X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?

7 min bacaan
Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?

Cirit birit bayi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius iaitu dehidrasi yang teruk kepada si manja.

Cirit birit bayi ini merupakan masalah kesihatan yang sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Dan kebiasaannya, dalam kebanyakan kes, ianya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan apa-apa komplikasi merbahaya yang lain.

Walau bagaimanapun, baby cirit birit ini sebenarnya tidak boleh diambil enteng juga kerana sudah terjadi kes di mana ia meragut nyawa seorang anak kecil. Sebab itulah sebagai ibu bapa, anda perlu memiliki ilmu tentang tanda bayi cirit birit, ubat cirit birit budak, petua hilangkan cirit birit bayi, ubat cirit birit bayi, warna najis bayi, tanda bayi cirit birit susu, cirit birit najis bayi berlendir, dan sebagainya.

Najis bayi yang kadangkala cair itu adalah normal. Namun, bayi anda mungkin sedang mengalami cirit-birit jika dia kerap berak cair dan tiada najis ketul. Sebab itu penting untuk ibu bapa tahu tanda-tanda si kecil mengalami cirit birit.

Isi Kandungan

  • Punca Berlakunya Cirit Birit Bayi
  • Punca Cirit Birit Bayi: Rotavirus
  • Tanda Baby Cirit Birit
  • Bagaimana Cara Untuk Ibu Ayah Mengenali Dehidrasi?
  • Tanda Yang ‘Common’ Apabila Berlakunya Cirit Birit Bayi
  • Apakah Perbezaan Cirit Birit Bayi Dengan Najis Yang Normal?
  • Petua Menghilangkan Cirit Birit Bayi
  • Kaedah Rawatan
  • Bagaimana Cara Untuk Mengelakkan Masalah Ini Berulang?

Punca Berlakunya Cirit Birit Bayi

cirit birit bayi

Masalah kesihatan ini amatlah bahaya jika dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana baby cirit birit berpanjangan boleh berlaku untuk tempoh beberapa hari sehingga mengakibatkan tubuh bayi kekurangan air dan garam bagi meneruskan kehidupan.

Cirit-birit bermakna najis cair yang dibuang sebanyak tiga (3) kali atau lebih dalam masa sehari. Atau dalam bahasa paling mudah, anak kecil anda mengalami cirit birit apabila mereka kerap membuang air besar berbanding kebiasannya.

Cirit birit juga terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Cirit-birit akut: Ia terjadi dengan tiba-tiba dan berpanjangan kurang daripada dua (2) minggu.
  2. Cirit-birit kronik: Ia terjadi secara berlarutan/berterusan melebihi dua (2) minggu.

Punca berlakunya cirit birit bayi ini adalah:

#1. Jangkitan

Cirit birit adalah simptom jangkitan yang berpunca daripada sejumlah organisma bakteria, virus, serta parasit yang di mana kebanyakannya tersebar oleh air tercemar dengan najis. Jangkitan pula akan lebih kerap berlaku di kawasan yang kekurangan air bersih dan selamat untuk diminum, diikuti dengan persekitaran yang tak terjaga dengan baik.

#2. Kurang Nutrisi

Baby cirit birit sehingga menyebabkan maut kebanyakannya berlaku oleh kerana kekurangan zat makanan. Ia sekaligus meningkatkan kecenderungan untuk mudah terkena keadaan seperti ini.

Setiap kali baby cirit birit, ia akan menyebabkan masalah kekurangan nutrisi yang semakin teruk.

#3. Sumber Air

Bayi cirit birit juga boleh menular daripada seorang individu kepada yang lain. Risiko pula akan menjadi semakin tinggi sekiranya kebersihan diri seseorang itu tidak dijaga sebaik-baiknya.

Malah, cara penyediaan dan penyimpanan makanan juga boleh menjadi punca utama cirit-birit. Tambahan pula, ikan serta makanan laut (seafood) yang tercemar juga mampu menjadi faktor kepada penyakit dan masalah kesihatan ini.

Antara sebab-sebab lain mengapa masalah baby cirit birit ini berlaku adalah kerana:

  • Alahan.
  • Susu formula tidak disediakan dengan sempurna.
  • Anak kena selesema.
  • Antibiotik.
  • Anak keracunan makanan.
  • Anak kekurangan enzim tertentu.

Punca Cirit Birit Bayi: Rotavirus

Punca utama mengapa bayi mengalami cirit birit ialah kerana rotavirus.

Apa itu rotavirus? Rotavirus adalah satu jangkitan usus yang berupaya menjejaskan lapisan dalaman usus, juga dikenali sebagai gastroenteritis. Lapisan ini menyebabkan najis cair.

Akan tetapi, anda boleh menghalang anak anda dari terkena jangkitan rotavirus dengan mengambil vaksin anti rotavirus di klinik dan hospital swasta.

Tanda Baby Cirit Birit

Antara tanda bayi cirit birit yang perlu dipandang serius adalah apabila si kecil mula:

  • Membuang air besar dengan lebih kerap.
  • Cirit birit najis bayi berlendir atapun dalam sesetengah kes, tanpa lendir.
  • Mual dan muntah-muntah.
  • Demam.
  • Sakit di bahagian perut/kejang perut.
  • Perut bayi mulai kembang menyebabkan mereka tidak selesa.
  • Bayi mula hilang selera untuk minum susu ataupun makan.
  • Keletihan.
  • Kulit atau bibir menjadi kering.
  • Bayi jadi lemah lesu.
  • Menangis tanpa air mata.
  • Air kencing berwarna kuning pekat.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak mungkin akan kelihatan normal atau mempunyai tanda-tanda dehidrasi (penyahhidratan).

Bagaimana Cara Untuk Ibu Ayah Mengenali Dehidrasi?

Anak-anak yang diserang dehidrasi akan terbahagi kepada dua, iaitu:

#1. Dehidrasi Ringan dan Sederhana

  • Mulut dan lidah kering.
  • Bibir merekah.
  • Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata yang keluar jika mereka menangis.
  • Tidak kencing selama tempoh 4-6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh itu).
  • Ubun-ubun bayi tenggelam.
  • Si kecil mula meragam.

#2. Dehidrasi Teruk

Keadaan dehidrasi teruk pula, si kecil akan mengalami tanda di atas dan diikuti juga dengan tanda-tanda berikut:

  • Kulit kering dan berkedut.
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, letih, dan tidak aktif.
  • Mata mula cengkung.
  • Sukar untuk bernafas.
  • Nadi lemah dan sangat cepat.
  • Tangan dan kaki terasa sangat sejuk.
  • Tidak mahu makan.

Tanda Yang ‘Common’ Apabila Berlakunya Cirit Birit Bayi

cirit birit bayi

Tekstur dan jenis najis bayi sebenarnya bergantung kepada kuantiti susu yang diminum oleh si manja. Sekiranya terdapat pengeluaran najis bersama dengan lendiran aneh atau darah, ibu-ibu hendaklah lebih berwaspada akan tanda anak cirit-birit.

Antara tanda-tanda biasa berlaku pada kebanyakan bayi ialah:

  1. Muntah.
  2. Demam.
  3. Kekerapan membuang air besar melebihi dari kebiasaannya.

Akan tetapi, ramai ibu bapa yang keliru dengan najis bayi hingga menganggap ia masalah cirit birit, sedangkan najis bayi itu mungkin normal untuk usianya. 

Bayi akan kerap membuang air besar dan perkara itu bergantung sepenuhnya sama ada dia mengambil susu badan atau susu formula.

Apakah Perbezaan Cirit Birit Bayi Dengan Najis Yang Normal?

Najis bayi yang normal akan berwarna kekuningan jika dia diberi susu badan. Najis itu juga akan sedikit cair dan ia boleh berlaku selama lima kali sehari.

Bayi yang menyusu badan juga boleh membuang air besar sejurus selepas mereka habis menghisap susu ibu. Hal ini kerana selepas perutnya penuh, susu ibu akan merangsang saluran usus bayi, membuatkan mereka ingin berak.

cirit birit bayi

Petua Menghilangkan Cirit Birit Bayi

  1. Pastikan bayi minum banyak cecair supaya dia takkan ternyahhidrat. Jika bayi minum susu badan atau susu formula, teruskannya.
  2. Beri bayi minum air garam rehidrasi beberapa kali sejam.
  3. Jangan beri ubat anti cirit birit kepada bayi. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.
  4. Jangan bawa/tinggalkan bayi ke pusat jagaan sekurang-kurangnya 48 jam selepas cirit birit kerana ia boleh menjangkiti orang lain.

Kaedah Rawatan

#1. Rehidrasi

Ibu ayah boleh juga mencuba untuk memberikan larutan rehidrasi oral (ORS) iaitu campuran air bersih, garam, dan gula. Ia akan diserap oleh usus kecil dan menggantikan cecair hilang dalam najis.

Penggunaan cairan intravena akan diberikan jika anak anda mengalami dehidrasi yang teruk.

#2. Suplemen Zink

Sumplemen zink ini boleh membantu mengurangkan tempoh cirit birit sebanyak 25% dan juga dikaitkan dengan pengurangan 30% jumlah najis.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Cirit-birit mungkin boleh membawa bahaya jika ia tidak berhenti selepas beberapa jam. Namun masalah ini selalunya berhenti dengan sendiri.

Tetapi ibu ayah disarankan untuk terus berjumpa doktor jika baby cirit birit masih tidak berakhir walaupun selepas masuk hari kedua. 

Bagaimana Cara Untuk Mengelakkan Masalah Ini Berulang?

Amalan kebersihan yang sihat dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit lagi. Ini sebab bakteria penyebab cirit-birit boleh dipindahkan dari tangan ke mulut.

Jadi, anda diwajibkan untuk mencuci tangan bersih-bersih dengan sabun selepas menggunakan tandas atau selepas menyalin lampin bayi.

Antara langkah-langkah lain untuk mencegah masalah kesihatan cirit birit daripada berpanjangan adalah:

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
  • Menyediakan sumber bekalan air selamat/bersih.
  • Penggunaan sanitasi adalah disarankan.
  • Mengajar atau mempraktik cara untuk mencuci tangan dengan menggunakan sabun.
  • Penyusuan susu ibu ekslusif untuk enam (6) bulan pertama selepas bayi dilahirkan.
  • Kebersihan diri dan makanan yang baik.
  • Mendidik anak bagaimana cara untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak.
  • Memberikan suntikan vaksinasi rotavirus kepada anak.

Semoga informasi di atas bermanfaat.

  1. healthline.com (July 30, 2020) What’s Giving Your Baby Diarrhea? Common Causes and What You Can Do. https://www.healthline.com/health/baby/baby-diarrhea
  2. webmd.com (June 02, 2020) Diarrhea In Babies. https://www.webmd.com/parenting/baby/baby-diarrhea-causes-treatment

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

Baca juga:  Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Baca juga:  7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?
Kongsikan:
  • Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

    Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

  • 3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

    3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

    Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

  • 3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

    3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.