Bayi menangis bila di letak – 8 penjagaan bayi baru lahir
Kredit: Sirap Limau
Apabila baru ada anak kecil di rumah, ibu ayah pasti akan terganggu sedikit terutamanya bila bayi susah tidur, kembung perut dan yang paling perit – bayi menangis bila di letak.
Hanya nak berdukung saja! Alahai sayang, penatlah mama… Sekiranya bayi menangis bila di letak, anda mungkin hanya boleh berehat ketika si kecil tidur.
Namun sebenarnya, bayi menangis bila di letak adalah keadaaan normal bagi bayi baru lahir.
Hal ini kerana, bayi memerlukan sentuhan fizikal yang cukup dalam masa beberapa bulan pertama kehidupan mereka. Sesetengah pakar memanggil bulan ini sebagai ‘trimester keempat’ ibu.
Dalam tempoh tersebut, adalah penting anda pegang bayi sepanjang masa.
Bagi bayi baru lahir, peralihan dari rahim ke dunia sebenar boleh jadi agak mencabar. Si kecil itu seolah-olah belum bersedia untuk ke dunia luar.
Ialahkan… Sepanjang sembilan bulan, mereka hidup dalam suasana yang aman, gelap, hangat dan kekal 37 darjah celcius.
Saat itu mereka tak perlu sesuaikan diri dengan lampin dan buaian. Si kecil itu menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan tidur.
Namun secara tiba-tiba aktiviti ini berubah. Bayi anda sekarang perlu menyesuaikan diri dengan bunyi dan suasana baru. Dia tidak lagi berhubung dengan ibunya seperti dalam kandungan.
Atas faktor ini, si kecil cemas dan memaksa dia untuk menimbulkan ‘jam penggera’ ketika ditinggalkan sendirian.
Dia hanya perlukan anda untuk segalanya terutama keselesaan.
Ketika mencari keselesaan itu, dia akan berasa gugup lalu bayi menangis bila di letak. Dia ingin terus dikendong dan dipegang oleh ibunya.
Kredit: Sirap Limau
Ini antara 8 aktiviti yang boleh anda cuba supaya si kecil selesa tanpa perlu berdukung sepanjang masa:
Ketika dalam kandungan, bayi mengalami pergerakan lembut ketika anda bergerak. Oleh itu, untuk tenangkan si kecil, anda boleh menggoyangkan mereka dalam buaian atau cuba perlahan-lahan berjalan dengannya.
Pergerakan ini seolah-olah sama seperti tindakan dalam rahim sekaligus membuatnya rasa selamat.
Bayi sering mendengar suara ibu dari dalam rahim. Tapi setelah dilahirkan, mereka dapat dengar banyak bunyi dengan jelas. Ia boleh buatnya keliru.
Pilihan yang baik adalah bermain muzik lembut di sekelilingnya seperti mengalunkan selawat ke atas Nabi atau nyanyi lagu dodoian seperti Anakku Sayang.
Satu lagi cara adalah dengan cuba pelbagi posisi mendukung bayi. Misalnya, anda kendong bayi dengan mendakap di bahagian perutnya.
Jika bayi lapar, tiada apa yang dapat tenangkannya selain minum susu.
Kadang-kadang, bayi mungkin tidak lapar dan hanya mahu minum secukupnya atau “menghisap” supaya rasa selesa.
Bedung adalah amalan membalut bayi dengan selimut supaya si kecil rasa selesa dan dapat menyekat pergerakan anggota badannya.
Dia akan rasa seolah berada dalam rahim ibunya. Namun, anda perlu berhati-hati dan bedung dengan betul. Jangan terlalu ketat dan berhati-hati jika bayi sudah boleh berguling.
Kredit: Baby Center
Mandian hangat dapat tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit yang membuatnya rasa lebih selamat. Malah ia adalah bonding time yang terbaik buat ibu dan anak.
Dengan menggunakan baby carrier juga, ia dapat membantu menenangkan si kecil yang tak mahu diletak ke bawah.
Menurut kajian, bayi yang dipeluk dan dipegang sepanjang hari kurang cerewet berbanding bayi yang hanya dipegang ketika menyusu.
Antara kuasa ajaib lain yang boleh mengurangkan tangisan bayi adalah tidur bersamanya. Hal ini kerana, jika ibu tidur bersama si kecil itu dia lebih cepat tidur dan lama.
Walau bagaimanapun, jangan merasakan bayi menangis bila di letak satu beban kerana anda pasti akan merindui saat ini suatu hari nanti. Jadi, hargai waktu ini sebaiknya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Enfa.co.id
Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjenis-tangisan-bayi-perlu-tahu/