Bersama ketika hamil adalah selamat dilakukan namun anda mungkin mengalami penurunan libido semasa berada dalam trimester pertama tapi nafsu seks anda akan kembali memuncak semula apabila masuk ke fasa trimester kedua selepas morning sickness hilang.
Keintiman bersama ketika hamil ini akan membuatkan anda rasa tenang dan selamat namun mungkin pasangan anda akan rasa sedikit takut kerana bimbang jika hubungan seksual boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Perkara yang bayi fikirkan ketika ibu ayah bersama ketika hamil
Ini kerana banyak insiden yang berlaku pada ibu hamil selepas melakukan hubungan seks seperti turun darah dan berasa cramp di bahagian perut.
Perkara yang bayi fikirkan ketika ibu ayah bersama ketika hamil
Namun, usah bimbang jika doktor memberikan green light untuk melakukannya tapi yang pasti isteri mestilah dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang komplikasi yang serius.
Hal ini kerana, bayi dalam kandungan dilindungi oleh air ketuban yang pastinya tidak akan ditembusi oleh apa sahaja benda yang masuk ke dalam tubuh ibu dan ia tidak mendatangkan risiko pada mereka. Walaubagaimanapun, apakah yang bayi fikirkan dalam kandungan jika kalian bersama ketika hamil? Ini jawapannya.
Namun demikian, perkongsian ini hanyalah gambaran sahaja apa yang mereka fikirkan dan ia kelihatan sangat lucu bila ibu dapat tahu ini.
#1. “Ibu…saya rasakan seperti berada dalam sebuah bot”
Seperti yang kita sedia maklum, bayi dalam kandungan dilindungi oleh cecair amniotik atau kita panggil sebagai air ketuban. Oleh sebab itu, semasa anda melakukan hubungan intim bayi dalam perut akan rasa sedikit goncangan di mana mereka merasakan seolah-olah duduk dalam sebuah bot sambil air bergelora di luar. Haha!
#2. ” Ibu…cepatlah saya lapar ni”
Biasalah bila tengah mengandung perut ibu memang akan sentiasa lapar sepanjang hari malah mulut memang tak henti-henti mengunyah. Lantas ia membuatkan si kecil rasa enjoy bila dalam perut ibu.
Namun, ketika anda bersama sudah tentu si kecil terpaksa menahan rasa lapar sehingga proses tersebut tamat.
#3. ” Ibu…saya nak makanan yang manis-manis
Sepanjang hamil kadang-kadang kita akan rasa teringin nak makan benda yang manis seperti gula-gula, kek keju, jelly, coklat, aiskrim dan banyak lagi.
Sebab itu bayi dalam kandungan pun dapat rasa yang sedap-sedap di dalam perut, meskipun di saat anda tengah ehem-ehem dengan ayahnya!
#4. “Ibu…saya hanya terkencing sikit saja”
Apabila sedang berbadan dua, akan akan melalui pembuangan air kencing yang sedikit kerana si kecil sedang duduk di bahagian bawah dan menekan pundi kencing anda hingga ia menjadi tak lawas serta kencing dengan lebih kerap. Namun, ibu jangan risau sebab bayi pun berfikir yang sama dan mengatakan dia hanya buang air kecil sedikit sahaja.
#5. “Yalah ibu, saya minum ia sedikit”
Eh pelik pula saya kencing tadi tapi mana air itu pergi? Sedangkan air kencing itu kembali menjadi cecair amniotik di mana bayi minum dan keluarkannya semula melalui cairan ketuban tersebut. Lantas si kecil akan berfikir, oh yalah saya minum kencing saya sendiri!
#6. “WOW..bestnya ibu saya seolah-olah berada di sebuah kapal layar mewah”
Tiada cara yang dapat dijelaskan semasa anda melakukan hubungan intim terutama pada si kecil yang masih dalam kandungan itu. Biarkan bayi membuat andaian bahawa dia kini seorang jutawan yang sedang berada di sebuah kapal layar mewah.
Tapi tunggulah sehingga ibu bersalin, baru dia tahu kapal layar yang diangankan itu rupa-rupanya hanya difikiran mereka semata-mata. Olo…siannya dia!
#7. “Perlu tak saya minta pertolongan orang?”
Siap nak minta tolong ke baby comel? Namun, dia mesti akan buat beberapa tendangan di tulang rusuk anda beberapa kali terutama ketika anda sedang dalam kehangatan tubuh suami.
#8. ” Saya terdengar bunyi, apakah itu?
Bayi dalam kandungan boleh mendengar bunyi-bunyian dari luar tetapi jangan bimbang mereka okey saja dari dalam perut ibu. Namun, mungkin keningnya sedikit terangkat kerana pelik ada bunyi yang keluar.
Ini antara 8 perkara yang mungkin difikirkan bayi semasa kalian sedang hangat dalam asmara semasa hamil. Namun, jangan risau untuk bersama pasangan ketika berada di trimester kedua dan ketiga.
Berseronoklah selagi belum bersalin tapi semasa dalam pantang kalau boleh biar sampai 100 hari sehingga badan betul-betul pulih. Semoga perkongsian ini membantu kalian!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat
Baca juga: Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!
Baca juga: Suami Isteri Wajib Tahu Karakter Seks Mengikut Tanda Zodiak, Bila Bermanja Gerenti Puas!