitrah Ikut Negeri Mana
  • Bolehkah Seseorang Bayar Zakat Fitrah di Negeri Lain?
  • Perbezaan Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri
  • Hukum Menangguhkan Pembayaran Zakat Fitrah

Bayar Zakat Fitrah Ikut Negeri Mana

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang perlu bayar zakat fitrah negeri mana mengikut negeri tempat dia berada ketika masuk waktu wajib zakat fitrah iaitu selepas terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan.

Ini bermakna, jika seseorang berada di sesuatu negeri semasa tempoh pembayaran zakat, maka dia wajib menunaikan zakat fitrah di negeri tersebut walaupun negeri asalnya berbeza.

Imam Nawawi R.A menyatakan :

إذا كان في وقت وجوب زكاة الفطر…في بلد ومالُه في آخر فأيّهما يُعتبر؟ فيه وجهان : (أحدهما) بلد المال كزكاة المال (وأصحهما) بلد ربِّ المال. ممّنْ صحّحه المصنّف في التنبيه والجرجاني في التحرير والغزالي والبغوى والرافعي وآخرون.

Maksudnya : “Jika seseorang itu sewaktu zakat fitrah wajib (ke atasnya) berada di sebuah negeri, manakala hartanya berada di negeri lain, maka negeri mana satukah yang diambil kira ketika membayar zakat fitrah?”

Terdapat dua pandangan; salah satunya : yang diambil kira ialah negeri tempat di mana harta itu berada sama seperti zakat harta yang perlu dikeluarkan di tempat di mana harta itu berada.

Pendapat paling sahih daripada kedua-dua pandangan ini ialah yang diambil kira ialah negeri tempat di mana empunya harta berada.

Sebagai contoh:

  • Jika seseorang berasal dari Kedah tetapi bekerja dan menetap di Selangor sepanjang bulan Ramadan, maka dia perlu membayar zakat fitrah di Selangor.
  • Jika seseorang merupakan pelajar universiti yang berasal dari Terengganu tetapi sedang belajar di Johor dan tidak pulang ke kampung sepanjang Ramadan, maka dia perlu membayar zakat fitrah di Johor.
  • Jika seseorang berada di Sabah kerana tugasan kerja sepanjang Ramadan, maka dia perlu membayar zakat fitrah di Sabah.

Kaedah ini ditetapkan kerana zakat fitrah bertujuan membantu golongan asnaf yang berada di sekitar tempat seseorang menetap. Oleh itu, lebih utama untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan di kawasan yang paling hampir.

Bolehkah Seseorang Bayar Zakat Fitrah di Negeri Lain?

Dalam keadaan tertentu, seseorang boleh membayar zakat fitrah di negeri lain dengan syarat ia disampaikan kepada asnaf yang memerlukan sebelum hari raya.

Ini biasanya dilakukan dengan cara mewakilkan seseorang untuk membayar zakat di negeri lain.

Namun, pembayaran zakat fitrah ke negeri lain hanya disarankan sekiranya terdapat keperluan yang kukuh, seperti:

  • Seseorang mengetahui bahawa di negeri asalnya terdapat ramai asnaf yang sangat memerlukan bantuan berbanding negeri tempat dia berada.
  • Tiada golongan asnaf yang layak menerima zakat di negeri tempat seseorang berada.

Walaupun begitu, hukum asal tetap menggalakkan pembayaran zakat fitrah di negeri tempat seseorang menetap kerana tujuan utama zakat adalah membantu mereka yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Perbezaan Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri

Setiap negeri di Malaysia mempunyai kadar zakat fitrah yang berbeza kerana ia ditentukan berdasarkan harga beras yang menjadi makanan ruji penduduk negeri tersebut. Oleh itu, seseorang perlu membayar zakat fitrah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh majlis agama Islam negeri tempat dia berada.

Sebagai contoh, berikut adalah kadar anggaran zakat fitrah mengikut negeri pada tahun 2024 :

  • Selangor: RM7, RM14, RM21
  • Johor: RM7, RM10, RM13
  • Kedah: RM7, RM14
  • Wilayah Persekutuan: RM7, RM14, RM21
  • Sabah: RM7, RM14
  • Sarawak: RM7, RM12

Jika seseorang berada di Selangor, maka dia perlu membayar zakat fitrah mengikut kadar yang ditetapkan di Selangor dan bukan berdasarkan kadar negeri asalnya.

Oleh itu, sebelum membayar zakat fitrah, adalah penting untuk menyemak kadar zakat yang telah ditentukan oleh majlis agama Islam negeri masing-masing bagi memastikan pembayaran dibuat mengikut kadar yang betul.

Hukum Menangguhkan Pembayaran Zakat Fitrah

Setiap Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri. Jika seseorang menangguhkan pembayaran zakat fitrah tanpa alasan yang kukuh, maka ia dianggap berdosa kerana melewatkan kewajipan.

Mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat harus mendahulukannya daripada waktunya dua hari berdasarkan kepada kenyataan Ibn Umar R.Anhuma berkata:

كَانُوا يُعْطُونَ صَدَقَةَ الفِطْر قَبْلَ العِيدِ بِيَومٍ او يَوْمَينِ

            Maksudnya : Mereka di kalangan sahabat menunaikan zakat fitrah sebelum hari raya sehari atau dua hari.

Pendapat Mazhab Syafie sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat. Al-Hasan bin Ziyad berpendapat harus menunaikannya daripada waktu setahun atau dua tahun sama seperti zakat. 

Pendapat sebahagian ulama Hanafi bahawa harus mendahuluinya hanya pada bulan Ramadan sahaja. Inilah pendapat yang ditashihkan dalam Mazhab Hanafi dan juga dalam Mazhab al-Syafie.

Walaupun begitu, jika seseorang terlupa atau tidak sempat membayar zakat fitrah sebelum solat Aidilfitri, dia tetap wajib menunaikannya tetapi dikira sebagai qada’.

Stories Rakan Kongsi
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

Oleh itu, adalah lebih baik untuk membayar zakat fitrah lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau kesilapan.

Secara keseluruhannya, zakat fitrah wajib bayar zakat fitrah ikut negeri mana bergantung seseorang berada ketika masuk waktu wajib zakat fitrah, bukan di negeri asalnya.

Oleh itu, setiap Muslim yang berkemampuan disarankan untuk membayar zakat fitrah lebih awal agar ibadah ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Tempat Bayar Zakat Fitrah Ikut Negeri Asal Atau Tempat Mencari Rezeki? Ini Jawapannya

Baca juga: Zakat Fitrah 2024: Hukum, Syarat Wajib & Kadar Zakat

Baca juga: Hukum Puasa Pada 1 Syawal Mengikut Mufti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Bayar Zakat Fitrah Ikut Negeri Mana? Ini Hukum Dan Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham