Ibu-ibu hamil perlu memastikan mereka makan dengan baik untuk membekalkan nutrien yang mencukupi bagi perkembangan bayi supaya tidak berisiko melahirkan bayi lahir kecil.
Berat badan bayi akan dianggarkan oleh doktor melalui imbasan ultrasound setiap kali ibu hamil membuat lawatan ke klinik. Berat badan bayi boleh ditentukan melalui saiz perutnya.
Tapi pada sekitar minggu ke-32, doktor boleh menentukan kemungkinan bayi lahir kecil dengan imbasan ultrasound. Jika doktor mendapati berat bayi kurang daripada 10 persentil umur kehamilannya, ini mungkin tanda masalah.
Bagaimana Saiz Bayi Diukur Dalam Kandungan?
Semasa pemeriksaan antenatal rutin, doktor atau bidan anda dapat mengira pertumbuhan dan ukuran bayi anda dengan mengukur ketinggian palpasi fundus. Itulah ukuran dari tulang kemaluan anda ke bahagian atas rahim.
Ultrasound juga dapat memberi idea kepada profesional kesihatan tentang saiz bayi anda sama ada bayi anda lebih atau besar – tetapi ia tidak begitu tepat.
Tidak ada cara mengukur berat badan bayi anda dengan tepat sehingga selepas mereka dilahirkan.
Berat bayi selalu dipantau dengan teliti setelah mereka dilahirkan untuk memastikan mereka sihat dan membesar dengan betul.
Tetapi berat badan mereka bukanlah satu-satunya perkara yang penting. Seberapa baik mereka diberi makanan dan jumlah lampin basah dan najis yang dihasilkan, dapat menunjukkan sama ada bayi anda sihat atau tidak.
5 Sebab Bayi Lahir Kecil
Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi saiz bayi anda. Ini antara lima sebab setiap ibu baru harus tahu.
1# Bayi pramatang
Bayi lahir kecil sekiranya dia lahir sebelum tamat tempoh hamil iaitu 37 minggu.
Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa bayi itu dilahirkan pramatang, tapi antara sebab-sebab utama ialah ibu itu mengalami masalah kesihatan ataupun jangkitan (contohnya: jangkitan pundi kencing, rubella, sifilis, HIV dll.), penyakit buah pinggang atau isu yang berkaitan dengan serviks yang tidak normal.
Jika membran yang melindungi bayi pecah secara tiba-tiba, ini juga boleh menyebabkan bayi dilahirkan sebelum dia cukup matang.
2# Ibu hamil kurang nutrien
3# Faktor genetik
Sekiranya bentuk badan salah satu atau kedua-dua ibu bapa itu kecil, ada kemungkinan bayi mereka akan dilahirkan kecil juga.
Situasinya sama seperti ibu bapa yang berbadan besar, kerana ini adalah faktor semulajadi. Kalau ibu bapa ada sebarang kebimbangan, mereka boleh rujuk kepada doktor untuk mengetahui jika ada kesan jangka panjang bayi lahir kecil.
4# Tekanan darah dan keadaan jantung ibu
Sekiranya ibu hamil mempunyai sebarang masalah jantung dan masalah tekanan darah, ada kemungkinan bayi di dalam kandungan akan kekurangan bekalan nutrien dan oksigen.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan pra-eklampsia, di mana fungsi plasenta terjejas dan risiko bayi lahir kecil lebih tinggi.
5# Anak kembar
Jika ibu itu hamil dengan anak kembar, kedua-dua bayi itu akan mempunyai ruang dalam rahim yang terhad untuk berkembang.
Ini sebab mengapa anak kembar sering dilahirkan bersaiz kecil dan dengan berat badan yang rendah. Walaupun dianggap bayi lahir kecil, mereka masih boleh membesar menjadi bayi yang normal jika tidak mempunyai komplikasi kesihatan.
Jadi ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang tentang risiko bayi lahir kecil jika ibu hamil mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Ibu-ibu ada pengalaman bayi lahir kecil? Berat berat bayi anda dulu? Pasti sekarang dia sudah semakin membesar kan. Jom kongsi dengan kami!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Lahir Pramatang & Rupa Macam ‘Alien’, Ibu Ini Nekad Besarkan Anaknya Sebaik Mungkin
Baca juga: Berat Badan Bayi Ketika Lahir Mainkan Peranan Penting Pada IQ Mereka! Kalau Kurang, Buruk Risikonya…
Baca juga: Bayi Terlalu Kurus? Ini Cara Mudah Untuk Menaikkan Berat Badan Bayi Baru Lahir