X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hospital Sungai Buloh Hilang Seri, Tiada Pesakit Berani Ke Sana Melainkan Nurse & Doktor

17 Mar, 2020
Hospital Sungai Buloh Hilang Seri, Tiada Pesakit Berani Ke Sana Melainkan Nurse & Doktor

Wabak penyakit misteri, Coronavirus bagai tiada penghujung. Petugas bidang perubatan berusaha sebaik mungkin sehingga terpaksa bekerja lebih 16 jam sehari!

Masyarakat dunia dilanda keresahan berikutan penularan wabak penyakit misteri, Coronavirus yang kini menunjukkan angka peningkatan secara drastik. Oleh itu, petugas bidang perubatan adalah anggota yang paling hadapan dalam mencegah penyakit ini.

Sejak tercatatnya beberapa kes wabak Covid-19 dalam Malaysia, cuti petugas bidang perubatan dibekukan dan Hospital Sungai Buloh dijadikan hospital khas untuk merawat pesakit yang semakin bertambah.

Cabaran petugas bidang perubatan

petugas bidang perubatan

foto: chochilino

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Reyna Ibrahim, dia telah menyaksikan sendiri suasana di sekitar hospital utama yang merawat pesakit Covid-19.

”Selepas menghantar lampin pakai buang ke Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya di Rawang, saya telah bawa anak pusing-pusing di sekitar Hospital Sungai Buloh,”

”Saya ingin anak melihat senario sekarang, siapa yang sedang gigih berkhidmat dan berkorban. Anak-anak kecil perlu ingat sejarah hitam yang melanda negara pada ketika ini,” katanya.

Tambahnya lagi, ia adalah satu detik berharga memerlukan seluruh rakyat Malaysia bekerjasama bagi melawan virus yang semakin menggila ini.

”Suasana lengang, sunyi sepi dan sungguh jauh berbeza dari yang dahulu. Kami telah masuk ke kawasan letak kereta dan sekitar unit kemalangan dan kecemasan.Yang ada hanyalah khemah dan petugas-petugas bidang perubatan yang bertutup litup,”

”Mereka setia berada di situ, sedia memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukan,” kongsi Reyna.

Tambahnya lagi, dia sempat menegur pegawai keselamatan berkenaan dengan keadaan yang cukup berbeza tersebut.

“Keadaan di sini cukup lengang sebab semua orang berada dalam ketakutan. Cuma kesian dengan petugas. Ada yang sanggup tidur di sini biarpun telah bertugas lebih 12 jam,”

Mereka takut untuk pulang ke rumah kerana memikirkan keselamatan diri keluarga dan anak-anak dan risau menjadi pembawa virus tanpa sedar,” ujarnya.

Reyna terkejut dengan luahan tersebut kerana begitu tingginya pengorbanan yang telah diberikan petugas perubatan. Ada yang dihantar dari negeri lain semata-mata ingin bersatu berhadapan dengan situasi berbahaya yang entah sampai bila kesudahannya.

”Pilu menatap tubuh yang berbalut baju dan dibungkus tebal. Mereka hanya duduk di kerusi bawah khemah panas.
Entah sampai bila mereka perlu di situ,”

”Sesungguhnya pengorbanan ini jarang dipandang oleh manusia. Di saat segelintir masyarakat masih tidak kisah dan berani keluar pergi bercuti tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain,” ujar Reyna.

Tambahnya, setiap insan perlu bersyukur kerana masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan tidak bekerja sebagai petugas dalam bidang perubatan.

Menempuhi tempoh kerja yang lama

cabaran petugas perubatan

Berikutan Malaysia mencatatkan angka kes Covid-19 yang paling tinggi di Asia Tenggara, petugas kesihatan di hospital seluruh negara telah dikerah untuk merawat pesakit dan sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut seorang jururawat yang bertugas di Hospital Sungai Buloh, Yazrafiq Yazraik, telah berkongsi luahan berikutan pengalaman cukup mencabar apabila dia terpaksa bekerja selama 16 jam sehari demi menyelamatkan nyawa pesakit.

”Rutin harian untuk mengendali pesakit C0vid-19 ini tidak dipandang remeh kerana kami perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” 

”Sepanjang 5 tahun lebih aku bergelar seorang jururawat, ini kali pertama aku menyesal bekerja dalam bidang perubatan kerana perlu bekerja sampai 16 jam sehari,”

Katanya, petugas perubatan adalah anggota pertama yang terdedah dengan bahaya virus misteri ini dan mereka perlu memakai suit PPE Covid sehingga 6 jam sehari.

”Panasnya memang tak boleh nak cakap. Setiap kali pakai, memang baju di dalam akan basah kuyup macam kerana peluh keluar dengan banyak. Bukan itu sahaja, kami juga sukar untuk bernafas. Lepas buka seragam ini, kami perlu mandi terlebih dahulu kemudian perlu menyiapkan segala tugasan yang tertunggak,”

”Jika perlu merawat pesakit, kami akan pakai semula seragam PPE C0vid baru dan apabila selesai, kena mandi lagi. Ia berlaku berulang kali setiap kali berjumpa dengan pesakit,” ujarnya.

Sanggup bergadai nyawa

petugas perubatan bekerja lebih masa

Disebabkan oleh kerajaan terdahulu mengurangkan pengambilan petugas baharu, bidang perubatan mengalami kekurangan tenaga kerja.

”Ia cukup mencabar fizikal dan mental kerana kami perlu bekerja dan bergadai nyawa demi masyarakat. Cuti juga telah dibekukan. Namun, segelintir masyarakat telah mengambil ringan wabak Coronavirus ini,”

Luahnya lagi, kebanyakan masyarakat mengambil kesempatan ini seolah-olah tiada bahaya yang berlaku. Ditambah pula dengan penawaran harga tiket yang sangat murah, sanggup gadaikan nyawa sebuah keluarga demi mendapatkan keseronokan.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang masih berdegil dengan memunculkan diri dalam keadaan sesak seperti perhimpunan atau pusat membeli-belah.

”Sepatutnya semua perlu mengutamakan nyawa kerana ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tubuh badan yang sihat juga tidak diperoleh dari kedai 7-Eleven,” tegas Yazrafiq.

Kesimpulannya, jangan ambil mudah dengan wabak Covid-19 ni kerana ia telah menyerang seluruh dunia. Kami di theAsianparent mendoakan wabak ini segera ditangani dan anda sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: Siakap Keli, Pisang Daily

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Hospital Sungai Buloh Hilang Seri, Tiada Pesakit Berani Ke Sana Melainkan Nurse & Doktor

Baca juga:

https://my.theasianparent.comangka-kematian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hospital Sungai Buloh Hilang Seri, Tiada Pesakit Berani Ke Sana Melainkan Nurse & Doktor
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham