Bayi yang menyusu badan akan melepaskan puting sendiri apabila sudah kenyang. Tetapi, lain pula caranya jika si manja minum susu formula. Berapa jam sekali bayi menyusu susu formula dalam sehari?
Jumlah dan kekerapan bagi menyusu susu formula berbeza-beza mengikut usia bayi dan keperluan pemakanan. Cara yang paling mudah, ibu ayah boleh ikut sukatan susu formula seperti yang tertera di kotak.
Berapa Jam Sekali Bayi Menyusu Susu Formula
Kebanyakan pakar bersetuju susu ibu adalah sumber makanan utama untuk bayi 0-6 bulan yang terbaik, namun tidak semua ibu berpeluang untuk menyusukan bayi atas beberapa faktor tertentu.
Jadi, susu formula menjadi pengganti untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat.
Berikut adalah panduan ringkas yang memudahkan ibu ayah ambil tahu berapa jam sekali bayi menyusu formula dalam sehari.
Sukatan Susu Formula Untuk Bayi 0-6 bulan:
Bayi baru lahir (0-2 bulan):
- Bayi kerap menyusu setiap 2-3 jam sekali, termasuk pada waktu malam. Kemudian meningkat kepada setiap 2-4 jam sekali
- Isipadu susu formula berbeza mengikut bayi, biasanya 60ml-110 ml setiap sesi penyusuan.
Bayi umur 2-4 bulan:
- Penyusuan bayi tidak sekerap ketika baru lahir. Sesi penyusuan akan berubah sedikit iaitu setiap 3-4 jam sekali.
- Jumlah sukatan susu bayi pula akan meningkat sekitar 178ml setiap kali sesi penyusuan.
Umur 4-6 bulan:
- Pada ketika ini, bayi sudah mula mengenal beza waktu siang dan malam. Mereka biasanya mudah tidur lena pada malam hari.
- Ibu juga boleh memperkenalkan makanan pertama bayi selain susu. Jadi, kekerapan penyusuan akan berkurang jadi 4-5 jam sekali.
- Masa penyusuan dikekalkan bergantung kepada jumlah makanan pejal yang diambil oleh bayi.
Bayi 6-12 bulan:
- Sesi penyusuan akan berselang seli dengan hidangan makanan lengkap. Walaupun bayi sudah tidak menyusu dengan kerap, tetapi mereka masih memerlukan susu untuk tumbesaran.
- Isipadu susu formula adalah sekitar 237ml setiap kali sesi penyusuan.
Walau bagaimanapun, setiap perkembangan dan tumbesaran bayi adalah berbeza-beza. Tidak kiralah sama ada bayi tersebut menyusu badan atau minum susu formula. Apa yang boleh ibu ayah lakukan adalah memastikan si manja mendapatkan nutrisi yang lengkap supaya kesihatan bayi terjamin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Simpan Baki Susu Bila Bayi Tak Habis Minum, Ambil Tahu Susu Formula Tahan Berapa Lama
Baca juga: Ini sebab kenapa anda perlu susukan bayi anda mengikut permintaan!
Baca juga: Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!