TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi Lelaki Yang Baru Berusia 10 Bulan Ini Berat Hampir 30 kg!!

1 Nov, 2017
Bayi Lelaki Yang Baru Berusia 10 Bulan Ini Berat Hampir 30 kg!!

Bayi lelaki ini baru berusia 10 bulan, tapi sudah seberat kanak-kanak yang berusia 9 tahun akibat satu sindrom yang jarang dikenali.

Berat sampai hampir 30 kg!

Berat Luis Manuel, seorang bayi lelaki berusia 10 bulan dari Tecoman, Colima, Mexico, ini hampir 30 kg dan doktor mengesyaki dia mempunyai sindrom Prader-Willi.

Luis Manuel telah dilahirkan dengan berat badan yang sihat iaitu seberat 3.2 kg saja, tapi berat badannya telah meningkat dengan kadar yang membimbangkan sejak lepas bersalin.

Ibunya – Isabel Pantoja berkata:

“Selepas 1 bulan, kami sedar pakaiannya tidak muat lagi. Kami membeli pakaian saiz kanak-kanak yang berusia 1 -2 tahun untuknya.

Kami tidak dapat melakukan apa-apa – peningkatan berat badan dia begitu pantas. Kadang-kadang, dia tidak dapat tidur kerana rasa sesak nafas.”

Bayi Lelaki Yang Baru Berusia 10 Bulan Ini Berat Hampir 30 kg!!

Luis Manuel, kini hampir 30kg dan doktor mengesyaki dia mempunyai sindrom Prader-Willi. Sumber gambar: Central European News

Menurut doktor, Luis Manuel kini sama berat dengan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang normal walaupun tinggal 2 bulan saja lagi dari hari jadi pertamanya.

Apa itu sindrom Prader-Willi?

Sindrom Prader-Willi (PWS) adalah keadaan genetik yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan pelbagai masalah.

Pesakit akan ada keinginan untuk makan secara berterusan, sentiasa rasa lapar dan senang naik berat badan sehingga ke tahap berbahaya.

Antara masalah yang dihadapi apabila seorang kanak-kanak menghidap sindrom ini termasuklah:

#1 Bayi jadi sangat lembab

Bayi yang sangat lembab adalah ciri-ciri utama sindrom Prader-Willi yang paling jelas tidak lama selepas anak dilahirkan. Ini disebabkan oleh ketegangan otot yang lemah iaitu hipotonia.

Antara ciri-cirinya:

  • tidak ada pergerakan tubuh badan yang penuh, 
  • tangisan yang lemah
  • tindak balas yang lemah

Bayi Lelaki Yang Baru Berusia 10 Bulan Ini Berat Hampir 30 kg!!

#2 Masalah perkembangan seksual

Bayi lelaki akan mempunyai zakar yang lebih kecil dari biasa ataupun mempunyai testis.

Bayi perempuan juga mungkin mempunyai alat kelamin yang terbantut.

Selain daripada itu, kanak-kanak akan akil baligh dengan lebih lambat dan kebanyakkan mereka mandul akibat masalah perkembangan seksual.

#3 Makan secara berlebihan dan obes

Sekiranya ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak, mereka akan menjadi obes dan berisiko untuk masalah kesihatan lain yang lebih serius seperti diabetes jenis 2.

Kanak-kanak dengan sindrom Prader-Willi juga mempunyai metabolisme yang lambat dan otot yang lemah hingga menyebabkan mereka kurang aktif secara fizikal daripada kanak-kanak lain.

#4 Masalah pembelajaran 

Kebanyakan kanak-kanak dengan sindrom Prader-Willi akan menghadapi masalah pembelajaran sederhana dan IQ yang rendah.

IQ mereka biasanya dalam lingkungan 50-85 saja, iaitu di antara sempadan sederhana atau kecacatan intelektual.

Ini bermakna anak akan mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai pencapaian milestone penting. 

 

Bayi Lelaki Yang Baru Berusia 10 Bulan Ini Berat Hampir 30 kg!!

#5 Pendek

Kanak-kanak dengan sindrom Prader-Willi akan lebih pendek berbanding kanak-kanak lain. Ibu bapa akan mula perasan anak mereka pendek apabila mereka berumur 2 tahun.

Penampilan mereka yang pendek disebabkan oleh tahap hormon pertumbuhan (HGH) yang rendah dan mereka tidak akan melalui growth spurt yang biasa dialami kanak-kanak semasa baligh.

#6 Masalah kelakuan

Kebanyakan kanak-kanak dengan sindrom ini senang marah dan suka buat tantrum secara tiba-tiba.

Stories Rakan Kongsi
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Ia boleh dicetuskan oleh beberapa perkara, contohnya apabila anak tidak diberi makanan tertentu atau tidak dibenarkan untuk melakukan sesuatu.

#7 Masalah Tidur

Ramai kanak-kanak dengan sindrom Prader-Willi akan mengalami masalah tidur. Pernafasan mereka akan terganggu apabila mereka tidur.

Ini dikenali sebagai apnea tidur, dan ia berlaku apabila saluran udara tersumbat dan menyebabkan kanak-kanak itu berdengkur dan berhenti bernafas sebentar.

Bayi Lelaki Yang Baru Berusia 10 Bulan Ini Berat Hampir 30 kg!!

#8 Ciri-ciri wajah yang berbeza

Kanak-kanak dengan sindrom Prader-Willi mempunyai beberapa ciri-ciri wajah tersendiri yang ketara dan boleh dikenalpasti selepas kelahiran. Antaranya:

  • mata berbentuk almond
  • dahi dan bahagian atas kepala yang lebih sempit
  • batang hidung yang kecil
  • bibir atas yang nipis dan tepi mulut yang meghala ke bawah

Tanda-Tanda lain

  • tangan dan kaki kecil
  • mata juling
  • masalah penglihatan
  • kulit yang mudah lebam
  • kesukaran melafazkan bunyi dan perkataan tertentu dengan betul
  • tulang belakang yang tidak normal (scoliosis)

Sindrom Prader-Willi biasanya boleh disahkan dengan menjalankan ujian genetik.

Sindrom ini tidak ada penawar dan cara rawatannya adalah melalui penjagaan makanan, dan pemberian hormon pertumbuhan manusia (HGH) untuk membantu tumbesaran.

Sumber: The Sun, Sumber gambar: Central European News, NHS

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan Ketika Hamil, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Lelaki Yang Baru Berusia 10 Bulan Ini Berat Hampir 30 kg!!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham