Jaga Kesihatan Diri & Keluarga Dengan Produk Belvea Malaysia, Tiada SLS & Dijamin Halal

Belvea Malaysia adalah produk yang memfokuskan pada kualiti tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Harganya mampu milik dan disahkan halal oleh JAKIM

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila menyentuh soal penjagaan kesihatan diri dan keluarga, rata-rata ibu ayah pada masa kini mengakui bahawa mereka sanggup mengeluarkan sejumlah wang agar bebas dari sebarang ancaman penyakit. Justeru, jenama penjagaan kesihatan pemakanan, Belvea Malaysia telah mengembangkan rangkaian produknya bagi memenuhi keperluan harian seisi keluarga.

Tidak dinafikan dunia penjagaan kesihatan pada masa kini telah mengalami perkembangan pesat sehingga pengguna dapat mengakses dan memilih keperluan nutrien khusus untuk kesihatan dengan mudah.

Penghasilan produk berkualiti tinggi dari Belvea Malaysia

Bagi memastikan seisi keluarga memperoleh produk kesihatan yang dipercayai dan selamat, Belvea Malaysia telah mencipta minyak ikan Belvea Begin Formula. Ia menggunakan ekstrak dari badan ikan dan diformulasikan khusus untuk memenuhi keperluan DHA ibu mengandung serta menyusu badan.

Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi tahap DHA lebih tinggi dan tahap EPA lebih rendah berbanding suplemen minyak lain yang ada di pasaran.

Kehamilan adalah tempoh yang menggembirakan bagi setiap wanita bergelar ibu. Namun dalam masa sama ibu dan bayi hendaklah dilengkapi nutrien penting seperti asid Docosahexaenoic (DHA). Pengambilan makanan yang kaya dengan DHA sering dikaitkan dengan peningkatan perkembangan kognitif pada bayi dan kesihatan mental ibu hamil.

Ramai yang tidak menyedari bahawa minyak ikan yang dijual dalam pasaran biasanya mengandungi kadar asid Eicosapentaenoic (EPA) lebih tinggi dan kurang sesuai untuk ibu hamil. Pengambilan EPA dalam dos yang tinggi boleh memberi risiko ketika proses kelahiran kelak.

Justeru, anda dinasihatkan untuk memilih minyak ikan dengan nisbah EPA lebih rendah seperti Belvea Begin Formula ini.

”Minyak ikan kami telah melalui proses penyulingan dan diuji dengan teliti untuk memastikan semua nutrien kekal tanpa sebarang bahan berbahaya. Belvea Begin Formula ini direka khas untuk memenuhi DHA ibu hamil dan menyusu,” jelas pengasas dan CEO Belvea, Mitch Loo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi pengguna yang beragama Islam, jangan ragu-ragu untuk mencuba produk keluaran Belvea ini kerana ia memenuhi standard ujian dan ketulenan yang ketat. Bukan itu sahaja, formulanya telah mendapat pengiktirafan halal dari pihak JAKIM.

Produk penjagaan kulit dari Belvea Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, Belvea Malaysia turut menawarkan produk dermatologi klinikal dirumus khas bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah kulit sensitif dan kering. Apa yang lebih menarik, produk penjagaan kulit mereka tidak menggunakan bahan seperti SLS dalam memastikan ia selamat digunakan terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Memandangkan kini seluruh Malaysia berdepan musim panas dan masyarakat cenderung menggunakan penyaman udara, ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan sensitif.

Kebiasaannya, penggunaan sabun dan syampu boleh merengsakan kulit. Justeru pastikan anda menyediakan Belvea Moisturising Cream agar dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan kasar.

Selain itu, Belvea Gentle Skin Wash tidak menggunakan bahan kimia berbahaya seperti (SLS). Kandungan ini biasanya terdapat dalam kebanyakan produk penjagaan diri dan pembersih yang meningkatkan lagi risiko masalah kulit kering serta sensitif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Produk dermatologi klinikal diformulasikan di negara New Zealand. Kami sangat mengutamakan kualiti serta standard dalam proses pembuatan produk seperti jenama terkemuka lain dan bersesuaian dengan keperluan pengguna.”

Bukan itu sahaja, rangkaian produk Belvea yang ada dalam pasaran adalah sekitar 25- 40 peratus lebih rendah dan menawarkan harga mampu milik. Kami selalu menjadi peneraju jenama yang memfokuskan pada industri penjagaan diri dan kesihatan seisi keluarga. ” jelas Mitch.

Untuk anda yang ingin mendapatkan rangkaian produk Belvea Begin Formula, Moisturizing Cream dan Gentle Skin Wash, kini ia telah tersedia di klinik dan hospital yang terpilih di seluruh Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengetahui lebih lanjut setiap produk, boleh terus ke laman web Belvea di belvea.com atau laman Facebook Belvea iaitu www.facebook.com/belvea.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wanita Patut Ada 2 Anak Saja Jika Mahu Kekal Cantik & Awet Muda- Kajian