theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?

Kadar indeks jisim berat badan (BMI) anda sebelum hamil boleh membantu anda melihat apakah kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil.

Kenaikan berat badan yang mendadak bagi wanita hamil adalah perkara yang normal. Tetapi sebenarnya, makan untuk dua orang bukanlah ‘lesen’ untuk seseorang wanita hamil membiarkan berat badannya naik mendadak tanpa di kawal.

Pernahkah anda terfikir tentang kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil? Adakah kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil?

Apakah kesannya kenaikan berat badan semasa hamil tidak terkawal? Dan apakah pula kesannya jika berat badan turun semasa hamil?

Sebenarnya, tidak ada satu angka yang tetap untuk menentukan kenaikan berat badan yang sihat.

Tetapi, kadar indeks jisim berat badan (BMI) sebelum hamil boleh membantu mencadangan kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil.

Dengan erti kata lain, BMI anda sebelum hamil, akan menentukan berapa kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil.

Apakah itu BMI?

BMI atau indeks jisim badan ialah apabila berat badan dibahagi dengan ketinggian untuk membuat anggaran lemak badan kita. Cara mengira BMI ialah:

BMI = berat badan (kg) ÷ [ketinggian (m) x ketinggian (m)]

Contohnya:

Berat badan = 50kg, ketinggian 1.5m

BMI = 50kg ÷ [1.5m x 1.5m]

BMI = 50kg ÷2.25m

BMI = 22.2

Menurut WHO, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kategori BMI ialah;

BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?

Kategori BMI untuk wanita, foto ehsan allizhealth

  • BMI < 18.5 : terlalu kurus
  • BMI 18.5 -24.9 : sihat
  • BMI 25 – 29.9 : berlebihan
  • BMI 30 ke atas : obesiti, lemak badan yang merbahayakan kesihatan.

Akan tetapi, kategori daripada WHO ini tidak sesuai untuk orang Asia. Ini kerana, rangka orang Asia tidak sama seperti orang Caucasians (orang putih), di mana mereka mempunyai rangka yang lebih besar.

Selain itu, orang Asia lebih cenderung mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung pada BMI yang lebih rendah berbanding mereka.

BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?

Perbezaan BMI Causasian dan BMI Asia, foto ehsan slideshare

Cadangan kenaikan berat badan yang ideal ketika hamil

Menurut WHO lagi, kenaikan berat badan yang sihat ialah:

BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?

Cadangan kenaikan berat badan sihat, foto ehsan stuff.co.nz

Cadangan kenaikan berat badan dari Institut of Medicine Guidelines for Healthy Weight Gain in Pregnancy ialah;

  • BMI < 18.5 : 12.5 – 18kg
  • BMI 18.5 -24.9 : 11.5 – 16kg
  • BMI 25 – 29.9 : 7 – 11.5kg
  • BMI 30 ke atas : 5 – 9kg

Walaubagaimanapun, ini adalah berdasarkan BMI Caucasian. Untuk BMI Asia, kenaikan berat badan mengikut BMI ialah;

BMI < 18.5 : 12.5 – 18kg
BMI 18.5 -22.9 : 11.5 – 16kg
BMI 23- 26.9 : 7 – 11.5kg
BMI 27 ke atas : 5 – 9kg

Jadi, berdasarkan rajah di atas, jika BMI 22.2 sebelum hamil, cuba hadkan kenaikan berat badan semasa hamil tidak melebihi 16kg.

Lebih tinggi BMI anda sebelum hamil, lebih rendah kenaikan berat badan yang disarankan semasa hamil.

Kenaikan berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai komplikasi semasa hamil.

Antaranya ialah diabetes semasa hamil (gestational diabetes), gangguan tekanan darah tinggi, uri di bawah, dan termasuklah lebih tinggi risiko perlukan pembedahan caesarean. 

Begitu jugalah sebaliknya. Jika kenaikan berat badan terlalu sedikit, pelbagai risiko kehamilan juga boleh terjadi. Antaranya ialah kelahiran bayi pra matang dan bayi tidak cukup berat.

Disebabkan inilah kenaikan berat badan yang sihat dicadangkan. Ada pelbagai cara anda boleh memastikan kenaikan berat badan yang sihat semasa hamil. Antaranya ialah senaman ringan dan pemakanan yang sihat.

Amalkan gaya hidup sihat ketika hamil

Secara kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat itu penting walaupun sedang hamil. Ia adalah demi kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Jadi, dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang kenaikan berat badan anda dan pastikan ia sentiasa dipantau ya!

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian berikut:

5 Senaman Yang Patut Dielakkan Semasa Mengandung

Bersenam ketika hamil mungkin bermanfaat untuk kesihatan jangka masa panjang bayi anda

Bila Dan Bolehkah Ibu Bersenam Selepas Bersalin?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • BMI Dan Berat Badan Semasa Hamil, Apa Yang Anda Patut Tahu?
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Berat Naik Mendadak Ketika Hamil Berbahaya Bagi Bayi, Ibu-Ibu Awas Takut Terkena Kencing Manis

    Berat Naik Mendadak Ketika Hamil Berbahaya Bagi Bayi, Ibu-Ibu Awas Takut Terkena Kencing Manis

  • Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

    Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

app info
get app banner
  • Berat Naik Mendadak Ketika Hamil Berbahaya Bagi Bayi, Ibu-Ibu Awas Takut Terkena Kencing Manis

    Berat Naik Mendadak Ketika Hamil Berbahaya Bagi Bayi, Ibu-Ibu Awas Takut Terkena Kencing Manis

  • Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

    Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi