Perkembangan Bayi: Ini Yang Anda Perlu Tahu Apabila Bayi Sudah Mencecah Usia 3 Minggu

Perkembangan bayi 3 minggu mungkin tidak semestinya sama bagi semua bayi, tapi yang pasti pada waktu ini bayi sudah semakin membesar dan memberi respon!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedar tak sedar bayi anda sudah hampir sebulan! Tahniah ibu dan ayah anda berjaya melalui satu fasa kurang tidur, bayi menangis dan menyusu tengah malam selama bayi 3 minggu dengan jayanya!  

Percayalah, masa berlalu dengan pantas apabila dia membesar. Sekarang anda boleh perhatikan si kecil cuba mengangkat kepalanya apabila dia meniarap (tummy time).

Pada penghujung minggu ini dia mungkin sudah berjaya dan mungkin boleh menoleh kepalanya ke kiri dan ke kanan. Anda juga akan perasan pergerakan tangan dan kakinya kurang tersentak-sentak kerana dia sudah boleh mengawal otot-ototnya.

Walaupun mungkin terlalu awal untuk katakan sekarang, bayi anda mungkin mulai membentuk beberapa corak penyusuan dan tidur.

Tetapi jangan terlalu mengharap, semuanya akan menjadi satu rutin yang tetap sekurang-kurangnya untuk sebulan lagi atau lebih.

Bayi 3 minggu sudah pandai mengagah!

Foto: iStock

Bayi anda suka mengagah-agah dan berbisik-bisik kepada anda. Galakkan kemahiran komunikasinya dengan bermain dua permainan yang menyeronokkan pada minggu ini.

Mungkin anda lihat anak anda hanya makan, buang air besar dan tidur saja sepanjang masa. Tapi otak mereka sedang menyerap banyak benda sepanjang fasa tiga minggu ini.

Cara yang baik untuk membantu mereka belajar adalah dengan dekatkan muka anda pada bayi anda semasa tummy time.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarkan mereka kaji muka anda dan tiru pergerakan mulut anda. Mungkin tak nampak sangat tapi jika anda perhatikan betul-betul, anda akan perasan yang mereka sedang cuba untuk tiru anda.

Kehidupan anda: menangani masalah kurang tidur

Foto: iStock

Hanya satu perkataan untuk menerangkan bagaimana anda rasa sekarang iaitu ‘penat’! Jika hakikat ini dapat menyedapkan hati anda, ketahuilah bahawa tidak cukup tidur adalah masalah biasa bagi ibu bapa baharu. Jadi apakah yang anda boleh lakukan? Cuba tidur, atau sekurang-kurangnya berehat apabila bayi anda tidur. Berbaloi meninggalkan semua perkara untuk melelapkan mata untuk beberapa minit yang sangat berharga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa letih yang anda alami mungkin disebabkan kekurangan tidur, namun ada juga kemungkinan anda kekurangan zat besi.

Cubalah untuk kekal positif. Berbincanglah dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lebih besar. Mereka telah melaluinya dan akan gembira untuk berkongsi tip-tip bagi mengatasi keletihan. Baca tentang menggalakkan tabiat tidur yang sihat, jika anda mahu. Ia berguna walaupun pada usia ini. Mengetahui bagaimana dan mengapa bayi tidur, akan membantu anda menetapkan bayi ke dalam sesuatu rutin yang sesuai dengan semua orang.

Semasa bayi anda membesar, corak tidurnya akan mulai menjadi lebih teratur. Hanya perlu ingat yang sesetengah bayi memerlukan tidur yang lebih dan ada yang kurang. Selamat berjaya.

Tips untuk membantu anda dalam usia bayi 3 minggu ini

Keletihan membuatkan semakin sukar untuk menangani bayi anda yang sedang menangis. Kadang-kadang dia seolah-olah menangis sepanjang masa. Mengetahui sebab-sebab mengapa bayi menangis dapat membantu anda menanganinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gunakan sepenuhnya pakar kanak-kanak atau pun doktor keluarga anda. Berbincanglah dengannya atau pun kaunselor penyusuan jika anda menghadapi masalah menyusukan anak. Pengeluaran susu yang berlebihan, kesakitan payudara, puting merekah atau pun mastitis adalah masalah-masalah yang biasa, tetapi boleh diatasi.

Perkara-perkara berikut dapat membantu mengurangkan kebimbangan anda:

Mungkin anda tertekan untuk mendapatkan puting kosong bagi membantunya tidur. Kaji kebaikan dan keburukan puting kosong sebelum anda memutuskannya.

Jangan abaikan diri sendiri. Pastikan anda hadir melakukan pemeriksaan posnatum dalam masa enam hingga lapan minggu selepas anda bersalin.

Adakah anda mencuba untuk menyesuaikan diri dengan senaman lantai pelvis selepas bersalin? Ia penting untuk membantu otot-otot anda untuk pulih selepas bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips menidurkan bayi

Foto: iStock

Memakaikan bayi anda di dalam penyandang dan membawanya berjalan selalunya berkesan bila menidurkan bay. Kepalanya elok-elok berada di bawah dagu anda. Kedudukan ini menjadikannya terus mengerekot dan dia boleh mendengar degupan jantung anda yang baginya seakan ‘lullaby’. Apabila dia sukar tidur malam, anda boleh mendodoikannya semasa mendukung, buaian juga satu pilihan yang bagus, namun anda perlu lebih berhati-hati untuk bayi seawal usia ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Baby Center, Haibunda

Baca juga: Milestone Bayi 3 Minggu, Kulitnya Makin Bersih & Tidak Mengelupas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan