Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya agak sukar untuk menolak apabila adanya peluang untuk ‘bersama’. Namun tahukah anda bahawa ramai yang tidak tahu dikenakan kaffarah disebabkan oleh berjimak ketika puasa?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Berjimak ketika puasa siang hari Ramadhan, dikenakan kaffarah puasa selama 2 bulan berturut-turut
- Bagaimana dengan orang bertindak buka puasa dahulu kemudian berjimak?
Bulan puasa tidak hanya menguji kita untuk menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengawal nafsu sehinggalah tibanya waktu berbuka. Bagi anda yang tidak sengaja berjimak dengan pasangan ketika Ramadhan, sila ambil perhatian akan perkara ini.
Berjimak ketika puasa siang hari Ramadhan, dikenakan kaffarah puasa selama 2 bulan berturut-turut
Menerusi perkongsian oleh salah seorang pengguna Twitter, Faisal Rahim, sebenarnya memang ramai yang dikenakan kaffarah puasa kerana telah berjimak ketika puasa siang hari.
Untuk beliau, memang kena kaffarah sebab berjimak di siang hari bulan Ramadhan walaupun ketika waktu Subuh itu gelap lagi.
Nampak lucu, tapi ia adalah realiti yang biasa.
Antara trend yang membimbangkan tahun ini adalah pertanyaan mengenai kafarrah puasa. Semakin banyak pertanyaan tentang ‘bersama’ pada siang hari bulan Ramadhan. Mungkin sebab musim hujan atau cuti, semua duduk kat rumah.
Jadi meh aku cerita macam mana nak bayar kaffarah puasa.
- Kaffarah puasa dikenakan bila berjimak ketika puasa, siang hari di bulan Ramadhan
- Kaffarahnya, berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Jika tidak mampu bagi makan 60 orang miskin
- Kaffarah puasa bukanlah tanggungjawab pusat zakat. Mereka tidak terima bayaran untuk selesaikan kaffarah
Jadi bagaimana nak selesaikan kaffarah ini?
- Kena usaha juga berpuasa dua bulan berturut-turut. Tidak boleh terus pilih nombor 2
- Cari 60 orang miskin untuk diberi makan
- Bayar kepada Majlis Agama. Kadarnya RM600 untuk satu hari. Kalau 5 hari maksudnya RM3,000
Bagaimana dengan orang bertindak buka puasa dahulu kemudian berjimak?
- Dosa besar buka puasa dengan sengaja dan ia dimurkai Allah!
- Menurut mazhab Hanafi, Makili, Hanbali: tetap dikenakan kaffarah
- Mazhab Syafie: Tidak dikenakan kaffarah, tetapi helah itu tetap berdosa
Bagi orang yang melakukannya, mereka telah melakukan dua dosa besar iaitu dosa membatalkan puasa dengan sengaja. Dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah pada bulan Ramadhan.
Bagi mereka yang membatalkan puasa dengan makan atau minum terlebih dahulu sebelum bersetubuh, mereka tidak wajib kaffarah.
Mungkin sebab itulah ramai orang dulu-dulu tak bagi berkahwin bila nak hampir Ramadhan.
Benda ni nampak macam remeh dan lawak. Tetapi sebenarnya setiap tahun, ada beratus orang yang datang bayar kaffarah kat pusat zakat. Tahun ini pun confirm lagi ramai.
Ramai fikir siang hari bulan ramadhan? Biar betul? Takkanlah.
Tapi sebenarnya, ramai yang bersama ketika waktu Subuh. Ada yang lepas sahur.
Kesimpulannya:
- Sentiasalah berjaga-jaga dalam hubungan suami isteri
- Pusat zakat sememangnya tidak terima bayaran kaffarah puasa
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Adakah Si Suami Suka Berpelukan dan Bermanja Dengan Isteri? Ini Kebenarannya!
Baca juga: Jangan Terus Tidur Selepas ‘Bersama’, Ajak Pasangan Buat Beberapa Perkara Ini Dahulu!
Baca juga: Suami Isteri Wajib Tahu Karakter Seks Mengikut Tanda Zodiak, Bila Bermanja Gerenti Puas!