Berapa Kali Bayi Perlu Tidur Siang Setiap Hari? Panduan Lengkap Durasi Tidur & Cara Tidurkan Anak
Sekali atau dua kali? Berapa banyak bayi patut tidur siang sebenarnya? Kami mengupas persoalan ini disini. Baca selanjutnya mengenai waktu tidur bayi.
Nap time atau lebih dikenali dengan tidur siang adalah waktu tidur yang diperuntukkan untuk bayi dan anak kecil berehat pada waktu siang.
Walau bagaimanapun, apabila anak kecil mula belajar berdiri atau berjalan, dia sering enggan tidur siang dan lebih berminat untuk bergerak dan bermain. Tabiat ini mungkin membuatkan anda tertanya-tanya, adakah sudah tiba masanya untuk menukar jadual tidur anak anda, dan apakah yang perlu anda lakukan untuk menangani perubahan ini?
Ibu dan ayah, berikut adalah petua dan tips yang anda boleh cuba mengenai caturan waktu tidur siang untuk bayi dan kanak-kanak satu tahun ke atas.
Isi Kandungan
Mengapa bayi dan anak kecil perlu tidur siang?
Untuk pengetahuan ibu dan ayah, rutin tidur yang betul dan konsisten sangat menyokong tumbesaran dan perkembangan anak-anak menjadi lebih optimum. Oleh itu, ibu bapa perlu memahami waktu tidur yang sesuai untuk setiap peringkat umur anak.
Bayi dan kanak-kanak perlukan tidur yang banyak dalam tempoh 24 jam sehari. Tidur ini sangat penting untuk tumbesaran mereka. Dalam tempoh ini, bayi memerlukan rehat dan tidur yang cukup. Ini sebab sebab kenapa bayi perlu nap time atau tidur siang:
- Bayi tidak boleh berjaga lama: Bayi tidak boleh berjaga lama seperti kanak-kanak yang lebih besar kerana mereka masih dalam proses pembesaran. Oleh sebab itu, tidur siang penting untuk mereka.
- Membantu mereka belajar dengan lebih baik: Tidur sebenarnya membantu bayi untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Pada tahap ini, segalanya adalah baru bagi mereka. Jadi tidur yang cukup sangat-sangat membantu mereka untuk pembelajaran bahasa, kognitif dan memori dan banyak lagi.
- Bantu tidur malam: Apabila bayi tidur siang, ia membantu mereka untuk tidur pada waktu malam supaya mereka lebih lena.
- Rehat dan recharge diri: Masa tidur siang memberikan bayi dan kanak-kanak kecil peluang untuk berehat dan mengecas semula badan mereka. Tidur penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan tidur yang cukup membantu menyokong sistem imun, meningkatkan daya ingatan dan membantu pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan.
- Bagus untuk perkembangan otak: Tidur memainkan peranan penting dalam perkembangan otak, dan semasa tidur otak memproses dan menyatukan maklumat baharu.
- Bentuk mood dan tingkah laku: Kurang tidur boleh menyebabkan kerengsaan, keresahan dan masalah tingkah laku pada bayi dan kanak-kanak. Masa tidur siang boleh membantu mencegah isu ini dengan membekalkan anak-anak dengan rehat yang mereka perlukan untuk berasa lebih tenang dan santai.
- Bantu perkembangan fizikal: Tidur juga penting untuk perkembangan fizikal kerana semasa tidur, badan menghasilkan hormon pertumbuhan. Tidur yang cukup boleh membantu menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat pada bayi dan kanak-kanak.
Malah, kami rasa ibu dan ayah juga mesti tahu apa yang terjadi kalau anak tidak cukup nap time? Mulalah, anak anda mengamuk, tak nak makan dan macam-macam lagilah. Orang kata buat perangai? Jadi, anda kena beri anak tidur yang mencukupi supaya anak anda dapat berehat sepuasnya.
Berapa kali anak anda patut tidur siang?
Ini adalah soalan yang sangat bagus. Buat ibu bapa yang ingin tahu, bayi dan kanak-kanak sebenarnya mempunyai bilangan tidur siang yang berbeza mengikut tahap toleransi mereka.
Umum kita ketahui bahawa bayi lebih banyak memerlukan nap time sejak baru lahir sehingga mereka sampai umur 1 tahun. Apabila mereka sudah mula membesar, waktu tidur mereka akan berkurangan dan mereka tidak lagi perlu tidur banyak seperti keadaan sewaktu mereka masih bayi.
Ini kerana semakin anak anda besar, anak anda tidak memerlukan nap time kerana mereka sudah boleh mempunyai keupayaan atau toleransi untuk berjaga siang. Mari kita rujuk panduan untuk bayi dan kanak-kanak mengenai waktu tidur mereka.
Waktu tidur bayi
#1 Bayi baru lahir sehingga 6 bulan
Bayi yang baru lahir dan masih kecil memerlukan tidur yang jauh lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Untuk bayi baru lahir, mereka memerlukan waktu tidur siang sebanyak 7 hingga 9 jam tetapi dengan bilangan tidur sebanyak 3 kali.
Manakala untuk bayi di bawah umur 6 bulan, mereka memerlukan hanya 4 hingga 5 jam waktu tidur dengan bilangan nap time sama ada 3 kali ataupun 2 kali.
#2 Bayi usia 6 hingga 12 bulan
Untuk bayi berusia 6 bulan hingga 9 bulan, waktu tidur mereka panjang sedikit berbanding bayi 9 hingga 12 bulan. Mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur. Untuk tahap usia bayi ini, mereka memerlukan bilangan tidur sebanyak 2 kali.
#3 Bayi 12 hingga 18 bulan
Apabila bayi sudah menjangkau umur setahun, mereka hanya memerlukan 2 hingga 3 jam sahaja waktu tidur dan bilangan tidur mereka juga sudah semakin berkurangan. Mereka boleh tidur siang sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.
#4 Bayi 18 bulan hingga 2 tahun
Bagi bayi yang kian membesar, mereka hanya memerlukan 2 jam sahaja nap time dan bilangannya hanyalah 1. Kebiasaannya, bayi tidur pada awal tengahari.
Bolehkah bayi berumur bawah 1 tahun tidur siang sekali sahaja?
Ya, bayi di bawah umur 1 tahun boleh tidur hanya sekali sehari. Lazimnya, bayi yang baru lahir akan tidur dengan kerap sepanjang hari, tetapi apabila mereka semakin berusia, jadual tidur siang mereka biasanya digabungkan menjadi satu atau dua tidur siang setiap hari.
Sekitar umur 6 bulan, bayi sering beralih kepada dua tidur siang sehari, biasanya satu pagi dan satu petang. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi secara semula jadi mungkin beralih kepada tidur siang yang lebih lama pada tengah hari apabila mereka menghampiri hari lahir pertama mereka.
Ibu dan ayah perlu ingat bahawa setiap bayi berbeza, dan keperluan tidur mereka juga berbeza-beza. Sesetengah bayi mungkin masih memerlukan dua tidur siang sehari melepasi umur 1 tahun, manakala yang lain mungkin boleh beralih kepada satu tidur siang lebih awal.
Sebagai ibu bapa atau penjaga, anda harus mengikut petunjuk bayi anda dan melaraskan jadual waktu tidur mereka mengikut keperluan untuk memastikan mereka mendapat rehat yang diperlukan.
Mengapa bayi enggan tidur?
Terdapat beberapa sebab kenapa bayi susah tidur siang, antaranya ialah:
- Kelaparan: Kelaparan adalah salah satu sebab yang paling biasa mengapa bayi bangun dan mengalami masalah tidur. Bayi yang baru lahir perlu kerap menyusu, biasanya setiap 2-3 jam, dan rasa lapar menyebabkan mereka terkejut daripada tidur.
- Ketidakselesaan: Bayi mungkin mengalami masalah tidur jika mereka tidak selesa. Ini mungkin disebabkan oleh lampin yang kotor, pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar, atau persekitaran bilik terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Tumbuh gigi: Tumbuh gigi boleh menyakitkan dan tidak selesa untuk bayi, dan ia boleh mengganggu tidur mereka. Bayi mungkin bangun lebih kerap pada waktu malam apabila mereka tumbuh gigi.
- Penyakit: Jika bayi sakit, mereka mungkin mengalami masalah tidur. Penyakit biasa, seperti selesema atau jangkitan telinga, boleh menyukarkan bayi untuk bernafas atau menyebabkan ketidakselesaan yang membuatkan mereka terjaga.
- Tahap perkembangan (developmental milestone): Apabila bayi membesar, mereka mungkin mengalami perubahan dalam corak tidur mereka. Sebagai contoh, apabila bayi belajar berguling atau merangkak, mereka mungkin bangun dengan lebih kerap kerana mereka sedang berlatih kemahiran baharu mereka.
- Terlalu banyak rangsangan: Bayi boleh menjadi terlalu terangsang jika mereka terdedah kepada terlalu banyak aktiviti, bunyi bising atau lampu terang sebelum tidur. Ini boleh menyukarkan mereka untuk tenang dan tertidur.
- Enggan berpisah dengan ibu dan ayah (separation anxiety): Apabila usia bayi semakin meningkat, mereka mungkin mengalami separation anxiety, yang boleh menyukarkan mereka untuk tidur bersendirian. Mereka mungkin sering bangun dan menangis untuk ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanda tanda anak bersedia untuk berhenti tidur siang
Berhenti nap time adalah satu peralihan yang besar untuk bayi dan kanak-kanak, dan penting untuk memastikan mereka bersedia sebelum membuat sebarang perubahan pada jadual mereka.
Berikut adalah beberapa tanda bahawa bayi atau anak kecil anda mungkin bersedia untuk untuk skip nap time:
- Keengganan untuk tidur siang: Jika bayi atau anak kecil anda secara konsisten enggan tidur siang, walaupun selepas anda mencuba segala-galanya untuk menggalakkan mereka tidur, mereka mungkin bersedia untuk beralih kepada jadual baharu.
- Tempoh terjaga yang lebih lama: Jika bayi atau anak kecil anda berjaga dalam jangka masa yang lebih lama tanpa menunjukkan tanda-tanda keletihan atau kerengsaan, ini mungkin tanda bahawa mereka sudah bersedia untuk berhenti nap time.
- Kesukaran untuk tidur pada waktu tidur: Jika bayi atau anak kecil anda mengalami masalah untuk tidur pada waktu tidur biasa mereka, ini mungkin tanda bahawa mereka tidak cukup letih dari tidur siangnya.
- Masa tidur siang yang panjang: Jika bayi atau anak kecil anda tidur lebih lama daripada biasa, ini mungkin tanda bahawa mereka sudah bersedia untuk menyatukan tidur siang mereka ke dalam satu tempoh tidur yang lebih lama.
- Umur: Apabila bayi dan kanak-kanak semakin meningkat, mereka biasanya memerlukan kurang tidur pada siang hari. Jika bayi atau anak kecil anda menghampiri usia 2 tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk mula berfikir untuk berhenti nap time.
Ingat ya, bahawa setiap kanak-kanak berbeza, dan sesetengah kanak-kanak mungkin bersedia untuk tidur lebih awal atau lebih lewat daripada yang lain. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk hentikan nap time, buat peralihan secara perlahan dan beransur-ansur, dan perhatikan isyarat anak anda untuk memastikan mereka mendapat rehat yang diperlukan.
Perhatikan anak anda selama 2 hingga 3 minggu. Anda juga harus pastikan anak anda sudah bersedia dan jangan terlalu drastik kerana takut ia akan mengganggu emosi dan perkembangannya secara menyeluruh.
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu
Baca juga: Bilakah Bayi Anda Boleh Mula Tidur Dengan Bantal?