5 Jenis Buah Boleh Tambah Berat Anak, Beri Setiap Hari Pasti Ibu Ayah Tak Bimbang Lagi!

Pening kepala nak naikkan berat anak? Doktor di klinik pula asyik soal kenapa berat anak masih tak naik? Cuba ibu baik 5 buah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sering kali berat anak menjadi antara perkara yang menjadi kerunsingan ibu bapa lebih-lebih lagi bila sudah dekat dengan tarikh temu janji di klinik kesihatan.

Risau nak menjawab dengan doktor kenapa berat anak tak naik-naik sedangkan sudah diberi makan seperti yang disarankan pakar pemakanan yang sudah dirujuk.

Kenapa sebenarnya berat anak anda tak naik? Kadang kala rasa nak marah pula bila doktor bising-bising kenapa berat anak tak naik. Tension pun ada. Ada ibu yang sampai tak tidur malam fikir mengenai perkara ini.

Berat anak boleh naik jika makan 5 buah ini

Anda cuba beri anak makan buah ini. Ia dikatakan mampu menaikkan berat anak yang susah betul nak naik. Tak salah kan jika kita mencuba, sekurang-kurangnya kita dah cuba. 

Bayi juga adakalanya ikut mood. Kadang kala bila sudah menginjak bulan atau umur ada bayi yang berubah mood mengenai makanan. Dia yang sebelum ini pemakan dan tidak pernah memilih makanan jadi tak nak makan pula.

Jadi mulalah ibu ayah risau. Ramai juga ibu ayah yang mengaku anak alami penurunan berat badan terutama ketika usia dua tahun kerana ketika ini ada yang sudah pandai memilih tidak mahu makan.

Sebagai ibu bapa, sedikit sebanyak timbul perasaan risau adakah anak kita cukup gizi dan nutrisi? 

Jadi apa kata cuba beri buah-buahan yang disarankan ini. Rasa buah yang manis pasti membuatkan si kecil anda seronok mengunyahnya dan dalam masa sama kaya dengan pelbagai vitamin.

#1. Pisang

Kredit: firstcryparenting

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah ini sangat mudah didapati di negara kita. Pisang bagus untuk menambahkan berat badan kerana mengandungi 27 gram karbohidrat dan 105 gram kalori.

Walaupun buah ini tinggi dalam karbohidrat, namun pisang memiliki indeks glikemik yang rendah. Jadi ianya tidak menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

Pisang kaya dengan vitamin B6 yang baik untuk jantung. Anda boleh pelbagai menu anak dengan mencampurkannya dengan pisang. Banyak menu yang boleh dicuba termasuklah smoothie pisang!

#2. Mangga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: istock

Kebiasaanya buah ini sudah diperkenalkan kepada anak sejak berusia enam bulan. Rasanya yang manis berlemak membuatkan anak-anak suka makan.

Menurut heathline, buah mangga elok untuk tambah berat badan kerana mempunyai banyak karbohidrat. Selain itu, buah ini kaya dengan vitamin A, B, C, E dan protein.

Ibu bolehlah memotongnya kecik-kecik dibuat ‘snek’ ketika menonton TV atau dibuat jus smoothie! Selain itu, boleh juga pelbagai menu dengan menyediakan puding mangga atau agar-agar mangga susu yang pasti anak suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Durian

Memandangkan sekarang ini musim durian, mungkin anda boleh cuba berikan durian pada anak anda. Rasanya yang berlemak mungkin mampu menarik selera anak anda. 

Tapi ada juga kanak-kanak yang tak suka kerana bau durian agak kuat. Raja buah ni sememangnya mempunyai khasiatnya tersendiri.

Buah ini dikatakan memiliki kalori sebanyak 1.350 kalori bagi berat 1kg sekaligus boleh menaikkan berat anak. Namun ingat, kandungannya yang tinggi gula boleh menyebabkan diabetes. Jadi kawal pengambilan anak anda ya!

Buah ini bagus untuk meningkatkan sistem imun tubuh, menguatkan tulang, dan mencegah masalah anemia.

#4. Anggur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: momjunction

Pelbagai jenis anggur ada di pasaran. Anda boleh beri anak anda cuba. Ada beberapa jenis yang masa mungkin anak anda tidak suka.

Anggur mempunyai macam-macam warna antaranya hitam, hijau dan ungu. Buah ini selalu dimakan seperti snek seisi keluarga.

Kandungannya yang tinggi kalori dikatakan mampu meningkat berat badan anak anda dan mencantikkan kulit kerana kandungan antioksidan yang ada dalam buah ini. Antara manfaat anggur adalah dapat meningkat memori si kecil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi disamping tambah berat badan, ia juga baik untuk otak anak!

#5. Pir

Buah ini tinggi dengan kalori. Meskipun begitu, indeks glisemiknya yang rendah tidak meningkat gula dalam darah. Buah ini juga kaya dengan vitamin C, serat pectin dan probiotik yang baik untuk melancarkan pencernaan.

Selain dimakan begitu sahaja, anda boleh buat jus air untuk anak anda. Apa yang penting mereka mendapat khasiat buah tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: birdsandbees

Baca juga: Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

Baca juga: Bayi Kini Berusia 3 Bulan? Ini Info Tentang Tinggi, Berat & Imunisasi Ibu Ayah Wajib Tahu

Baca juga: Ayuh Semak Berapa Berat Normal Bayi 2 Bulan, Dan Vaksin Yang Patut Diambil

Penulis

Lala Annuar