X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

#TAPReviews: MAM Feel Good Glass Bottle Solusi TEPAT Untuk Si Manja

5 min bacaan
#TAPReviews: MAM Feel Good Glass Bottle Solusi TEPAT Untuk Si Manja

Botol susu MAM sesuai buat ibu-ibu baru pertama kali ingin perkenalkan botol susu kepada bayi. Untuk mengetahui lanjut, baca review di sini

Memandangkan saya seorang ibu yang bekerja, selepas beberapa minggu kelahiran saya telah melakukan persediaan untuk perkenalkan anak dengan botol susu. Ramai kenalan mencadangkan saya pelbagai jenama botol susu termasuk botol susu MAM.

Seperti ibu-ibu lain, saya juga berusaha memberikan yang terbaik untuk anak pertama kami, Muhammad Rafael.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman menggunakan botol susu MAM
  • Botol susu MAM memiliki keistimewaan tersendiri

Justeru setelah beberapa hari saya telah membuat survey, membaca maklum balas daripada ibu-ibu yang lain bagi memilih jenama botol susu bayi yang terbaik. Akhirnya botol susu MAM menjadi pilihan saya. Ini kerana adik-beradik dan kawan-kawan rapat meyakinkan saya bahawa produk MAM tidak pernah mengecewakan penggunanya.

Pengalaman menggunakan botol susu MAM

jenama botol susu

Apabila membuka kisah waktu perkenalkan susu formula buat pertama kali kepada Muhammad, memang pada mulanya saya agak berdebar kerana bayangkan sejak lahir dia banyak menempel dengan saya dan hanya menerima susu badan.

Sebelum ini saya pernah cuba memberinya beberapa botol susu jenama lain, namun keputusannya agak menyedihkan kerana Muhammad menolak botol berkenaan sehingga dia termuntah dan terus enggan menyusu.

Namun saya tidak berputus asa. Setelah memasuki usia tiga bulan, saya sekali lagi cuba berinya botol susu MAM Feel Good Glass.

#TAPReviews: MAM Feel Good Glass Bottle Solusi TEPAT Untuk Si Manja

Ketika membancuh susu, saya perbanyakkan selawat dan berdoa agar anak lelaki saya ini dapat menerimanya dengan baik.

Akhirnya saya dapat menarik nafas selega-leganya! Sungguh saya tidak menyangka bahawa Muhammad amat menyukainya. Dia kelihatan begitu selesa sewaktu menghisap botol susu MAM sehingga tidak sedar susu telah habis!

 

Botol susu MAM memiliki keistimewaan tersendiri

Bagi anda yang tidak tahu, ada beberapa ciri unik yang membuatkan botol susu MAM begitu istimewa berbanding jenama lain.

#1. Didatangkan dalam tiga saiz

#TAPReviews: MAM Feel Good Glass Bottle Solusi TEPAT Untuk Si Manja

Buat pengetahuan ibu-ibu, MAM telah menyediakan tiga variasi botol susu dengan gelas kaca premium iaitu:

-MAM FEEL GOOD GLASS BABY BOTTLE 90ML

-MAM FEEL GOOD GLASS BABY BOTTLE 170ML

-MAM FEEL GOOD GLASS BOTTLE 260ML 

Kini anak saya bakal memasuki usia 5 bulan. Saya beralih kepada botol MAM Feel Good Glass dengan saiz 170ml memandangkan keperluan menyusunya semakin meningkat.

#2.Diuji dengan teliti oleh pasukan perubatan dan keselamatan

Bagi anda yang terbiasa guna botol susu plastik, mungkin berasa sedikit risau untuk mencuba botol susu kaca, kan?

Ya. Saya pun sebenarnya seperti anda! Namun persepsi saya berubah setelah menggunakannya. Hal ini kerana ia dibangunkan dan diuji dengan teliti oleh pasukan pakar perubatan dan keselamatan, pereka dan jurutera MAM.

Botol kaca MAM Feel Good terbukti kuat, tahan lama dan bebas BPA secara semula jadi. Bukan itu sahaja, ia menjadi pilihan saya kerana bersifat mesra alam.

#3. Kaca yang berkualiti tinggi

botol susu bayi terbaik

Variasi botol susu MAM Feel Good diperbuat daripada kaca yang tahan suhu panas. Disebabkan itu ia boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau pemanas botol, ia juga dapat disejukkan dengan cepat.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

#4. Puting susu botol menyerupai puting ibu

Bukan itu sahaja, bayi saya menyukai botol susu MAM Feel Good ini adalah kerana bentukny simetri, sentiasa sesuai dengan mulut bayi. Putingnya amat lembut seolah-olah puting susu ibu.

Seperti yang ada pada semua botol MAM, puting skinsoftTM yang rata dan begitu lembut seperti sutera ini memberikan rasa selesa kepada bayi. Aliran susu melalui puting yang perlahan membuatkan Muhammad tenang ketika menghisap susu. Ini sekaligus mengelakkan risiko tersedak.

Penyelidikan pasaran MAM telah mengesahkan bahawa hampir 94% bayi menerima puting susu ini, sekaligus memudahkan kerja para ibu.

Muhammad dapat membiasakannya dengan mudah dan saya mendapati bahawa produk ini merupakan pelaburan yang cukup berbaloi bagi ibu-ibu.

#5. Botol susu MAM Feel Good mudah dibersihkan

Setelah bayi selesai minum susu, sisa-sisa susu ini langsung tidak melekat pada botol walaupun anda lambat membersihkannya. Saya mendapati botol MAM Feel Good sangat mudah dibersihkan menggunakan beberapa titik pencuci botol sahaja.

Saya tidak perlu menyental begitu lama untuk menghilangkan kotoran yang ada pada botol. Kemudian saya akan sterilkannya pada suhu yang tinggi bagi memastikan ia bersih dari sebarang kuman dan bakteria.

#6. Bentuk botol yang unik

Bukaan lebar pada bahagian botol memudahkan saya mengisi susu dengan cepat dan tanpa serbuk susu tertumpah ke atas lantai.

Muhammad juga dapat memegang botol dengan mudah kerana bentuknya bulat dan ergonomik. Sebagai ibu, ia sememangnya memudahkan waktu penyusuan bayi saya setiap hari!

Saya juga tidak perlu ragu-ragu ketika memberikan anak botol susu MAM FEEL GOOD kerana ia memenuhi piawaian Eropah EN 14350:2020

Setakat ini botol MAM Feel Good ini menepati keperluan bayi saya. Sebagai ibu, saya mendapati Muhammad begitu mudah menerima botol susu daripada jenama ini. Saya tidak perlu memaksanya, hanya perkenalkannya secara perlahan dan semula jadi.

Akhirnya kini dia sudah terbiasa dan gembira setiap kali waktu menyusunya tiba. Pepatah ada mengatakan, ‘’anak gembira ibu bahagia’’. Begitulah yang saya rasainya sekarang. Mungkin lepas ini giliran ibu-ibu pula mencubanya!.

Untuk maklumat lanjut tentang botol bayi dan keperluan lain, anda boleh terus layari laman web MAM disini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

Baca juga: Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

Baca juga: #TAPReviews: All New MAM Cups For Toddlers And Kids

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Produk bayi
  • /
  • #TAPReviews: MAM Feel Good Glass Bottle Solusi TEPAT Untuk Si Manja
Kongsikan:
  • Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

    Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

  • Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

    Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

  • Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
    Stories Rakan Kongsi

    Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

  • Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

    Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

  • Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

    Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

  • Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
    Stories Rakan Kongsi

    Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham