X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Dari NERAKA, Sanggup Tolak Isteri Jatuh Dari Tingkat 5!

25 Jun, 2020
Suami Dari NERAKA, Sanggup Tolak Isteri Jatuh Dari Tingkat 5!

Bersuamikan lelaki durjana, wanita berusia 25 tahun ditolak jatuh dari tingkat lima bangunan kerana disahkan positif Covid-19!

Suami dan isteri secara lumrahnya perlu bersama-sama menghadapi ujian dalam hidup berumah tangga. Tetapi jika  terpaksa hidupan bersuamikan lelaki durjana, apakah pengakhiran sebuah perkahwinan itu?

Seperti pasangan di Mesir ini, si suami tanpa berhati perut sanggup menolak isteri jatuh dari tingkat lima apartment mereka gara-gara wanita berkenaan disahkan positif Covid-19! Mujurlah tak mati!

Wanita berkenaan mengalami kecederaan di tulang belakang yang memerlukan pembedahan segera.

Bersuamikan lelaki durjana, wanita malang cedera parah

Wanita berkenaan disahkan dijangkiti Covid-19 melalui tiga ujian saringan yang dibuat ke atasnya.

Lelaki itu mendakwa dia menyuruh isterinya keluar rumah setelah disahkan dijangkiti virus maut itu, tetapi wanita itu enggan yang menyebabkannya tergamak menolak isterinya sendiri!

Dia juga mendakwa mereka memangs sering bergaduh dan sudah ambil keputusan untuk berpisah.

Pakar perubatan memaklumkan susulan kejadian itu wanita berkenaan kini dalam keadaan kritikal dan bakal mengambil masa yang lama untuk sembuh. 

Lelaki durjana itu juga sudah ditahan polis atas perbuatan kejamnya!

Tindakan yang perlu diambil jika anda didera

Bersuamikan lelaki durjana

Mangsa penderaan biasanya takut untuk mengaku bahawa mereka didera, ada yang sanggup mendiamkan diri walaupun sudah terkulai layu di tangan si pendera.

Ada juga yang masih tegar berdiam diri, sedangkan ada banyak perkara boleh dilakukan untuk membela nasib diri. Ingat ya wanita, anda dilahirkan bukan untuk didera. Perlu berani tegakkan hak diri sendiri supaya tidak mudah ditindas.

#1. Cuba segera mungkin dapatkan rawatan di hospital kerajaan

Jangan bertangguh!Segera cari jalan dapatkan rawatan dan laporan perubatan dari hospital kerajaan terdekat anda.

Anda perlu ke bahagian trauma dan kecemasan di hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Berikan segala maklumat kepada pegawai di kaunter, mereka akan bantu anda untuk ke langkah seterusnya. Usah khuatir, mereka akan bantu anda. Jangan lupa bawa kad pengenalan bersama.

#2. Buat aduan di balai polis 

Buat laporan di balai polis dengan mengemukakan laporan perubatan yang diterima dari hospital kerajaan. 

#3. Dapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO)

Bagi mengukuhkan lagi tuntutan, isteri disarankan pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di sana pegawai JKM akan membawa mangsa (isteri) ke mahkamah untuk mendapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO) supaya pihak suami dilarang menganggu isteri. 

Tiga tindakan ini penting kerana jika tidak dilaksanakan akan sukar bagi pihak isteru untuk meyakinkan pihak mahkamah atas dakwaannya.

Ia sangat penting bukan saja dalam proses mendapatkan cera tetapi agar suami dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Pastikan anda lengkap dengan semuanya supaya pelaku menerima hukuman setimpal. 

Situasi dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga

Bersuamikan lelaki durjana

Mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) keganasan rumah tangga merangkumi skop apabila: 

  • Si pelaku mengakibatkan kecederaan fizikal kepada mangsa
  • Si pelaku sengaja membuatkan mangsa berasa takut dicederakan secara fizikal
  • Mangsa dipaksa atau diancam untuk melakukan sebarang perbuatan seksual
  • Mangsa dikurung atau tidak dapat bergerak dengan bebas secara paksaan
  • Si pelaku sengaja melakukan khianat  dengan merosakkan atau memusnahkan harta benda

Punca biasa keganasan rumah tangga

  • Pertelingkahan antara pasangan yang menyakitkan hati atau mengguris perasaan
  • Pasangan panas baran dan senang melampiaskan rasa marah dengan kata-kata kesat, ugutan atau secara fizikal
  • Terlibat dalam kes penagihan dadah atau kaki botol
  • Masalah kewangan dihadapi keluarga
  • Cemburu buta terhadap pasangan

Jika rasa orang didera apa patut anda buat?

Bersuamikan lelaki durjana

Kadangkala laporan daripada jiran yang sebenarnya menyelamatkan ramai mangsa dera. Jadi sebagai masyarakat tidak salah jika anda peka dengan keadaan di sekeliling. Mana tahu anda boleh menyelamatkan seseorang dari maut kerana didera kan?

  • Jika dengar jeritan atau bunyi mencurigakan rakam untuk dijadikan bukti
  • Kenalpasti jika mereka ada tanda-tanda didera seperti lebam atau parut. Selalunya mereka akan cuba sembunyikannya. 
  • Jangan terlalu mendesak kerana ia boleh membuatkan mangsa menjauhkan diri
  • Lapor polis

Sumber: arabnews.com, iluminasi.com, peguam syarie johor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami Dari NERAKA, Sanggup Tolak Isteri Jatuh Dari Tingkat 5!
Kongsikan:
  • Stress Punca Bapa Bakar 3 Anak & Isteri Dalam Kereta, Siap Halang Jiran Yang Nak Tolong!

    Stress Punca Bapa Bakar 3 Anak & Isteri Dalam Kereta, Siap Halang Jiran Yang Nak Tolong!

  • Bapa kejam sanggup kurung anak dan cucuh belakang badan dengan rokok!

    Bapa kejam sanggup kurung anak dan cucuh belakang badan dengan rokok!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Stress Punca Bapa Bakar 3 Anak & Isteri Dalam Kereta, Siap Halang Jiran Yang Nak Tolong!

    Stress Punca Bapa Bakar 3 Anak & Isteri Dalam Kereta, Siap Halang Jiran Yang Nak Tolong!

  • Bapa kejam sanggup kurung anak dan cucuh belakang badan dengan rokok!

    Bapa kejam sanggup kurung anak dan cucuh belakang badan dengan rokok!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.