Setiap daripada kita pasti pernah melalui fasa hidup yang sukar. Itu suatu perkara yang biasa bagi orang normal, tetapi tidak bagi penghidap bipolar disorder maksud yang mengalami fasa mania melampau tanpa ada kemampuan untuk berhenti.
Ia melibatkan perubahan ekstrem dari segi mood, tenaga dan kemampuan berfikir. Penyakit mental ini sering kali dipandang serong oleh masyarakat malah terdapat stigma mereka dianggap sebagai ‘orang gila’ atau ‘isim’.
Isi Kandungan
Bipolar Disorder Maksud?
Bipolar adalah penyakit mental yang berkaitan dengan perubahan mood yang ekstrem.
Individu yang mengalami penyakit ini akan mengalami dua episod iaitu mania dan kemurungan.
Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan tenaga dan kebolehan membuat keputusan, tingkah laku dari segi fizikal dan psikologikal.
Jenis Bipolar Disorder
Terdapat beberapa jenis gangguan bipolar iaitu:
1. Gangguan bipolar I
Bipolar I adalah pesakit mengalami sekurang-kurangnya sekali episod mania dengan atau tanpa pernah mengalami episod depresi.
Fasa mania yang berlaku selama paling kurang 7 hari atau lebih. Mania adalah keadaan yang berlawanan dari kemurungan.
Mereka cenderung untuk rasa gembira secara berlebihan atau rasa teruja yang berpanjangan.
2. Bipolar II
Pesakit mengalami episod hipomania atau hipomanik dan turut atau pernah mengalami episod depresi.
3. Gangguan siklotimia (cyclothymia)
Corak kronik perubahan mood yang merangkumi tempoh hipomanik dan tempoh kemurungan ringan, tetapi perubahan mood tidak seteruk Bipolar I atau II.
Pesakit nampak normal tetap sebenarnya mengalami kemurungan dan adakalanya sukar difahami.
Gangguan ini biasanya berlaku pada usia remaja.
4. Gangguan bipolar campuran (mixed features)
Gangguan ini menyebabkan pesakit mengalami dua episod pada waktu yang sama dan bukan bersilih ganti seperti gangguan yang lain.
Penyebab Gangguan Bipolar
Penyebab atau punca sebenar gangguan bipolar tidak difahami sepenuhnya tetapi ia boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti:
1. Sejarah Keluarga
Risiko tinggi menghidap penyakit sama jika ibu atau ayah atau suadara terdekat turut mengalaminya.
2. Kimia Dalam Badan
Ketidakstabilan tahap norepinefrin (neurotransmitter) yang tidak seimbang.
3. Faktor Psikosial
Berlaku disebabkan tekanan hidup serta pengambilan dadah dan akhohol yang berlebihan.
4. Pengambilan Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti kemurungan, darah tinggi dan lain-lain yang menyumbang kepada penyakit tersebut.
Tanda Bipolar Disorder
Kemurungan:
- Gangguan mood (kesihatan berterusan)
- Gangguan fungsi kognitif (rasa putus asa, pesimis, bersalah, tidak berdaya, fikiran bunuh diri, kehilangan keseronokan, tumpuan, dan minat)
- Gejala biologi (kehilangan selera makan / berat badan)
- Gangguan tidur
- Kehilangan keinginan seksual
- Gangguan haid
- Mudah letih
Mania:
- Gangguan mood (perasaan bahagia dan bertenaga)
- Keyakinan diri meningkat
- Kerengsaan
- Kurang rasa keperluan untuk tidur
- Lebih banyak bercakap daripada biasa
- Mudah terganggu
- Dorongan seksual meningkat
- Berbelanja dengan banyak
Simptom Gangguan Bipolar
1. Perasaan
- Terlalu gembira
- Keyakinan lebih daripada biasa
- Cepat marah
- Kesedihan melampau
- Bertenaga
- Gelisah
- Rasa bersalah
- Tidak menikmati kehidupan
2. Tingkah Laku
- Cuai
- Tidak tidur
- Terlalu aktif
- Kurang selera makan
- Sentiasa letih
- Hilang minat
3. Pemikiran
- Fikiran tidak tenang
- Kurang tumpuan
- Tiada pertimbangan
- Sentiasa berfikir
Komplikasi Gangguan Bipolar
Keadaan mental ini boleh menyebabkan kerosakan kepada hubungan peribadi, motivasi diri yang rendah serta menganggu produktiviti di tempat kerja.
Ia juga boleh menyebabkan cenderung untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berisiko seperti terlibat dengan dadah, seks, pelaburan yang berisiko tinggi. Apa yang paling teruk adalah berfikir untuk membunuh diri.
Rawatan Bipolar Disorder
Rawatan biasanya melibatkan gabungan terapi ubat dan psikoterapi untuk menguruskan gejala dan mencegah penyakit daripada berulang.
Pencegahan Gangguan Bipolar
Setiap penyakit mental mempunyai simptom dan faktor yang berbeza. Apa yang kita kena tahu, setiap kes penyakit adalah unik.
Sekiranya anda mempunyai gangguan bipolar, segera dapatkan nasihat kesihatan di klinik kesihatan terdekat dan minta sokongan daripada orang yang boleh dipercayai.
Selain itu, pastikan sentiasa mengambil ubat dengan preskripsi doktor secara berkala.
Penyakit bipolar boleh terjadi berulang kali namun mempunyai penyakit mental bukanlah tiket untuk kita buat perangai yang tidak sepatutnya.
Moga diberi kekuatan.
eCentral, Kementerian Kesihatan Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Penyebab Baby Blues Selepas Bersalin Buatkan Ibu Kurang Happy & Stres Ada Anak
Baca juga: Ibu Ayah Sila Peka, Ini 5 Tanda Awal Anak Kecil Anda Mungkin Alami Gangguan Mental
Baca juga: Senarai Klinik Kesihatan Mental Yang Terbaik Dengan Harga Terapi Berpatutan, Murah Dari Biasa