X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bengang Tak Boleh Tengok Mayat Pesakit Covid-19, Ahli Keluarga Bertindak Serang Doktor!

15 Apr, 2020
Bengang Tak Boleh Tengok Mayat Pesakit Covid-19, Ahli Keluarga Bertindak Serang Doktor!

Gara-gara tidak dapat menerima berita kematian disebabkan Covid-19, ahli keluarga pesakit bertindak menyerang doktor di hospital dan keadaan menjadi kecoh.

Boleh dikatakan setiap hari kita akan mendengar berita kematian pesakit yang disebabkan oleh covid-19 dan angka itu kian meningkat serta menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat.

Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga apabila bertindak menyerang pegawai hospital di Bandar Mexico oleh kerana mereka dihalang pasukan perubatan di sana untuk melihat ahli keluarga yang mati disebabkan covid-19.

Situasi tegang sampai memukul itu dirakam oleh salah seorang pasukan perubatan di Hospital Besar San Pedro Xalpa Zone 48.

Nama pesakit lelaki yang meninggal itu tidak didedahkan oleh para media namun dia dipercayai meninggal disebabkan dijangkiti wabak covid-19.

Berita kematian covid-19

berita kematian

Terdahulu, lelaki tersebut dimasukkan di wad hospital sejak Isnin lepas namun selang beberapa hari, ahli keluarga terkejut menerima berita kematian pesakit tersebut sampai menjerit-jerit sebab nak melihat mayat pesakit.

Salah seorang pegawai di hospital berkenaan, Daniel Zamorano bertindak memuat naik video tersebut di Facebook sekaligus mengkritik tindakan ahli keluarga pesakit kerana menghalang tugas pasukan perubatan.

Apatah lagi, waris pesakit tidak boleh langsung untuk melihat mayat pesakit covid-19 kerana dibimbangi boleh dijangkiti dengan virus tersebut.

Inilah perkara yang serius dan ahli keluarga harus menerima baik keadaan dan prosedur tersebut yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

“Hari ini, keluarga, jiran dan rakan baik pesakit covid-19 tidak dapat menerima berita kematian ahli keluarga mereka sampai saya dipukul oleh empat lelaki dan dua wanita.

“Mereka bertindak sedemikian oleh kerana tidak melihat pesakit sejak Isnin. Namun mereka perlu faham protokol yang telah ditetapkan ini.

“Bahkan, mayat pesakit covid-19 tidak boleh disentuh dan dilihat oleh orang lain serta perlu dikebumikan terus. Protokolnya tidak sama seperti di saat kita meninggal dalam keadaan yang biasa,” katanya.

Jangan ambil mudah dengan wabak corona virus

corona virus

Namun begitu, tidak lama kemudian Zamorano meminta maaf di atas keterlanjurannya memuat naik video tersebut.

Walaubagaimanapun, dia hanya ingin memberitahu orang ramai bahawa insiden tersebut adalah contoh bagaimana virus berbahaya ini boleh memberi tekanan perasaan bukan pada pesakit sahaja tapi ahli keluarga, jiran
tetangga serta doktor yang merawat.

Cara pengurusan jenazah Covid-19

Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia membincangkan kaedah terbaik dalam pengurusan jenazah bagi mengawal penularan wabak corona virus ini terhadap petugas kesihatan.

Terutama bagi petugas yang perlu menguruskan jenazah orang Islam yang disyaki dan disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Dalam situasi ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bersetuju menukarkan prosedur mandi jenazah kepada tayammum.

Ia bertujuan bagi mengurangkan risiko terhadap petugas perubatan jika terkena air atau tersentuh kulit yang berisiko untuk menyebarkan virus ini.

Sementara itu untuk kafan pula, ia memadai dengan balutan kain yang dilaksanakan oleh petugas KKM pada jenazah berkenaan.

Malah, proses pengebumian pula berlangsung dengan ketat bagi memastikan tiada ruang penybaran wabak berlaku.

Denga proedur ini dapat menggambarkan bahawa Islam itu sangat fleksibel dan praktikal serta sesuai dengan kehidupan manusia.

KKM Yang akan uruskan jenazah

covid-19

Berdasarkan garis panduan Covid-19 di Malaysia, jenazah wabak ini boleh sama ada dibakar atau dikebumi bagi orang Islam dengan secepat mungkin.

Selain mencuci jenazah tidak disyorkan namun bagi proses persediaan jenazah seperti tayammum dan mengkafankan pula mesti dilakukan di dalam bilik bedah siasat khas oleh kakitangan perubatan.

Bahkan, pengawaten juga harus dielakkan dan jenazah akan dimasukkan dalam body bag dan ditutup sepenuhnya dengan pengawasan oleh pihak KKM yang bertugas.

Penyerahan mayat kepada pihak yang menuntut juga perlu dilakukan dengan langkah berjaga-jaga sambil diawasi pegawai kesihatan. Malah ahli keluarga dan waris tidak boleh sesekali membuka body bag yang sudah ditutup kemas.

Segala aktiviti pengebumian perlu dilakukan di bawah pengawasan kakitangan kesihatan mengikut garis panduan yang betul.

Video situasi yang berlaku: 

Bengang Tak Boleh Tengok Mayat Pesakit Covid-19, Ahli Keluarga Bertindak Serang Doktor!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Vocket, Harian Metro 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsikap-negatif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bengang Tak Boleh Tengok Mayat Pesakit Covid-19, Ahli Keluarga Bertindak Serang Doktor!
Kongsikan:
  • Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

    Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

  • Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

    Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

    Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

  • Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

    Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.