Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

lead image

Biasanya makanan pertama bayi diberi semasa mereka berusia dua bulan, tapi ibu ayah ini beri bayi makan bubur pada usianya yang hanya dua bulan!

Biasanya, makanan pertama bayi akan diberi ketika mereka berusia enam bulan kerana tubuh badan mereka sudah bersedia untuk menerimanya. Tapi, apa yang terjadi jika ibu bapa mahu beri bayi makan bubur seawal usia dua bulan?

Video bayi makan bubur tular di media sosial

Pada bulan September lepas, satu video tentang bayi makan bubur telah tular di Indonesia. Video ini telah mendapat perhatian ramai selepas seorang individu yang bernama Erlina L telah berkongsikan video ini di Facebook-nya.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang menyuap bayinya yang dikatakan baru saja berusia dua bulan! Bayi ini berada dalam posisi baring sambil disuapkan bubur.

Dalam video bayi makan bubur ini, suara lelaki dipercayai bapa kepada bayi ini kedengaran bercakap,

“Inilah reaksinya jika bayi dua bulan diberi makan. Sangat lapar, dan semua dihabiskan. Lapar ya, nak?”

Tangan bayi ini juga dilihat telah diikat sambil diberi makan!

“Bagi ibu-ibu yang baru ada  anak, ini adalah cara untuk beri bayi  dua bulan makan. Tangannya diikat pakai kain. Jangan lupa sediakan air yang dicampur dengan makanan.

Kalau tak ada air, nanti takut anak tersedak, Kalau boleh, sebelum mandikan, beri anak anda makan dulu.

Untuk ibu muda yang baru melahirkan anak pertama seperti saya, ini anak pertama saya. Cuba untuk ikat tangan anak supaya mereka tak bergerak dan memberontak. 

Tapi ikatannya jangan terlalu ketat. Kepalanya juga perlu diletakkan bantal supaya tak tersedak,” kata ayah ini lagi.

Lihat video penuh di bawah: 

Orang tua yg bodoh. Bayi 2 bulan blm waktunya mpasi dini.. berakibat fatal bahkan kematian…. Jgn sampai terulang ke bayi2 yg lain. Mpasi makanan selain asi hanya untuk bayi 6 bulan ke atas…. Sayangi anak anda.

Posted by Erlina L on Tuesday, 11 September 2018

Netizen protes beri bayi makan bubur

Aksi beri bayi makan bubur ini telah mendapat reaksi dan kecaman dari netizen:

“Tak sanggup nak tengok, kesian baby…” kata Shinta Evriant Hafidh.

“Anak nak tidur kenapa nak diberi makan, sepatutnya bagi susu ibu.” tulis Farid Yuhu.

“Belajarlah dari internet, bila masa yang sesuai untuk beri bayi makanan sampingan. Tak akan bayi dua bulan diberikan makanan pertama bayi?!

“Bayi yang masih kecil ini kenapa nak bagi makan banyak sangat. Bagi susu ibu saja dah cukup kenyang”.

“Nama pun bayi, kalau kamu bagi makan ta** pun mereka akan makan. Ibu bapa bo*** membahayakan nyawa anak sendiri untuk buat dia cepat kenyang. Ini akan buat dia ada masalah pencernaan. Sedih tengok…”

src=https://media.istockphoto.com/photos/little baby eating her dinner and making a mess picture id852749586?k=6&m=852749586&s=612x612&w=0&h=8acGC RWMsKyGy3WO9h8Ez9o4PDh3i62LA1r5VlSZhg= Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia WHO, anak boleh mula diperkenalkan dengan makanan pertama bayi selepas susu ibu ketika mereka berusia enam bulan ke atas.

Air masak juga tidak boleh diberi pada bayi yang masih bawah enam bulan.

Ini kerana, selepas berusia 6 bulan ke atas, sistem pencernaan bayi telah bersedia untuk menerima makanan selain susu. Tapi, susu perlu terus diberikan bila anak mahukannya.

Ketika memberikan makanan pertama bayi, ibu juga perlu memerhatikan tekstur makanan yang diberikan. Makanan yang diberikan tak boleh terlalu padat dan tahap kepadatan ditingkatkan secara berperingkat.

Apa pendapat anda selepas tengok video ini? Jom kongsi di ruangan komen!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

5 benda ibu perlu tahu sebelum sediakan makanan pejal pertama bayi anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!