TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Nak Pikat Hati Bakal Mertua? Cuba Borak Guna 5 Topik 'Selamat' Ini Tentu Mereka Suka

11 Aug, 2023
Nak Pikat Hati Bakal Mertua? Cuba Borak Guna 5 Topik 'Selamat' Ini Tentu Mereka Suka

Kalau nak pikat hati bakal mertua bila pertama kali berjumpa, cubalah ajak borak dan pilih topik yang menarik minatnya.

Sebelum bertemu bakal mertua untuk pertama kali, pasti rasa gugup tak tahu nak borak apa. Memang betul jadi diri sendiri lebih baik daripada berpura-pura jadi orang lain, tetapi apa salahnya jika kita berusaha mengambil hati mertua kerana sayangkan pasangan. 

Ini adalah peluang terbaik untuk mengenali keluarga pasangan anda sebelum berkahwin, jadi tunjukkan bahawa andalah pilihan yang tepat buat anaknya.

Kalau boleh, ringankan mulut dan jadi peramah tapi jangan sampai tersasul cakap pula. Takut ada yang terguris hati jadi hendaklah sentiasa jaga adab dan tutur kata.

Tapi, topik apa yang nak borak dengan bakal mertua agar tak kena ’reject’ ya?

Borak dengan bakal mertua topik yang random tapi ‘selamat’

borak

1. Keadaan cuaca semasa

Jika ibu bapa bakal pasangan anda berusia, mereka sangat peka dengan perubahan cuaca yang terjadi seperti fenonema El Nino.

Kalau boleh, borak dengan bakal mertua tentang keadaan cuaca yang tidak menentu dan biarkan mereka bercerita berdasarkan pengalaman dan ilmu meteorologi.

Anda pasti tercengang saat mendengar celotehnya. Layankan saja!

2. Tanaman di kebun atau haiwan peliharaan

Kali pertama bertandang ke rumah bakal mertua, pasti mata anda akan melilau melihat kawasan di sekelilingnya. Cuba perhatikan kalau bakal mertua mempunyai kebun atau haiwan peliharaan seperti kucing. 

Sekiranya ada, jangan buang masa terus borak dengan mentua tentang minatnya. Jangan lupa saling berbalas pertanyaan dan jawapan yang kena dengan situasi.

Contohnya, “Cik, dah musim durian ke? Tengok pokok durian acik ni macam dah berbunga”. Mulut mentua bercerita tak henti-henti kerana teruja menyampaikannya.

Pasti mertua pun tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anda lagi.

3. Rancangan ‘favourite’ di TV

Selalunya mereka yang memiliki usia senja sudah bersara dan lebih banyak menghabiskan waktu yang terluang dengan menonton televisyen.

Jika anda adalah peminat drama, gunakan kelebihan yang ada untuk tanya kepada mertua tentang rancangan di TV yang sering ditontonnya. 

Boleh jadi juga bakal mertua suka menonton berita untuk mengetahui hal-hal isu semasa seperti politik, ekonomi dan sukan. Sebelum berjumpa dengan bakal mertua, rajin-rajinkanlah mencari maklumat yang terkini. 

4. Resepi kegemaran

borak

Bakal mertua pasti senang sekiranya anda mengajukan soalan resepi kegemaran anaknya kerana tiada masakan di dunia ini yang setanding dengan masakan air tangan ibu. 

Jika anda bakal berkahwin, inilah kesempatan yang ada untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat seperti makanan kegemaran dan perangainya sewaktu kecil. 

Dari situ mertua akan menilai sama ada anda mempunyai kemahiran memasak atau tidak. Jika sebaliknya jangan pula rendah diri, rajinkan bertanya dan cuba resepi yang dikongsikan mertua.

Mana tahu lepas kahwin nanti boleh jadi menantu kesayangan yang rajin menolong di dapur. 

5. Hubungan pasangan dengan adik-beradik

Betul, baik macam mana pun kita dengan mertua, kita tetap dianggap orang luar. Tetapi tidak salahnya jika kita tanya kepada bakal mertua tentang hubungan pasangan dengan adik-beradik. 

Walaupun soalan tersebut anda dah tahu dari pasangan, tetapi mentua anda pasti bercerita lebih lanjut tentang sesuatu yang anda tidak tahu.

Stories Rakan Kongsi
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Questions For The Paediatrician,  #4 Is A MUST!
Questions For The Paediatrician, #4 Is A MUST!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

Namun begitu, elakkan tanya soalan yang menyentuh sensitiviti, takut-takut boleh mengeruhkan hubungan dengan bakal ipar. 

Baik buruk macam mana pun, garang macam mana pun perangai mertua kita, jangan sesekali bermasam muka atau menceritakan keburukan mereka kepada keluarga sendiri.

Berilah layanan sama seperti layanan kita kepada ibu kandung sendiri. Inilah salah satu kunci rumah tangga kekal harmoni.

mStar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Topik Mudah Untuk Anda Bercakap Dengan Bayi, Boleh Rangsang Otaknya Jadi BIJAK!

Baca juga: Sering Selisih Pendapat dan Persetujuan Dengan Pasangan? Cuba Tips Komunikasi Berkesan Ini

Baca juga: Perempuan Memang Banyak Cakap, Tapi Bila Dia Diam, Itu Tanda BAHAYA!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Nak Pikat Hati Bakal Mertua? Cuba Borak Guna 5 Topik 'Selamat' Ini Tentu Mereka Suka
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham