Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

Bagi mereka yang sedang cuba untuk hamil, pasti pernah dapat nasihat bersihkan dulu rahim. Sejauh manakah kebenarannya, dan adakah ia berasas?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seringkali kita dengar, wanita perlu bersihkan rahim untuk mendapatkan badan yang sihat dan sentiasa bertenaga, lebih-lebih lagi jika baru lepas bersalin.

Adakah benar perkara ini dan sejauh manakah benarnya ia dalam memberi kesan kepada aspek kesihatan seseorang wanita

Adakah benar bersihkan rahim itu perlu? Atau rahim itu sifatnya seperti vagina yang sebenarnya boleh membersihkan dirinya sendiri?

Bersihkan rahim, adakah ia perlu?

Kredit: keluarga

Istilah bersihkan rahim menjadi salah satu alternatif yang banyak digunakan untuk mempercepatkan kehamilan seseorang. Ia dikatakan penting mendapatkan rahim yang sihat jika mahu hamil.

Ia juga menjadi trend di kalangan masyarakat asia terutamanya. Cara bersihkan rahim yang sering digunakan adalah dengan minum air herba secara rutin.

Ia bukan hanya sebagai persediaan untuk hamil, tetapi dikatakan mampu memperbaiki sistem dan organ reproduksi, mengatasi masalah berkaitan menstruasi, gangguan hormon dan sebagainya. 

Resepi air minuman bersihkan rahim

Kredit: akhbar kini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami kongsikan kali ini cara penyediaan minuman daripada sumber natural yang boleh anda cuba untuk bersihkan rahim. Ia dikongsikan seorang wanita, Amyra Nabila Hasnol. Air minuman ini dikatakan sangat elok diminum selepas haid.

Air rebusan ini dikatakan sangat berkhasiat untuk:

  • Membersihkan rahim selepas haid
  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Memecahkan lemak-lemak di perut
  • Mengurangkan bau badan
  • Menaikkan seri muka
  • Menghindari senggugut

Bahan-bahan:

  • Halia (1 inci)
  • Kunyit hidup (1 inci)
  • Serai (4-5 batang)
  • Daun pandan (3 helai)
  • Madu/gula batu
  • Air (3 cawan)

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumbuk serai (hingga pecah sedikit di hujungnya)
  2. Hiris kunyit dan halia (tidak perlu terlalu nipis)
  3. Campurkan kesemua bahan dan didihkan
  4. Jika anda ingin merawat keputihan - boleh campurkan dua helia sireh

10 tanda rahim anda tidak sihat

Rahim yang tidak sihat akan mempengaruhi kesihatan seseorang wanita. Kami kongsikan kali ini tanda rahim tidak sihat yang mungkin sedang anda alami:

#1. Sakit pinggang

Kredit: halodoc

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.

#2. Sakit tumit

Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda rahim anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.

#3. Sakit ari-ari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.

#4. Kerap buang air kecil atau kencing tidak lawas

Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing. Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagiari-ariika bersin, batuk atau ketawa.

#5. Sakit ketika bersetubuh

Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.

#6. Angin pada perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja
rumah.

#7. Kentut vagina

Kentut vagina atau angin yang keluar melalui ‘pintu depan’ ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.

#8. Sakit telapak kaki

Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

#9. Selalu kembung perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

Jadi mungkin anda boleh cuma minuman bersihkan rahim yang kami kongsikan ini, mana tahu ia berkesan membantu usaha anda untuk hamil!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: jalankami, ruangmom, herbamaharani

Baca juga: Wanita WAJIB Jaga Rahim Dengan Baik, Ini 7 Makanan Mencegah Penyakit Rahim Anda!

Penulis

Lala Annuar