Bila tiba musim cuaca tidak menentu hujan dan panas silih berganti, pasti ramai yang tidak sihat. Bayi dan kanak-kanak antara kumpulan selalu terjejas. Jadi kali ini kami kongsikan tips bagaimana untuk melegakan bayi batuk berkahak yang boleh ibu ayah cuba di rumah.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Tips mudah melegakan bayi batuk berkahak tanpa perlu pergi klinik
- Jenis batuk yang dialami kebanyakan bayi dan kanak-kanak
Bila bayi batuk, sama ada berkahak atau tidak memang kasihan melihatnya. Mereka akan jadi penat dan sudah pasti akan meragam kerana tidak selesa.
Tips mudah melegakan bayi batuk berkahak tanpa perlu pergi klinik
Jika bayi anda sedang batuk berkahak, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan kesannya kepada bayi dan meningkatkan proses penyembuhan. Antaranya termasuklah:
- Rehat secukupnya – pastikan bayi anda mendapat rehat secukupnya seperti tidur awal. Elak bawa anak ke tempat ramai orang kerana mereka mungkin akan rasa tidak selesa bila berada di tempat yang crowd.
- Tepuk percussion – Cuba baringkan anak anda dalam keadaan meniarap, dan buat tepuk percussion di bahagian belakang badannya. Cara ini adalah menepuk bahagian belakang badan dengan tapak tangan melengkung. Ia membantu melonggarkan pernafasan bayi yang sedikit sempit kerana berkahak.
- Perbanyakkan menyusu badan. Kaedah ini dilakukan supaya lendir di saluran udara cepat dicairkan sehingga lebih mudah dikeluarkan. Untuk bayi di bawah umur 6 bulan, disarankan agar ibu untuk memberikan cecair dalam bentuk susu ibu atau formula. Manakala bagi bayi berusia lebih dari 6 bulan yang telah memakan makanan pelengkap (makanan pelengkap), anda boleh memberi mereka air atau jus buah.
- Mandian lemon – lemon terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi. Bau lemon akan membuatkan bayi segar dan saluran pernafasan terbuka. Letakkan beberapa hirisan lemon dalam mandian anak anda
- Urutan – urutan mampu memberikan keselesaan kepada bayi
- Sedut hingus – mengeluarkan hingus anak dengan cara menyedut hingus menggunakan peralatan yang sesuai. Ini akan melegakan anak anda.
- Jaga pemakanan – jika ibu masih menyusu badan, jagalah pemakanan. Elak makanan yang akan membuat anak lebih berkahak. Makanlah makanan yang berkhasiat untuk anak.
Jenis batuk yang dialami kebanyakan bayi dan kanak-kanak
Bayi dan kanak-kanak boleh menghidap pelbagai jenis batuk. Antaranya termasuklah:
- Batuk basah – penumpukan lendir pada bahagian tekak atau dada dan boleh menjadi punca bayi batuk berkahak
- Batuk kering – Terjadi kerana tekak berasa gatal, umumnya ia tidak akan menyebabkan penghasilan kahak
- Batuk kronik – dialami lebih tiga minggu dan biasanya disebabkan virus atau jangkitan
Bayi dan kanak-kanak sememangnya akan mudah terkena batuk, selesema dan demam. Ia adalah proses tubuh membina antibodi ketika diserang kuman penyakit.
Sekiranya beberapa tips di atas tidak berkesan dan keadaan si manja tidak berubah, ibu ayah hendaklah segera membawa bayi ke klinik yang berdekatan.
Biasanya doktor akan memberikan ubat antibiotik yang perlu dihabiskan dalam tempoh tertentu. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Ikan Singgang Versi Baby, Bagus Untuk Meredakan Demam & Batuk Si Manja
Baca juga: Risau Batuk Anak Makin Teruk, Ini 7 Jenama Ubat Batuk Kanak-Kanak Terbaik Untuk Mereka
Baca juga: Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak