Meniarap Adalah Bagus Untuk Perkembangan Bayi, Tapi Bila Patut Bayi Meniarap?

Bayi meniarap elok untuk perkembangan kognitif bayi, seawal usia bayi 3 bulan sudah boleh meniarap, jika belum ibu bapa perlu membantu bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sampai satu tahap anda akan perasan bayi anda yang kian membesar ini sudah pandai untuk menggerak-gerakkan seluruh badannya. Pergerakannya seperti ingin mengiring, maka itulah tanda untuk bayi meniarap!

Pejam, celik, pejam, celik tiba-tiba bayi sudah pandai lakukan macam-macam. Ia sebenarnya memerlukan keuatan otot, dan biasanya bayi akan mula meniarap sendiri pada usia 3 bulan. 

Tapi tentu ada ibu bapa yang sudah praktikkan aksi ini sejak mereka lahir lagi bukan? Ya memang bagus, apabila anda melatih bayi anda untuk meniarap ia boleh membantu perkembangan koginitif mereka selain melatih otot-toto mereka untuk menjadi kuat. 

Selain pada waktu tidur, anda juga boleh meniarapkan bayi di atas badan anda. Sekiranya bayi anda sudah mencecah usia dalam 3 bulan tentu anda akan perasaan bayi seolah-olah cuba mengangkat kepala mereka sendiri dan menolak badan anda menggunakan lengan dan kekuatan bahu mereka. 

Bayi cukup teruja apabila belajar kemahiran baru, namun dalam masa yang sama perhatikan juga sekiranya bayi anda masih tidak bersedia untuk meniarap mereka akan menangis seperti kepenatan. Jika ia berlaku ibu ayah boleh cuba lagi dalam masa terdekat, usah paksa sehingga anak menangis ya. 

Mengapa penting untuk bayi meniarap?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kata pakar perubatan Dr Zubaidi Hj Ahmad, ini penerangan lanjut mengenai kepentingan meniarap

Salah satu tanda bayi kita menjalani perkembangan fizikal yang mengikut umurnya, ialah apabila bayi kita mampu untuk meniarap.

Meniarap adalah waktu peralihan di mana seorang bayi telah dapat mengawal pergerakan kepala dan sejurus sebelum mempelajari kaedah duduk tanpa bantuan, kebanyakan bayi belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari posisi terlentang, kemudian ke posisi meniarap semula, seolah-olah berguling-guling.

Ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan bayi kita bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ia selalunya didorong oleh keinginan untuk mencapai satu mainan yang berada di luar jangkauan, atau hanya untuk mendekati ibu bapanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Kenapa Bayi Kena Tidur Terlentang, Ini Yang Ibu Bapa Tak Tahu

Tummy time

Selain itu sekiranya bayi dalam keadaan perutnya tidak selesa juga digalakkan untuk meniarap. Ia akan membantu melegakan sakit perut bayi akibat angin. Dan ia lebih dikenali debagai tummy time. Praktikkan selalu, tentu cepat bayi anda meniarap nanti. 

Melakukan tummy time, senaman “tekan tubi” ini akan menguatkan otot-otot mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa boleh mula ajar si manja anda apabila mereka tidak tidur atau menyusu.

Ibu bapa boleh mula dengan meniarapkan anak mereka selama 1-2 minit sambil menambahkan durasi meniarap setiap hari.

Bayi anda boleh melakukan tummy time selama 10-15 minit sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan lupa peringatan keselamatan ini: Back to sleep, tummy toplay. 

Bayi tidak patut tidur meniarap kerana ini boleh meninggikan risiko SIDs. Bayi patut tidur terlentang dan hanya tiarap ketika bangun dan dengan pengawasan orang dewasa.

Tetapi bayi yang menghabiskan banyak masa baring melantang dengan kepalanya di posisi yang sama ketika tidur boleh menjejaskan bentuk kepala.

Cara melatih bayi 

Untuk melatih bayi anda agar cepat merangkak, anda boleh mendorong mereka menggunakan kaedah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Goyangkan alat permainan atau apa-apa objek bewarna pada bayi, mereka akan cuba untuk mengangkat kepala mereka sambil berusaha untuk mengengsot ke depan! Tapi ingat, lakukan latihan ini jika bayi sudah 3 bulan ke atas ya. 
  •  Letakkan permainan atau objek lembut di tepi bayi, mereka akan cuba mengiring dan akhirnya meniarap dengan sendiri.
  • Bayi gemar apabila anda berborak dan mengagah mereka, jadi baring di tepi mereka dan bercakap atau menyanyi tentu bayi anda ingin cuba menoleh dan menggerakkan badan dengan segera. 
  • Sekiranya bayi anda tidak suka beraksi di atas lantai, cuba tiarapkan bayi atas segulung tuala ataupun di atas paha anda. Jika bayi anda betul-betul tidak suka meniarap, berhenti dan cuba lagi pada masa yang lain
  • Sentiasa awasi bayi anda semasa tummy time. Apabila dia menjadi semakin kuat, pastikan anda alih dan jauhkan barang-barang yang berbahaya untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia