Seorang bayi pramatang 23 minggu selamat dilahirkan tapi badannya sangat kecil sehingga muat dalam beg plastik yang berukuran saiz kotak pensel sebelum dipindahkan ke inkubator.
Christina Hahn, ibu kepada bayi pramatang 23 minggu itu berasal dari Virginia, Amerika Syarikat.
Bayi yang dinamakan Markcus Cropper Jr, hanya mempunyai berat badan sebanyak 1 paun 10.1 auns dan berukuran 7.8 inci saja.
Terpaksa memandu selama 2 jam untuk ke hospital lain
Menurut Institut Kesihatan Nasional (NIH), durasi kehamilan biasa adalah sepanjang 38 minggu. Tapi air ketuban ibu yang berumur 27 tahun itu, tiba-tiba pecah pada minggu ke-23 dan mereka terpaksa bergegas ke hospital di Chincoteague.
Bagaimanapun, hospital memberitahu Hahn yang mereka tidak dapat menerima anaknya kerana mereka tidak mempunyai kemudahan neonatal khas untuk Markus yang hanya berusia 23 minggu.
Hahn terpaksa memandu selama 2 jam untuk ke Norfolk, supaya bayi pramatangnya boleh dimasukkan ke dalam wad khas di hospital kanak-kanak The King’s Daughter.
Sebelum mereka ke hospital di Norfolk, kakitangan neonatal telah menyuruh kedua-dua ibu bapa terbabit redha dan bersedia kerana kemungkinan besar bayi mereka tidak dapat bertahan lama.
“Soalan pertama yang saya tanya ketika dia dilahirkan adalah ‘Adakah anak saya masih hidup?’ Saya sangat takut,” kata Hahn.
“Perasaan apabila melihat anak saya dalam beg plastik itu sungguh pelik, tapi itulah satu-satu caranya untuk mengelakkan Markus dari terkena hipotermia.
Dia hanya berada dalam beg plastik itu sepanjang perjalanan kami ke Norfolk, kemudian dia dimasukkan ke dalam inkubator.“
Bayi pramatang 23 minggu masuk wad neonatal selama 81 hari
Markcus telah dilahirkan pada 23 Julai 2017, walapun sepatutnya dilahirkan pada 13 November kelak.
Markus diwadkan selama 81 hari di bawah penjagaan neonatal, di mana ibu bapanya dibenarkan melawat selama 12 jam setiap hari.
Doktor terpaksa memberi suntikan steroid untuk membantu paru-paru Marckus yang masih pramatang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Hampir 7 bulan kemudian, Hahn dengan gembira telah berkongsi gambar-gambar anaknya yang selamat.
“Kami sungguh bernasib baik. Ramai ibu bapa lain terpaksa menahan derita melihat anak mereka melalui pembedahan akibat kecacatan jantung dan masalah kesihatan lain,” kata Hahn.
Tapi Markcus bayi yang sihat dan saya sangat bangga dengannya – dia pejuang kecil saya.
Setiap hari saya akan fikir balik masa dia dilahirkan. Kami sungguh takut kami akan kehilangannya kerana badannya sangat kecil,
Markus hanya diberi peluang 50% untuk hidup disebabkan usianya yang baru 23 minggu.
Walaupun banyak kali menghadapi masalah semasa di wad neonatal, anak kami berjaya mengharungi segala-galanya. Ia adalah satu keajaiban.”
Menurut NIH kadar kehidupan untuk bayi pramatang telah meningkat kepada 65% berbanding tahun-tahun yang lalu.
Tapi berita yang paling menggembirakan ialah Marckus bayi yang sihat sekarang, selain isu masalah pendengaran di telinga kanannya.
Semoga Marcus kekal sihat dan membesar dengan baik, Amin!
Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapura
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Perjuangan Bayi Pramatang Terkecil Di Dunia Yang Lahir 4 Bulan Lebih Awal!