Masa Scan Baby 3kg Saja, Tapi Bila Keluar 4.23kg Normal Delivery, Baby Buat Surprise Mengejut Untuk Ibu Ini!

Ibu ini tidak sangka scan bayi lain sama sekali apabila dia jangka anak bakal lahir dengan berat 3kg sahaja, tetapi sebaik sahaja bersalin, rupanya berat si manja cecah 4.23kg!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Genap 36 hari anak bujang sado mama Mirza Eusof yang lahir dengan 4.23kg beranak normal (normal delivery). Saya akui saya terkejut sebab anak besar sangat! Seakan-akan kena scam dengan machine scan tu sebab banyak bezanya 3.5kg dengan 4.23kg.

Cerita buat kenangan ini mana tahu nanti saya sudah nyanyuk, bolehlah baca kisah ini balik.

Pagi itu saya telah buat temujanji dengan doktor. Sebenarnya saya request untuk doctor check laluan jalan sebab suka-suka saja walaupun tidak rasa apa-apa. Sebelum ini mungkin kerana saya pernah bersalin agak awal.

Masuk 39 minggu ini, saya mula rasa susah hati.

Untuk pengetahuan semua, kehamilan kali ini saya tidak sangkut GDM. Saya happy sangat sebab semasa hamil anak nombor 1 hingga 3 semuanya kena GDM.

Selepas doktor check, rupanya laluan bersalin sudah 3cm. Tapi Kak Peah memang tidak rasa apa-apa langsung. Doktor suruh saya buat covid test masuk LR terus. Selepas buat covid test sementara tunggu result, saya sempat pekena naan milani kapitan perda dulu.

Selepas selesai solat Zohor, KPJ telefon untuk bagitau bahawa keputusan covid test sudah siap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terus terang 3-4cm kali ini tidak rasa apa-apa. Bahkan saya rasa sangat tenang. Doktor pecahkan ketuban, tengok-tengok pelik air ketuban sudah tiada. Mungkin berkurang dan turun semasa kerap pergi toilet tapi saya masih tidak rasa apa-apa.

Pukul 3.30 petang, doktor mula masukkan drip untuk cepatkan bukaan bersalin. Saya sempat baca surah Yassin dan Maryam. Apabila jam menghampiri 6 petang, barulah saya ada rasa contraction dan bila check rupanya sudah 8cm.

Rezeki kali ini sakit contraction tidak lama kerana hujung-hujung baru rasa. Allah Maha Baik.

Cubaan meneran untuk beranak normal kali ini rasa luar biasa. Rasa habis daya tapi tak keluar-keluar lagi kepala. Sambil saya heran, sambil saya heran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syukur Alhamdulillah izin Allah dihadirkan nurse yang sangat baik, membantu banyak masa proses kelahiran. Teran sambil bertukar-tukar posisi. Segala kudrat tangan kaki guna habis daya. Allah sebaik-baik penolong.

Semasa tengah menerat tu, saya ada cakap pada Mat Duan (suami saya), “ada dosa ayang yang B dok simpan lagi ka? Maafkanlah.” Ulang-ulang lagi sakit ini hapus dosa, sakit ini hapus dosa. Kalau mati pun, aku mati jihad.

DRAMA!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi lagi drama masa bersalin Aara. Saya speaking non-stop. “It hurts so bad!” Pasepa ntah. Habis misi Bahiyah jadi heran. Selepas bersalin yang kali ini, Mat Duan tanya saya, “Aii, kali ni awat tak speaking hahaha.”

Memang dalam kepala saya non stop meminta Allah. “Ukhruj ayyuhal mauluud, biqudratil malikil ma’buud”. “Keluarlah (lahirlah) hai anak dengan sebab kekuasaan Raja (Allaah) yang disembah.”

Alhamdulillah Allah Maha Baik. Akhirnya saya beranak normal seorang anak lelaki yang kedua.

Misi bersorak sebab bayi keluar besar. Mereka pakat usung mandikan si kecil badan seketoi keras seperti budak umur sebulan. Baju newborn hospiyal pun bila pakai ngam-ngam badan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ni muka dia dah kecut, dan anak nombor 4 ini muka garang!

Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Peah Ahmad untuk theAsianparent Malaysia. Saya seorang ibu kepada 4 orang anak dan bekerja sebagai usahawan sambil menguruskan anak di rumah.

Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca jugaLuar Biasa! Ibu Ini Cukup Tenang Bersalin Sendiri Dalam Kereta

Baca juga: Melahirkan Bayi Besar, Ini 6 Perkara PENTING Yang Perlu Para Ibu Take Note & Waspada

Baca juga: Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi ‘raksasa’ secara normal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan