X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Sawan Tangis (Colic) – Pengalaman Peribadi

6 min bacaan
Bayi Sawan Tangis (Colic) – Pengalaman Peribadi

Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas. Setiap individu, ibu bapa, keluarga terdekat serta orang sekeliling akan merasa kurang senang apabila mendengar bayi menangis, apatah lagi jika bayi itu berteriak kuat dan berpanjangan.

Apakah colic/sawan tangis?

Sawan tangis atau ‘infantile colic’ merupakan keadaan bayi yang menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih (rule of three). Kondisi ini sebenarnya agak lazim berlaku memandangkan ianya terjadi kepada satu hingga dua daripada lima bayi yang dilahirkan.

Bayi yang mengalami masalah colic kebiasaannya menangis berlebihan terutama sekali pada waktu petang dan malam. Namun serangan sawan tangis ini masih boleh berlaku pada bila-bila masa dan sukar dijangka. Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu serta akan hilang apabila bayi mencecah usia tiga atau empat bulan. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan.

Saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi ini di mana ianya terjadi kepada anak ketiga saya. Qays dilahirkan cukup bulan tetapi mudah merengek sejak dilahirkan. Namun ketika berusia lima minggu, Qays mula menangis selama tujuh hingga lapan jam hampir setiap hari. Dia juga pernah menangis secara berterusan selama empat jam tanpa henti sehingga suaranya menjadi serak. Ia menyebabkan saya dan suami merasa sangat tertekan.

Bayi sawan tangis

Apakah tanda-tanda colic?

Jika dilihat, bayi yang mengalami colic mempunyai tangisan yang luar biasa kuatnya. Kadangkala saya rasa seperti telinga saya hendak menjadi pekak akibat mendengar suara tangisan yang amat nyaring. Tanda-tanda colic boleh dikesan ketika bayi menangis, tangan mereka tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat. Pelbagai usaha boleh dilakukan ketika sawan tangis terjadi seperti memberi bayi susu badan, puting tiruan, mendodoi, membedung bayi namun lazimnya masih gagal untuk mententeramkan bayi. Sawan tangis juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.

Kenapa bayi mendapat colic?

Punca terjadinya sawan tangis ini sebenarnya masih tidak diketahui. Para doktor dan saintis mengandaikan bahawa ianya berlaku disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usus yang terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu. Ada juga yang mengatakan ia merupakan salah satu tantrum bayi. Secara amnya, colic berlaku sama rata antara bayi lelaki atau bayi perempuan sama ada mereka menerima susu ibu atau susu formula.

Apabila bayi menangis dengan lama, beberapa masalah kesihatan perlu difikirkan seperti jangkitan kuman pada saluran air kencing, meningitis, masalah refluks atau alahan terutama sekali jika bayi menerima susu formula.

Bayi yang mengalami masalah colic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik. Pengambilan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor sebenarnya sudah memadai untuk membuat diagnosis sawan tangis. Namun, ibu bapa haruslah mendapatkan rawatan sekiranya bayi menangis kuat berserta dengan demam, sukar bernafas, sawan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah.

Bayi sawan tangis

Bagaimana merawat colic?

Sebagai seorang doktor kanak-kanak, bukan senang sebenarnya untuk merawat anak sendiri. Saya mengetahui yang Qays mengalami colic kerana Qays mengalami masalah tangisan yang lama. Namun, dia merupakan seorang bayi yang sihat, tiada demam, membesar dengan baik dan membuang air kecil serta besar dengan normal.

Saya mula membaca kajian-kajian yang terkini mengenai rawatan colic. Pelbagai kajian telah dilakukan oleh saintis seperti urutan (infat massage), chiropractic, membedung (swaddle), gripe water, teh herba dan penggunaan ubat seperti simethicone tetapi malangnya semuanya tidak terbukti berkesan untuk merawat colic. Saya berasa kecewa kerana tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengubati bayi saya dan rasa sangat tidak berdaya. Setakat ini hanya usaha dan rawatan berikut sahaja terbukti dapat mengurangkan sedikit tangisan bayi. Pengambilan ubat seperti probiotic (mengandungi Lactobacillus reuteri (strain DSM 1793), pemberian susu hypoallergik jika tidak menyusu badan dan pengurangan pengambilan makanan tenusu, gandum dan kekacang di dalam diet seharian ibu yang menyusu anak.

Kesan akibat colic

Sawan tangis akan baik sendiri apabila umur bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Mungkin senang untuk kita memperkatakan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita hadapi sendiri bayi yang menangis tanpa henti. Pelbagai komplikasi boleh terjadi akibat daripada colic dan kesan buruk ini lebih tertumpu kepada ibu bapa serta keluarga dan bukannya kepada bayi tersebut.

Bayi yang mengalami sawan tangis akan pulih sendiri tanpa sebarang rawatan. Namun bayi yang sentiasa menangis boleh menyebabkan kegagalan untuk menyusu badan secara eksklusif, ibu mendapat masalah kemurungan dan ketegangan hubungan antara suami isteri. Shaken baby syndrome (pendarahan dalam otak bayi akibat digoncang dengan kuat) dikhuatiri boleh terjadi akibat ibu bapa yang merasa sangat tertekan dalam menjaga bayi yang kuat merengek.

Tidak dinafikan, saya sendiri telah melalui fasa kemurungan semasa menjaga Qays. Ini kerana Qays amat kuat merengek dan menangis setiap kali dia terjaga daripada tidur. Paling lama dia bertahan daripada tidak menangis ialah ketika dia terjaga iaitu selama dua minit dan dia pernah menangis tanpa henti selama empat hingga enam jam. Bayangkan betapa tertekannya saya terutama sekali bayi saya ini juga amat sukar untuk tidur lena.

Beberapa kali juga saya digesa untuk menambah susu formula kerana bimbang kekurangan susu badan sehingga menyebabkan bayi kerap merengek. Namun saya yakin bahawa Qays bukan menangis kerana kelaparan dan susu badan saya mencukupi kerana berat badan Qays meningkat dengan baik.

Bayi sawan tangis

Ramai juga yang berniat baik memberi pelbagai nasihat tetapi kadangkala nasihat itu menyebabkan saya rasa terluka. Acap kali juga saya dan suami berselisih pendapat. Terdapat individu yang mengatakan saya tidak berpantang makanan, sedangkan saya berusaha mengelak daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan pada anak saya. Saya mengikut sahaja pendapat keluarga untuk mengurut bayi dan mendapatkan pandangan ahli agama tetapi keadaan Qays masih sama. Saya tahu tangisannya adalah disebabkan colic dan saya hanya perlu redha, menerima seadanya dan bersabar.

Saya juga merupakan seorang manusia biasa dan tidak lari daripada memikirkan pelbagai perkara yang tidak baik yang akan terjadi kepada anak saya. Saya hanya hendak bayi saya senyap dan berhenti menangis. Ketika hati saya berdetik untuk melakukan perkara yang tidak diingini, saya akan menangis dan berdoa kepada Tuhan untuk diberikan kekuatan dan kesabaran untuk melalui ujian daripadaNya. Apabila saya merasa seperti tidak mampu untuk mendengar Qays menangis tanpa henti,dan tahap kesabaran semakin tipis, saya akan meletakkan anak saya di tempat yang selamat dan meminta bantuan suami pula untuk menjaganya walaupun sudah pukul tiga pagi serta mengetahui dia perlu bekerja pada keesokan harinya.

Saya bersyukur kerana Qays sudah tidak menghadapi colic ketika usianya tiga bulan. Dia masih seorang bayi yang ‘high need’ dan masih mencabar untuk saya menjaganya setiap hari tetapi keadaannya sudah banyak berubah dan lebih ‘manageable’.

Kesimpulan

Colic atau sawan tangis sangat lazim berlaku. Kita perlu menyakinkan diri sendiri bahawa walaupun bayi menangis dengan lama tetapi selagi dia kelihatan sihat, boleh menyusu dengan baik dan berat badan meningkat, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Sememangnya tidak mudah untuk menghadapi bayi yang menangis tanpa henti. Oleh yang demikian, sokongan ahli keluarga terutama sekali suami amat penting. Bukan sahaja sokongan emosi tetapi suami juga perlu membantu untuk menjaga bayi itu supaya ibu dapat berehat dan menenangkan fikiran. Secara peribadi, saya juga berharap bahawa rakan-rakan doktor kanak-kanak tidak hanya menganggap bahawa ‘it is just colic’ kerana implikasi psikologi kepada penjaga itu amat besar. Empati amat penting dalam mengendali setiap bayi yang mengalami colic.

(ditulis oleh Dr Maryamjameelah Razali)

Artikel ini telah diterbitkan semula dengan izin dari DoktorBudak.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

DoktorBudak

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Sawan Tangis (Colic) – Pengalaman Peribadi
Kongsikan:
  • Anak Menangis Setiap Kali Diletakkan Di Katil Bayi? Usah Gusar, Ini Cara Untuk Bantu Ibu-Ibu Sekalian

    Anak Menangis Setiap Kali Diletakkan Di Katil Bayi? Usah Gusar, Ini Cara Untuk Bantu Ibu-Ibu Sekalian

  • 5 Cara Genius Hentikan Tangisan Bayi, Boleh Cuba Ya! Yang Penting Ibu Ayah Tenang Dulu

    5 Cara Genius Hentikan Tangisan Bayi, Boleh Cuba Ya! Yang Penting Ibu Ayah Tenang Dulu

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Menangis Setiap Kali Diletakkan Di Katil Bayi? Usah Gusar, Ini Cara Untuk Bantu Ibu-Ibu Sekalian

    Anak Menangis Setiap Kali Diletakkan Di Katil Bayi? Usah Gusar, Ini Cara Untuk Bantu Ibu-Ibu Sekalian

  • 5 Cara Genius Hentikan Tangisan Bayi, Boleh Cuba Ya! Yang Penting Ibu Ayah Tenang Dulu

    5 Cara Genius Hentikan Tangisan Bayi, Boleh Cuba Ya! Yang Penting Ibu Ayah Tenang Dulu

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.