TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi lemas lepas ditimpa badan ibu yang terlena kerana penat bersalin

4 min bacaan
Bayi lemas lepas ditimpa badan ibu yang terlena kerana penat bersalin

Sebelum menyusu dan tidur bersama, ikuti langkah-langkah keselamatan ini dan ketahui risiko yang ada

Kita selalu dengar petua ibu-ibu lain supaya menyusu sambil baring agar dapat terus tidur pada waktu malam. Tapi apabila teknik menyusu ini dilakukan dengan salah, risiko bayi mati lemas sangat tinggi!

Seperti kisah ibu kali pertama Ann Bradley yang kehilangan anaknya di Hospital Royal Boltan di UK.

Bayi mati lemas selepas ditimpa badan ibu

Selepas melihat Ann mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi baru lahirnya, bidan bertugas terus mengajar ibu itu teknik menyusu sambil baring.

Cara menyusu ini sangat popular kerana ia adalah posisi menyusu yang paling selesa untuk ibu. Setelah selesai menjelaskan amalan tidur bersama tidak digalakkan kerana risiko bayi mati lemas, bidan itu meninggalkan bilik tersebut untuk menyambung tugasnya.

Tetapi akibat terpaksa menahan sakit bersalin yang terlalu lama, ibu yang keletihan itu telah terlelap dengan tidak sengaja.

Apabila Ann bangun keesokkan harinya, dia mendapati anaknya sudahpun tidak bernyawa!

Laporan bedah siasat mendapati anaknya Louis telah meninggal akibat penyakit radang paru-paru yang tidak dikesan serta halangan saluran udara yang tidak disengajakan.

Kemalangan yang dapat dicegah

Bayi lemas lepas ditimpa badan ibu yang terlena kerana penat bersalin

Sudah pasti ramai akan menyalahkan ibu itu dan mengatakan dialah yang menyebabkan bayi mati lemas.

Tetapi kami di theAsianparent faham betapa susahnya ketika melahirkan anak dan turut bersedih kerana seorang ibu kehilangan anak.

Banyak persoalan pasti timbul di fikiran. Buat apa bidan itu ajar teknik menyusu cara baring? Kemudian kenapa pula bidan itu tinggalkan ibu itu untuk menyusu seorangan.

Kalau dah satu malam menahan sakit, sudah pasti ibu tertidur kalau terlalu letih!

Sebenarnya untuk kebanyakan ibu, menyusu sambil baring ni kira macam lifesaver jika dilakukan dengan betul and dengan bayi yang sihat. Ibu bukan hanya dapat rehat.

Malah bayi selalu dekat dengan badan ibu, dapat membantu menggalakkan pengeluaran susu. Ibu akan tidur lena, dan bayi anda juga akan rasa selamat dan tidur lebih nyenyak.

Tetapi sebelum membuat keputusan untuk menyusu and tidur bersama bayi anda, ibu bapa kena sedar dulu risiko yang ada. 

Kejadian bayi mati lemas ini sebenarnya boleh dielakkan jika cara betul digunakan berserta dengan kriteria-kriteria keselamatan.

Kriteria penting apabila menyusu dan tidur bersama

Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh ibu menyusu dan bayi:

Untuk si ibu:

  • bukan seorang perokok sama ada sekarang ataupun semasa hamil
  • dalam keadaan sedar (tidak mabuk, khayal, mengantuk atau terlalu letih)
  • rambut yang sangat panjang haruslah diikat supaya ia tidak terbalut pada leher bayi anda
  • ibu bapa yang tidur mati dan berbadan besar perlu mengelak menyusu semasa tidur bersama
  • tiada anak lain di katil yang sama

Untuk si bayi:

  • Bayi perlulah sihat (tidak sakit, pramatang atau mempunyai berat badan yang rendah)
  • tidak patut dibedung apabila tidur bersama untuk mengurangkan risiko bayi terlalu panas. Apabila bayi dibedung ini juga akan menghalang mereka dari menggunakan tangan dan kaki mereka untuk memberi amaran kepada orang dewasa yang terlalu dekat.
  • tidak memakai pakaian tidur dengan sebarang tali ataupun ikatan.

Tempat tidur yang selamat untuk bayi anda

Bayi lemas lepas ditimpa badan ibu yang terlena kerana penat bersalin

Jangan lupa, kemalangan yang tidak disengajakan boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu ibu bapa perlu pastikan bahawa tempat tidur anak adalah selamat:

  • Biar anak tidur terlantar atas belakangnya untuk mengurangkan risiko SIDS dan bayi mati lemas.
  • Pastikan katil anda katil yang kental dan bukan jenis yang lembut. Bayi tidak selamat tidur atas waterbed, beanbag, atau permukaan lembut yang lain.
  • Cadar tilam perlu dipasang ketat.
  • Tilam yang sesuai saiznya agar tiada ruang atau celah-celah antara katil dan dinding.
  • Katil anda haruslah bebas bantal yang terlalu banyak, soft toy dan jauhkan selimut lembut dari muka bayi anda. 
  • Kerusi sofa, recliner dan permukaan lain di mana bayi boleh senang tergelincir dan jatuh tidak digalakkan.

Tujuan kami kongsi kisah ibu ini bukan untuk menakutkan ibu-ibu atau menghalang ibu-ibu dari menggunakan cara menyusu ini.

Kami cuma ingin memberi kesedaran tentang risiko yang ada, supaya ibu bapa boleh memastikan keselamatan anak.

Ketahui risiko yang ada, kemudian kurangkan risiko tersebut dan lakukan dengan cara yang betul.

Semoga membantu.

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

 

 

Sumber: KellyMom, La Leche League GB, The Sun.

Baca juga: 5 panduan lengkap memudahkan ibu menyusu bayi baru lahir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Bayi lemas lepas ditimpa badan ibu yang terlena kerana penat bersalin
Kongsikan:
  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham