Bill Gates Kata Umur Terbaik Untuk Beri Telefon Pintar Pada Anak Anda Ialah...

Bill Gates Kata Umur Terbaik Untuk Beri Telefon Pintar Pada Anak Anda Ialah...

Mari dengar apa kata pakar!

Bill Gates mendedahkan bila anda patut beri telefon pada anak-anak

Siapa tak kenal Bill Gates? Beliau antara individu yang terkaya di dunia dan pencipta bagi industri perkomputeran moden.

Jadi, terang lagi bersuluh kita sedar Bill Gates tahu apa yang beliau cakap, lebih-lebih lagi tentang teknologi.

Apabila beliau mendedahkan umur yang “paling selamat” untuk kanak-kanak memiliki telefon pintar, anda tahu anda harus dengar nasihatnya!

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, jutawan itu mendedahkan yang kanak-kanak tidak harus memiliki telefon pintar sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya 14 tahun.

Pelbagai pakar teknologi dan keibubapaan memuji dan mengagumi Encik Gates. Semuanya berdasarkan penyelidikan beliau yang konsisten menunjukkan keburukan jika kanak-kanak terdedah kepada teknologi dan internet di usia muda.

Peraturan tentang teknologi yang diamalkan Bill dan Melinda pada anak-anak mereka

  • Bill dan Melinda mengharamkan ketiga-tiga anak mereka memiliki telefon bimbit sendiri hingga mereka berusia 14 tahun.

  • Masa untuk melihat skrin dihadkan. Jadi, anak-anak ada lebih masa untuk bersama keluarga.

  • Telefon bimbit tidak dibenarkan di meja makan

  • Bill dan Melinda menguatkuasa waktu untuk “tutup” semua skrin setiap hari. Jadi, anak-anak mereka akan tidur mengikut waktu.

Bill Gates Kata Umur Terbaik Untuk Beri Telefon Pintar Pada Anak Anda Ialah...

Jika terlalu meluangkan masa di hadapan skrin, perkembangan kanak-kanak akan terjejas. Kunci di sini adalah menetapkan peraturan penggunaan.

Mengapa meluangkan masa di hadapan skrin tak bagus untuk kanak-kanak

Ya. Menyampah sangat kan bila kita ingin bercakap dan mendapat perhatian anak-anak, mereka tak pandang langsung kita! Semuanya sebab mereka sibuk menghadap skrin telefon. 

Tapi jangan tak tahu… kesan buruk teknologi ternyata lebih daripada itu.

Teknologi moden akan membuka sebuah sisi gelap dan berbahaya internet. Ia akan mendedahkan anak-anak anda dengan bahaya atas talian seperti pemangsa, pembuli dan permainan yang berbahaya.

Pendedahan kepada teknologi moden terlalu awal akan menjejaskan perkembangan minda kanak-kanak!

Ia juga boleh membuatkan kanak-kanak menjadi malas. Contohnya, apabila seorang kanak-kanak mendengar cerita dari ibunya, mereka akan menggunakan pelbagai proses kognitif untuk menggambar dan memahami cerita.

Tapi dengan kewujudan tablet, semua proses ini tak akan dilalui mereka, sebaliknya diambil alih oleh teknologi!

Teknologi seperti telefon pintar juga akan memberi impak pada pembangunan sosial dan kesihatan mereka. Mengakibatkan mereka sukar untuk membuat “kawan yang sebenar”.

Ia akan mewujudkan tingkah laku berulang (kerana ketagih), yang akan memberi kesan buruk pada anak-anak anda.

Ibu bapa semua… kami bukan ingin mengatakan pemaparan skrin dari telefon pintar itu buruk. Memang ada pelbagai aplikasi dan permainan berpendidikan, bersama lagu dan cerita yang boleh membantu perkembangan anak-anak anda.

Tapi… kuncinya di sini adalah untuk menetapkan peraturan. Dan anda harus tegas ketika melaksanakan peraturan itu, agar anak-anak faham!

Kongsikan dengan kami, apakah peraturan anda dengan anak-anak tentang penggunaan telefon pintar?

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner