Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

Setiap bayi mempunyai tahap kebolehan yang berbeza, dan sama ada mereka bersedia untuk duduk atau merangkak bergantung kepada tahap kesediaan anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa pasti tak sabar melihat si comel pandai duduk atau merangkak, lagi-lagi bila melihat bayi semakin membesar. Tapi, pastinya sepanjang melihat anak itu, anda mula tertanya-tanya, “Bayi duduk atau merangkak dulu?”. 

Bagi mengetahui hal ini, and perlu ambil tahu tentang tahap tumbesaran bayi. Hal ini membolehkan anda lebih peka terhadap perkembangan anak, sama ada dia membesar secara normal atau tidak.

Bayi Duduk Atau Merangkak Dahulu?

Menurut Baby Center, ketika bayi berusia 4 bulan, leher bayi sudah kuat dan boleh ditegakkan dengan sendiri. Bayi boleh mengangkat kepalanya semasa sedang meniarap.

Ini juga bermaksud, dia sudah mula belajar untuk duduk.

Jadi usia berapa bayi boleh duduk? Sesetengah bayi boleh mula duduk pada umur 4 bulan, tetapi ada juga yang baru belajar untuk menyeimbangkan diri.

Keadaan ini normal kerana setiap bayi mempunyai kebolehan berbeza mengikut kemampuan dan berat badan mereka.

Apabila memasuki usia 5 bulan, bayi sepatutnya sudah boleh duduk untuk seketika, jika tidak pun, dengan sokongan bantal di belakangnya.

Di usia 7-8 bulan pula, bayi biasanya sudah boleh duduk lebih lama tanpa sebarang bantuan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu perkara yang ibu bapa perlu tahu, kemampuan bayi akan berkembang mengikut tahap kebolehannya selama beberapa bulan. Anda hanya perlu bersabar dan jangan pula anggap si kecil sudah boleh duduk tegak dengan serta merta!

Tetapi sekiranya pada usia 9 bulan bayi anda masih belum duduk sendiri tanpa bersandar, anda mungkin perlu membawa bayi berjumpa doktor.

Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu?

Biasanya bayi akan mula merangkak apabila mereka memasuki usia 6 ke 10 bulan. Apabila bayi sudah masuk ke usia 11 bulan, bayi sudah mampu merangkak dan menjelajah ke seluruh rumah anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu hal yang ada perlu tahu, lebih lama bayi merangkak, lebih bagus untuk perkembangannya.

Persoalan di sini, bolehlah bayi merangkak dulu sebelum duduk? Kemampuan bayi adalah secara berperingkat dan mengikut waktu yang sesuai maka ya, keadaan ini boleh berlaku jadi ibu bapa tak perlu risau. 

Malah, ada juga bayi yang hanya boleh merangkak ketika hampir setahun, dan tumbesaran bayi tersebut sebenarnya normal sahaja!

Bagaimana jika anak anda tidak dapat merangkak? Mungkin ada faktor menyebabkannya. Berikut punca anak lambat merangkak :-

  • Bayi anda mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Kekurangan nutrisi
  • Kurang simulasi merangkak
  • Gangguan keseimbangan

Tumbesaran Bayi: Kemampuan Setiap Bayi Adalah Berbeza

Ibu bapa, anda mungkin akan rasa sedikit tekanan dari orang sekeliling apabila ada yang mempertikainya bila bayi anda boleh duduk atau merangkak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selagi anak kelihatan sihat dan doktor mengesahkan yang si comel masih melalui proses tumbesaran normal, ketepikan komen-komen negatif tersebut dan sebaliknya, cuba merangsang anak anda untuk melakukannya.

Sama ada bayi duduk atau merangkak dulu, ia bukanlah satu masalah, asalkan bayi mampu melakukan dengan baik. Hakikatnya setiap bayi seharusnya tidak dibandingkan antara satu sama lain, sebaliknya dirai atas setiap pencapaian mereka!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman