Bayi Selsema Jadi Kerap Meragam, Ibu Cuba 9 Cara Hilangkan Selsema Bayi Ini, Terbukti Berkesan

Bayi selsema boleh membuatkan si manja tidak selesa dan meragam sepanjang masa. Ada beberapa petua berkesan bagi merawat gejala selsema bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi selsema adalah perkara biasa terutamanya si manja yang berusia bawah 1 tahun, tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang serius jika muncul gejala-gejala lain.

Pemantauan yang teliti seharusnya diambil berat oleh ibu dan ayah bagi memastikan selsema bayi anda tidak bertambah buruk. 

Bayi selsema akan jadi kerap meragam

Selsema biasa selalunya adalah ringan dan bayi akan kembali sihat serta pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari.

Walaupun begitu, terdapat beberapa gejala yang perlu anda perhatikan bagi memastikan bayi anda tidak mengalami jangkitan lain yang serius.

Pemantauan simptom bayi selsema hendaklah dilakukan terutamanya pada bayi baru lahir walaupun ia adalah perkara normal bagi mereka.

Ketika dilahirkan, sistem imun bayi masih lagi di peringkat yang rendah dan tidak mampu untuk melawan penyakit.

Disebabkan itu bayi mudah terdedah kepada jangkitan virus yang mengakibatkan mereka mengalami selsema. 

Walaupun ia tidak berbahaya, ibu dan ayah tetap perlu memantau tahap kesihatan mereka bagi mengelakkan bayi terdedah kepada berlakunya penyakit yang lain seperti radang paru-paru atau croup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu sentiasa diingat bahawa, sebarang penyakit yang dialami oleh bayi usia bawah 3 bulan, perlu dirujuk kepada pakar pediatrik mereka, terutama sekali jika bayi didapati demam.

Gejala bayi selsema

Sekiranya bayi anda dijangkiti selsema, anda akan mendapati hidung mereka menjadi berair dan tersumbat disebabkan cairan hingus sudah berubah menjadi lebih tebal dan berwarna hijau kekuningan setelah beberapa hari dijangkiti.

Tetapi jangan risau! Ia normal dan tidak membawa maksud selsema akan menjadi semakin teruk.

Antara gejala bayi selsema yang lain adalah seperti berikut :

  • demam
  • kerap menangis
  • batuk terutama waktu malam
  • bersin
  • kurang selera makan
  • sukar menyusu
  • susah tidur

Selalunya gejala ini akan memburuk pada hari kedua atau ketiga setelah bayi menghidapi selsema. Ia akan beransur pulih dalam tempoh 10 hingga 14 hari yang seterusnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit Lain Yang Boleh Menjangkiti Bayi Selepas Selsema

Terdapat beberapa simptom selsema yang sama dengan penyakit lain iaitu :

#1. Pneumonia

Jangkitan selsema boleh bertukar menjadi radang paru-paru dengan pantas. Antara gejalanya adalah seperti berikut :

  • badan menggigil
  • kulit kemerahan
  • berpeluh
  • demam tinggi
  • muntah
  • batuk yang teruk
  • bernafas dengan laju atau sukar bernafas
  • Biru dan kuku menjadi disebabkan keperluan oksigen tidak mencukupi.

#2. Croup

Selsema bayi boleh berubah menjadi croup. Bayi anda akan mengalami kesukaran untuk bernafas, suara menjadi serak dan batuk yang teruk. Mereka juga mungkin akan mendapat stridor iaitu sejenis bunyi kuat disebabkan oleh aliran udara yang terhalang.

#3. RSV

Jangkitan pernafasan serius ini iaitu Respiratory Syncytial Virus atau RSV ini boleh menjejaskan semua orang tidak mengira peringkat umur mereka. Terutamanya bayi yang mempunyai saluran pernafasan yang masih lagi kecil dan sempit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Bronkiolitis

Ia merupakan radang pernafasan yang menjejaskan saluran udara kecil yang terdapat dalam paru-paru (bronkiol). Selalunya terjadi kepada bayi yang dilahirkan secara pramatang dan virus bronkiolitis ini terjadi disebabkan oleh RSV.

#5. Batuk kokol, pertusis

Lebih dikenali sebagai batuk kokol merupakan sejenis jangkitan pernafasan yang boleh menyebabkan kesesakan, bersin dan batuk yang sangat teruk.

Bayi yang mengalami jangkitan ini boleh mengalami keadaan yang sangat serius. Oleh itu, sebagai ibu dan ayah anda perlu mendapatkan vaksin untuk mencegah penyebaran jangkitan ini kepada bayi anda.

Punca Selsema Pada Bayi Baru Lahir

Sebenarnya terdapat lebih 200 virus yang diketahui akan menyebabkan selsema biasa. Sebelum memasuki usia dua tahun, bayi akan mengalami selsema sebanyak 8 hingga 10 dalam tempoh tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Virus merupakan punca utama yang menyebabkan bayi mengalami selsema dan rhinovirus menjadi punca yang paling biasa.

Antara virus lain yang boleh menyebabkan selsema adalah virus pernafasan syncytial, virus human parainfluenza, adenovirus, common human coronaviruses dan human metapneumovirus.

Virus ini boleh hidup di udara dan juga pada permukaan yang keras bagi jangka masa yang singkat. Ia disebarkan melalui titisan yang dikeluarkan oleh batuk dan juga bersin oleh orang yang menghidapi selsema.

Malah, ketika bercakap atau pun sedang ketawa juga mampu untuk mengeluarkan titisan virus selsema. Virus ini juga dapat menular dengan mudah melalui udara dan  tidak memerlukan apa-apa sentuhan langsung kepada seseorang.

Begitu juga dengan bayi, jika seseorang yang sedang mengalami sakit berada berhampiran mereka, virus yang disebarkan melalui udara ini akan disedut atau disentuh oleh bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan lagi, jika anda membawa mereka ke mana-mana tempat yang mempunyai virus ini. Ia mudah dijangkiti bayi disebabkan imun badan bayi yang masih lagi tidak cukup kuat, jadi sukar bagi mereka untuk melawan virus ini dengan baik.

Adakah Biasa Bagi Bayi Yang Baru Lahir Diserang Selsema?

Selsema yang disebabkan oleh virus ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang baharu dilahirkan terutamanya bagi bayi yang tidak minum susu ibu.

Jika bayi yang menyusu badan dan mempunyai imun badan yang kuat pun boleh dijangkiti, apatah lagi bagi bayi yang hanya minum susu formula sahaja.

Walaupun selsema bukanlah sesuatu yang serius, pemantauan yang rapi terhadap sebarang gejala yang lain tetap perlu dititikberatkan kerana ia boleh bertukar menjadi penyakit yang lebih serius. Terutamanya jika bayi anda mengalami demam dan mempunyai gejala-gejala yang disebutkan seperti di atas.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Bagi bayi yang berumur bawah 3 bulan, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor sekiranya menghidapi selsema.

Ini bagi menolak sebarang keadaan yang lebih serius dan juga untuk memastikan mereka tidak menghidapi penyakit lain selain selsema.

Untuk makluman anda juga, demam merupakan salah satu cara badan bayi berfungsi untuk melawan selsema. Tetapi jika anda mendapati bacaan suhu badan mereka adalah 38 darjah celcius atau lebih tinggi, segera bawa bayi anda berjumpa dengan doktor.

Demam yang berterusan melebihi 5 hari memerlukan rawatan doktor. Sentiasa perhatikan gejala bayi anda. Bawa jumpa doktor sekiranya bayi anda mempunyai mana-mana gejala berikut :

  • ruam
  • muntah
  • cirit-birit
  • batuk berterusan
  • menangis secara luar biasa, tanpa henti
  • sukar bernafas
  • menarik nafas dengan rusuk seperti menarik masuk jauh ke dalam, juga di bahagian leher
  • lendir hingus yang pekat atau berdarah melalui mulut atau hidung
  • demam melebihi 5 hari
  • menggosok telinga mereka, atau tanda ketidakselesaan yang lain di mana-mana bahagian tubuh mereka
  • tanda-tanda dehidrasi, seperti kurang buang air tidak seperti selalu.
  • tidak mahu menyusu
  • kuku dan bibir berwarna kebiruan

Sebagai ibu dan ayah, anda pastinya lebih mengenali bayi anda. Jika anda mendapati bayi anda tidak berkelakuan seperti biasa, segeralah berjumpa dengan doktor pediatrik mereka bagi memastikan tidak ada apa-apa yang serius terjadi kepada mereka.

Bayi Selsema Boleh Dibantu Dengan 9 Cara Ini

Sebagai ibu dan ayah yang prihatin dan penyayang, tentu anda sedih dan berasa sangat hiba apabila melihat anak selsema dan meragam kerana tidak selesa.

Terdapat beberapa cara hilangkan selsema bayi yang boleh anda praktikkan dan petua hilangkan selsema bayi ini merupakan kaedah alternatif yang mampu membantu kurangkan ketidakselesaan pada bayi anda. 

Ada di antara bahan-bahan yang digunakan ini anda boleh dapati di dapur rumah anda saja tak perlu merantau jauh-jauh untuk mendapatkannya.

Mungkin bila anda baca, anda terkejut rupanya barangan di dapur saja boleh bantu untuk redakan bayi selsema. Kenapalah baru tahu kan? Jika dari dulu tahu mesti dah cuba.

#1. Kunyit hidup

Secara tradisional kunyit boleh digunakan untuk membantu bayi selsema. Ibu hanya perlu menumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung, belakang badan dan dahi anak.

InshaAllah, selepas beberapa kali ulang, hingus akan kering dan melegakan pernafasan. Jika anda berada di luar, atau sedang melancong dapatkan saja kunyit hidup potong sedikit dan letakkan pada batang hidung bayi.

Tidak perlu tumbuk atau hancurkan. 

#2. Mandian lemon

Ini memang bukan rahsia lagi. Mandian lemon memang amat membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan bayi selsema. Dengan penggunaan lemon yang biasanya diperah dan mandi dalam air suam, ia akan membuatkan bayi lebih selesa.

Air suam yang dicampur lemon akan membantu membuka rongga pernafasan bayi yang sedikit 'ketat' apabila selsema. Disebabkan itu mereka tidak dapat bernafas dengan selesa.

Ibu boleh memandikan anak dengan beberapa hirisan buah lemon. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus anak.

#3. Minyak bawang putih

Untuk mendapatkan minyak bawang putih, ibu hanya perlu membakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut.

Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk membantu melegakan pernafasan.

#4. Bawang merah

Ibu hanya perlu mengupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan air bawang. Ibu hanya letak kan air bawang tersebut berdekatan tempat tidur bayi bawah dua tahun. Ini dapat mengeringkan selsema bayi.

Jangan pula sapu pada anak, panas nanti kulitnya. Jika tidak mahu tumbuk, belah saja dua bawang berkenaan dan letak di mana tempat bayi tidur. Bawang akan menyerap bakteria di sekeliling bayi. 

#5. Lemon, halia, madu

Ibu hanya perlu memerah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

#6. Tidurkan bayi dengan meninggikan bahagian kepala

Tidur bayi akan terganggu apabila diserang selsema. Ibu boleh tinggikan kepala bayi dari kebiasaan semasa tidur untuk membantu bayi bawah 2 tahun bernafas lebih baik dan sempurna.

#7. Tepuk percussion

Tepukan percussion ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak bayi. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan secara melengkung.

#8. Kerapkan Penyusuan Susu Ibu

Khasiat susu ibu terbukti dapat memulihkan bayi yang selsema. Oleh itu,ibu disarankan menyusu bayi dengan lebih kerap. Untuk anak-anak yang sudah besar, berikan air masak secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

#9. Spray Hidung

Spray hidung boleh didapati di farmasi dan klinik. Ia diperbuat daripada air garam untuk mengeluarkan hingus anak. Spray ini dapat membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri.

Selain itu anda boleh sedut hingus anak dengan penyedut yang memang ada dijual di pasaran. Tetapi elakkan membeli ubat selsema budak atau batuk yang dijual di farmasi atau pasaran kerana ianya tidak selamat untuk bayi anda.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Adakah Kandungan Dalam Balm Baby Selamat Untuk Merawat Bayi Selsema & Batuk?

Baca juga: 5 jenis makanan boleh hilangkan selsema anak tanpa guna UBAT!

Baca juga: 3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

Penulis

Lala Annuar