Dalam menyediakan barangan keperluan ibu dan bayi semasa menunggu kelahiran si comel, pasti beg lampin bayi akan menjadi salah satu dalam senarai.
Setiap ibu memerlukan sekurang-kurangnya satu beg lampin untuk 2 tahun pertama kehidupan bayi.
Mungkin ada yang berpendapat tidak perlu namun hakikatnya ia memudahkan untuk membawa semua keperluan si manja seperti lampin, tisu, pakaian tambahan dan mainan, terutama apabila pulang ke kampung atau sekadar berjalan-jalan di luar rumah.
Buat pengetahuan anda, beg lampin bukan ‘beg hospital’ ya, tetapi lebih kepada beg yang dibawa selepas bayi lahir untuk membawa keperluan.
Beg lampin kini direka lebih bergaya dan pastinya mempunyai banyak pilihan yang menepati bukan sahaja citarasa ibu, tetapi juga untuk pemakaian si bapa.
Sebab Kenapa Anda Perlukan Beg Lampin Bayi
Kredit gambar: Unsplash
Boleh kata ramai ibu bapa yang mempunyai pandangan sendiri di mana mereka berfikir “kenapa kita perlukan beg lampin bayi sedangkan jika ada beg galas biasa di rumah?"
Sebenarnya fungsi beg lampin bayi lain dengan beg galas biasa di rumah. Ini kerana beg lampin bayi lebih banyak poket dan bahagian penyimpanan yang dapat membantu anda untuk kekal rapi dan tersusun.
Antara beberapa barang yang anda perlu masukkan dalam beg lampin bayi termasuklah lampin, tisu basah, kain lap, krim lampin, dan apa sahaja ubat-ubatan yang bayi anda perlu ambil, serta pakaian tambahan bayi, puting, kain untuk proses sendawa, dan botol susu.
Malah ada juga yang mahu memasukkan sekali satu atau dua permainan untuk bayi.
Bergantung kepada sama ada anda mahu membawanya di dalam beg lain atau masukkan sekali di dalam satu beg, dan sudah pastinya anda mahukan satu beg lampin bayi yang mempunyai ruang tambahan untuk barangan peribadi seperti dompet, telefon bimbit atau tablet.
Jenis Beg Lampin Bayi
Kredit gambar – Unsplash
Sebenarnya terdapat banyak jenis beg lampin bayi yang tersedia di pasaran mengikut pilihan, citarasa dan keperluan masing-masing. Berikut adalah antara jenis beg lampin bayi:
1. Beg galas belakang
Salah satu jenis beg lampin yang cukup terkenal di antara kalangan ibu bapa kerana ia dapat memuatkan banyak barang keperluan bayi serta item peribadi dalam satu beg berikutan tersedia banyak bahagian penyimpanan.
Pastikan anda cari jenis beg galas belakang yang besar dan kuat untuk anda bawa ke mana sahaja.
2. Beg tote
Jenis ini kelihatan seakan satu beg wanita yang besar, hadir dengan strap dan pemegang yang mana ibu bapa boleh sandang tepi atau dibawa dengan tangan. Sesetengah model boleh memuatkan laptop juga.
3. Beg lampin boleh tukar (Convertible)
Stail ini menawarkan anda dengan pelbagai pilihan, berikutan ia boleh ditukar kepada beg galas atau beg messenger, bergantung kepada keperluan anda pada hari tersebut.
Ia ideal jika anda seorang yang tidak dapat memilih jenis yang mana terbaik buat anda atau jika mungkin anda memerlukan kedua-dua jenis stail ini.
4. Beg lampin dengan boleh sambung pada kereta sorong
Ada sesetengah beg lampin direka dengan penggantung untuk kereta sorong atau strap yang boleh disambungkan pada pemegang kereta sorong.
Walaubagaimanapun, apabila beg tersebut dalam keadaan yang sarat dan berat, ia boleh menyebabkan kereta sorong tersebut memberat ke arah belakang sekaligus merbahaya untuk bayi anda. Jadi pastikan yang pemegang kereta sorong anda mampu menampung berat beg lampin.
Yang paling ideal adalah pabila anda tidak menggalas atau memegang beg lampin tersebut, boleh diletakkannya di dalam bakul atau ruang di bawah tempat duduk kereta sorong tersebut.
Mencari Beg Lampin Bayi Yang Terbaik di Malaysia

Di zaman moden kini, golongan parents pastinya lebih bergaya, kerap beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan malah. Setiap personaliti berbeza parents pastinya memerlukan kelainan walaupun dalam pemilihan beg lampin.
Namun pemilihan beg lampin pun harus memenuhi ciri-ciri seperti berikut:
-
- Fungsi. Pastinya beg lampin perlu mematuhi fungsinya untuk menyimpan keperluan bayi tdak seperti beg biasa seperti mempunyai bahagian dalaman yang berpoket, sesuai untuk meletakkan barangan kecil dan juga botol susu yang berrisiko untuk tumpah!
- Saiz yang selesa untuk dibawa namun cukup luas untuk mengisi barangan si manja.
- Mudah dicuci. Pastikan ia bermaterial yang mudah untuk dilap dan dicuci dengan mesin basuh.
- Kukuh. Jika boleh, pilih beg lampin yang nadir dengan sulaman jahitan yang kukuh, yang mana boleh membantu beg tersebut tahan lama dan dapat menampung cucian di dalam mesin basuh. Juga pastikan zip bergigi besar dan mudah untuk digunakan. Elak beg dengan penutup bermagnet, yang mana beg akan mudah terbuka pabila terlebih muatan
- Terdapat banyak ruang penyimpanan. Poket dan bahagian penyimpanan, kedua-dua dalam dan luar, menambah lebih fungsi kepada mana-mana beg lampin bayi. Anda juga pasti mahukan ruang penyimpanan barangan peribadi. Sesetengah beg lampin juga bercirikan seksyen insulasi demi memastikan botol susu dalam keadaan suam atau sejuk.
- Strap dan pemegang yang selesa. Penting untuk anda pastikan pemegang atau strap beg berfungsi dengan baik dan selesa, kerana percayalah yang mana beg lampin atau apa-apa jenis beg sekalipun jika ia tidak selesa untuk dipegang atau disandang atau digalas, pastinya ia akan membuatkan kita merasa turn-off sekaligus tidak lagi mahu memakainya. Satu pembaziran di situ.
- Tidak terlalu berat. Ini adalah satu faktor penting kerana sekali beg lampin anda penuh ia akan bertambah berat. Jadi, sebelum beli, periksa berapa berat beg tersebut. Satu idea bernas untuk anda pilih yang lebih ringan jika anda merancang untuk menyandangnya di baht atau menggalasnya di belakang.
- Pad menukar lampin. Banyak beg lampin yang hadir dengan pad menukar lampin yang boleh dilipat dan disimpan di dalamnya. Ini bermakna anda boleh menukar lampin bayi lebih mudah ketika keluar.
7 Beg Lampin Bayi Terbaik di Malaysia
Beg Lampin Bayi Terbaik
 | Mama's Choice Multifunction Diaper Bag |  | View Details | Buy now |
 | Skip Hop Forma Backpack Diaper Bag Beg Lampin Bayi Terbaik Bergaya Untuk Jangka Masa Panjang |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Skip Hop Dash Diaper Bag Beg Lampin Bayi Terbaik Versi Sandang |  | View Details | Beli di Lazada |
 | HALLUBY Daddy Cool 2.0 Beg Lampin Bayi Terbaik Untuk 'Cool Daddy' |  | View Details | Beli di Lazada |
 | JJ Cole Mezona Backpack Beg Lampin Bayi Terbaik Versatil Dengan Lebih Fungsi |  | View Details | Beli di Amazon |
 | Terminus Daddy Cool Diaper Backpack Beg Lampin Bayi Terbaik Minimalis Untuk Bapa |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Princeton Urban Reborn Series Baby Diapers Bag Beg Lampin Bayi Terbaik Dengan Sokongan Belakang Yang Selesa |  | View Details | Beli di Shopee |
#1 Mama’s Choice Multi-Function Diaper Bag (Beg Lampin Bayi Terbaik Pelbagai Fungsi)

Beg lampin keluaran Mama’s Choice menjadi pilihan kami bukan sahaja kerana mempunyai kapasiti yang besar dengan 15 bahagian, tetapi kerana ia merupakan jenama yang dipercayai!
Bahagian dalaman beg ini juga disediakan ruang dengan foil aluminium khas untuk ketahanan suhu botol susu, jadi si manja sentiasa mendapat bekalan susu yang berkhasiat. Bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang cantik, malah produk ini didatangkan dengan warna neutral yang sesuai untuk ibu dan ayah!
Apa yang kami suka?
- Tahan lasak dan mudah dicuci
- Ruang compartment yang banyak dan pelbagai
- Material kanvas premium
- Disertakan kabel port USB
- Dimensi 40x28x20cm
#2 Skip Hop Forma Backpack Diaper Bag (Beg Lampin Bayi Terbaik Bergaya Untuk Jangka Masa Panjang)

Jika ibu mencari beg lampin yang cantik dan boleh dipakai untuk jangka masa panjang, apa kata beli produk dari Skip Hop ini? Ini bukan saja ringan dan luas, malah dengan bukaan yang besar sememangnya ia memudahkan penyimpanan barangan ibu dan si manja. Beg ini boleh disangkut dengan baik di stroller dan juga menyediakan changing pad yang juga berfungsi sebagai tepat alas laptop bila saat memerlukan!
Apa yang kami suka?
- Bahagian depan membolehkan akses mudah ke kubus simpanan
- Ruang poket yang elastik
- Pembukaan zip berganda yang sangat luas
- Poket botol sisi bertebat
- Tali bahu yang empuk
- Material bebas phthalate, bebas PVC
- Dimensi 16l x 8w x 14j; (cm): 41l x 20w
#3 First Few Years Skip Hop Dash Diaper Bag (Beg Lampin Bayi Terbaik Versi Sandang)

Buat parents yang lebih gemar menyandang beg di bahu, beg lampin ini merupakan pilihan untuk anda. Produk ini juga sangat bergaya buat kaum bapa kerana coraknya yang tidak terlalu feminin. Material yang diperbuat daripada bahan yang selamat untuk si manja menjadikan produk ini pilihan yang baik semasa memilih beg lampin.
Apa yang kami suka?
-
- Beg sandang bahu yang sangat cantik
- Serasi diletakkan pada stroller
- Mempunyai 11 bahagian dengan poket peribadi berzip.
- Mempunyai magnet pada penutup beg.
- Poket tepi untuk meletakkan botol susu
- Bebas BPA
- Bebas Phthalate
#4 HALLUBY Daddy Cool 2.0 (Beg Lampin Bayi Terbaik Untuk ‘Cool Daddy’)

Melihat pada namanya saja sudah tahu yang beg lampin ini merupakan rekaan khusus buat si ayah, betul tak? Beg lampin ini yang pernah menerima anugerah ini diperbuat daripada kain poliester kitar semula ECO WEAVE.
Jika anda lebih sukakan reka bentuk ringkas tetapi memerlukan beg kapasiti maksimum untuk semua keperluan si manja, produk ini ternyata disediakan untuk anda. Bawa dengan yakin dan selesa sambil menyembunyikan fakta bahawa si ayah sebenarnya memakai beg galas lampin.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat dari botol kitar semula.
- Rekabentuk ergonomik.
- Mempunyai banyak bahagian dalaman.
- Bahagian dalaman yang boleh menjamin susu tahan panas.
- Bahagian tersembunyi bagi memastikan keselamatan barangan.
- Sesuai untuk dibawa travel.
- Tahan lasak dan kalis air.
#5 JJ Cole Mezona Backpack (Beg Lampin Bayi Terbaik Versatil Dengan Lebih Fungsi)

Beg lampin bayi JJ Cole Mezona membolehkan anda untuk membawa segala yang anda perlu ketika keluar bersama bayi anda. Dengan 7 poket, termasuklah satu zip keselamatan pada poket hadapan yang mana sesuai untuk penyimpanan dompet, dan dua poket untuk botol pada bahagian sisi, terdapat lebih ruang untuk anda masukkan semua yang anda perlu ketika mengembara.
Poket sisi tersebut juga adalah pilihan terbaik untuk menyimpan telefon bimbit. Bahagian cinch atas menyediakan akses mudah ke poket dalam yang cukup luas serta termasuklah pad menukar lampin.
Lubang pada bahagian strap belakang berinspirasikan gear mendaki dan ia adalah cara terbaik untuk meletakkan kaca mata, pakaian atau tuala untuk sendawa, puting bayi, dan lebih dekat untuk dicapai dengan tangan.
Apa yang kami suka?
- Fesyen bertemu fungsi: mampu membawa semua barangan yang anda perlu untuk memastikan bayi kekal segar dan barangan penyusuan tanpa mengorbankan stail atau fungsinya dengan sebuah beg lampin bayi yang sedia untuk apa sahaja pengembaraan
- Tersedia dengan banyak poket: 7 poket semuanya, termasuklah poket hadapan dengan zip keselamatan dan 2 poket botol pada bahagian sisi, masih ada ruang untuk menyumbat masuk segala yang anda perlu bawa
- Cinch top menyediakan akses mudah ke poket bahagian dalam yang cukup roomy termasuklah pad penukaran lampin
- Rekaan yang diinspirasi: lubang pada strap belakang berinspirasi daripada gear mendaki dan sesuai until kaca mata, dan tuala untuk sendawa serta puting bayi
- Cukup kemas: beg lampin bayi yang bercirikan luaran nylon yang mana mudah dilap untuk pembersihan serta lapisan bersih Dura zip luar yang boleh dibasuh di dalam mesin dan kering dengan cepat
#6 Terminus Daddy Cool Diaper Backpack (edisi kompak) (Beg Lampin Bayi Terbaik Minimalis Untuk Bapa)

Dikatakan yang mana sebuah beg Daddy Cool (Edisi Kompak) bersamaan dengan dua beg lampin berjenama antarabangsa. Ia direka untuk bapa yang arif yang mana memilih untuk satu rekaan yang minimalis sekaligus memerlukan beg berkapasiti maksimum untuk semua keperluaan bayi.
Rekaannya yang cukup sleek akan membuatkan para bapa menggalasnya dengan keyakinan sementara menyembunyikan fakta yang mana sebenarnya anda sedang membawa beg lampin anak. Jadi, bapa cool mana yang tidak cool dengannya bukan?
Apa yang kami suka?
- Akses mudah kepada tisu basah dengan penutup bermagnet (direka untuk tisu basah bersaiz 200mm x 150mm/80 helai)
- Poket berzip dengan akses mudah untuk puting bayi
- 4 poket dengan lapisan inner untuk barangan keperluan bayi (seperti botol, bekas makanan dan sebagainya)
- Hadir dengan pad menyiapkan bayi 2 dalam 1 dan bekas untuk kereta sorong dengan pembahagi boleh laras
- Termasuklah tikar menukar lampin tidak bertoksik bergred hospital
- Bahagian penyimpanan versatil dengan pad untuk menyimpan tikar menukar lampin boleh lipat dan sebuah komputer riba bersaiz 15 inci jika perlu
- Tali sternum boleh laras untuk mengurangkan beban dan meningkatkan kestabilan ketika menggalas
- Strap bahu dengan span Polyurethane berketumpatan yang tinggi untuk keselesaan ketika menggalasnya
- Bahagian penyimpan berzip tersembunyi untuk penyimpanan barangan berharga
- Fabrik kalis air
#7 Princeton Urban Reborn Series Baby Diapers Bag (Beg Lampin Bayi Terbaik Dengan Sokongan Belakang Yang Selesa)

Beg lampin bayi Princeton ini direka khas dengan saiz yang besar cukup untuk menyokong saiz tubuh ibu bapa. Yang menariknya, ia hadir dengan jumlah 3 bahagian utama; untuk pakaian dan lampin bayi, untuk botol susu dan bekas makanan dan barangan peribadi parent, dengan ruangan ini membolehkan ibu bapa untuk menyimpan barangan persendirian tanpa perlu membawa beg tambahan lain.
Malah ia juga mempunyai akses mudah poket untuk kunci dan puting bayi. Jangan bimbang lagi akan sakit belakang, kerana rekaan beg lampin bayi Princeton ini adalah tebal dan lembut menyokong tulang belakang dengan tahap keselesaan yang tinggi pabila beg dalam keadaan yang penuh dan muatan berat.
Apa yang kami suka:
- Direka dengan Luggage Strap, yang mana beg tersebut boleh disambungkan pada pemegang bagasi ketika kembara
- Turut direka dengan Stroller Buckle, untuk memudahkan ia digantung kereta sorong bayi
- Terdapat dua bahagian penyimpanan yang direka dengan insulasi kerajang aluminium yang membantu untuk mengekalkan suhu minuman selama 3 ke 6 jam
- Ia juga dicipta dengan poket anti-pencuri untuk tujuan keselamatan
- Poket mudah akses untuk kunci dan puting bayi
- Direka dengan sokongan tebal dan lembut untuk meningkatkan kadar keselesaan pabila beg dalam keadaan berat
- Sesuai untuk kegunaan ibu bapa dan penjaga bayi
- Ia menyediakan banyak bahagian penting dan perincian yang cukup handy seperti pad menukar lampin dan akses mudah untuk tisu basah yang memastikan item penting mudah untuk dicapai
- Rekaannya cukup ergonomik
- Strap bahu berspan yang cukup selesa
- Pembahagi bahagian penyimpanan untuk meletakkan botol susu, balang makanan thermos yang cukup memudahkan
- Direka dengan zip anti-pencuri dan materialnya kalis air
Perbandingan Harga
Produk |
Saiz (L x W x H cm) |
Berat (kg) |
Harga Pasaran (RM) |
1. Mama’s Choice Multi-Function Diaper Bag |
40 x 28 x 20 |
null |
134.83 |
2. Skip Hop Forma Backpack Diaper Bag |
40.64 x 20.32 x 35.56 |
0.64 |
285 |
3. First Few Years Skip Hop Dash Diaper Bag |
12.25 x 4.25 x 11.5 |
null |
268.73 |
4. HALLUBY Daddy Cool 2.0 |
19.05 x 31.75 x 42.54 |
+/- 1.5 |
349 |
5. JJ Cole Mezona Backpack |
13.5 x 6 x 14.75 |
0.700 |
255.20 |
6. Terminus Daddy Cool Diaper Backpack |
17.78 x 33 x 42.5 |
+/- 1.34
|
299 |
7. Princeton Urban Reborn Series Baby Diapers Bag |
26 x 21.5 x 40 |
+/- 1.2
|
179 |
Checklist Beg Lampin Bayi
Kredit gambar – Munchkin
Umum tahu yang bayi memerlukan banyak gear untuk keperluan mereka. Beg lampin bayi akan jadi rumah kedua anda yang mana ia boleh dibawa ke mana sahaja.
Jadi pilihlah beg yang direka dengan banyak poket. Anda amat memerlukannya untuk menyimpan semua barangan bayi anda, tambahan lagi dengan barangan peribadi anda. Poket yang mudah akses akan membolehkan anda untuk mengambil keluar lampin atau tisu atau telefon bimbit dengan mudah dan cepat pabila memerlukannya.
Di sini, kami kongsikan checklist item untuk beg lampin bayi anda.
- Pad boleh lipat untuk sesi menukar lampin
- Lampin ( 1 ke 2 untuk setiap jam anda rancang untuk keluar – dua kali ganda jika anda mempunyai anak kembar)
- Tisu basah dalam versi pek kembara
- Beg plastik untuk membungkus lampin kotor atau pakaian basah
- Krim ruam lampin
- Kain untuk sesi sendawa atau untuk melindung bayi lelaki ketika menukar lampin
- Sebotol kecil cecair antibakteria untuk tangan
- Pakaian tambahan untuk bayi
- Topi untuk cuaca panas atau sejuk
- Selimut bayi
- Botol susu bersih dan susu formula (jika anda menyusukan bayi dengan botol)
- Bibs
- Air dan snek untuk anda
- Permainan untuk bayi
- Puting
- Carrier bayi mudah pakai
- Krim tabir suria (untuk bayi lebih 6 bulan). Rujuk pada pakar pediatrik anda tentang kegunaan krim tabir suria untuk bayi di bawah usia 6 bulan
- Kamera
Jadi, kami harap agar artikel ini cukup bermanfaat buat ibu bapa yang sedang mencari beg lampin bayi. Happy shopping!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah
Baca juga: Beg Lampin | 10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Keluar Rumah
Baca juga: Beg Bayi 4 Paling Popular Dan Cara Memilih Beg Yang Tepat