Buah Kering Berkhasiat Untuk Ibu Hamil, 6 Pilihan Yang Boleh Anda Cuba

Buah kering memang terkenal sebagai snek sihat yang sering diambil. Namun persoalannya adakah ibu selamat untuk ibu hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah kering adalah buah-buahan segar yang melalui proses pengeringan di bawah cahaya matahari atau alat pengering buatan seperti ketuhar sebagai snek yang berkhasiat.

Buah yang dikeringkan ini kaya dengan vitamin, mineral, serat dan asid amino yang baik untuk dimakan ketika hamil. Namun, sebenarnya adakah ia selamat untuk semua ibu hamil? 

Memang ia bagus, namun mungkin ada beberapa kesan kepada ibu hamil yang mungkin berlaku jika diambil dalam kadar berlebihan, terutama sekali buat ibu-ibu yang ada GDM ketika hamil. Antara buah kering yang mudah didapati di pasaran termasuklah buah tin kering, buah pala kering, buah zaitun kering buah kundur kering dan buah kurma.

Khasiat Buah Kering Untuk Ibu Hamil

Buah yang dikeringkan ini diketahui antara snek sihat untuk ibu hamil. Makanan ini merupakan sumber antioksidan yang baik serta dapat mengurangkan rasa cepat lapar. 

Mungkin ada individu yang tidak suka dengan rasa buah yang dikeringkan, namun ada juga yang sanggup menerimanya hanya kerana ia sihat dan membawa banyak kebaikan kepada tubuh. 

Jadi daripada mengambil makanan ringan lain, ada baiknya anda ambil makanan yang berasaskan buah-buahan. Manfaat lain buah ini termasuk:

  • Mencegah sembelit selama kehamilan kerana diketahui ibu-ibu hamil sering diserang sembelit yang akhirnya akan mengundang buasir yang sangat menyiksakan. 
  • Buah-buahan kering seperti kurma dapat memenuhi keperluan zat besi harian bagi ibu hamil
  • Kandungan vitamin A dalam jenis buah ini dapat membantu perkembangan gigi dan tulang bayi
  • Mengawal tekanan darah dan mengoptimumkan fungsi otot
  • Membantu meningkatkan kualiti perkembangan saraf dan tulang pada janin
  • Merupakan sumber tenaga dan baik untuk sistem imun kerana mengandungi gula asli yang mudah diserap tubuh
  • Memperkuat fungsi otot untuk membantu kelancaran proses melahirkan bayi
  • Mengandung vitamin E yang dapat mengawal gula darah dan mencegah risiko bayi terkena asma selepas lahir

Jenis Buah Kering Yang Tinggi Khasiat

Pengambilan sederhana buah-buahan kering semasa kehamilan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang. Secara amnya, setengah cawan buah-buahan kering dan setengah auns kacang (12 badam, 24 pistachio, 7 biji walnut) sehari adalah mencukupi untuk kebanyakan wanita hamil.

Namun, setiap wanita berbeza. Oleh itu, kuantiti buah-buahan kering yang boleh anda makan setiap hari semasa kehamilan bergantung pada jumlah pengambilan kalori harian anda dan keadaan kesihatan keseluruhan. 

Rujuk pakar pemakanan atau doktor untuk mengetahui bilangan buah-buahan kering yang boleh anda makan dengan selamat setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Walnut

Walnut adalah makanan tambahan penting untuk diet anda. Kacang sederhana ini merupakan sumber asid lemak Omega-3 yang sangat baik. Nutrien ini mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak. Ia juga membantu dalam meningkatkan perkembangan otak dan melindungi kesihatan otak pada kanak-kanak yang belum lahir.

Cara pengambilan:

Ibu mengandung boleh makan tiga hingga empat biji walnut setiap hari. Walnut boleh dimakan mentah atau selepas dipanggang ringan. Kajian mencadangkan bahawa makan kacang semasa trimester pertama kehamilan boleh meningkatkan perkembangan saraf kanak-kanak.

#2. Aprikot

Makan aprikot semasa hamil dikatakan baik untuk meningkatkan pengambilan zat besi ibu. Sesetengah aprikot mengandungi 10% daripada keperluan zat besi harian anda. Ibu mengandung terdedah kepada anemia. Oleh itu, aprikot boleh menjadi bahagian penting dalam diet ibu.

Penyelidikan mencadangkan bahawa aprikot juga boleh membantu mengawal proses pencernaan ibu dan membantu sembelit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara pengambilan:

Ibu boleh menambah satu atau dua aprikot cincang ke dalam sarapan pagi mereka atau menjadikannya sebagai snek.

#3. Kismis

Wanita hamil sering mengidamkan makanan manis. Kismis semasa mengandung boleh mengurangkan rasa mengidam kepada makanan manis selain ia juga berfungsi sebagai sumber zat besi dan serat yang hebat.

Kismis, juga dikenali sebagai kishmish, membantu badan menyerap air dan seterusnya mencipta kesan seperti julap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara pengambilan:

Ibu mengandung boleh menaburkan empat hingga lima kismis setiap hari pada salad mereka. Kismis boleh dimakan mentah, atau ia boleh direndam dalam air dan digunakan dalam hidangan.

#4. Oren

Oren adalah sumber Vitamin C yang sangat baik. Ini adalah antioksidan penting yang menghalang kerosakan sel.

Cara pengambilan:

Wanita boleh membuat oren kering dengan memasukkannya ke dalam air fryer atau ketuhar. Makan hirisan oren kering ini sebagai snek. Anda boleh makan dengan yogurt atau coklat gelap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Kurma

Kurma adalah penting untuk diet anda. Ia bukan sahaja memberikan rasa manis malah memberi tenaga kepada ibu hamil untuk melawan keletihan. Kurma mengandungi jumlah kalium yang tinggi yang membantu mengurangkan kelemahan otot dan keletihan.

Cara pengambilan:

Wanita hamil boleh mengambil dua hingga tiga biji kurma setiap hari. Ia boleh dicampur ke dalam smoothie atau dimakan mentah.

#6. Prun

Makan prun semasa mengandung menggalakkan penghadaman yang baik dan memerangi keletihan. Semasa trimester pertama, wanita mungkin mengalami kebimbangan.

Menurut kajian, jumlah kalium yang tinggi dalam prun membantu menguruskan kebimbangan dan kemurungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara pengambilan:

Wanita hamil boleh mengambil prun secara berasingan sebagai snek. Seseorang boleh menambahnya ke puding atau salad. Selain itu, ia boleh ditambah kepada makanan yang dibakar atau dicampur menjadi smoothie.

Khasiat Buah Tin

Khasiat buah tin kering memang banyak dan ia memang disarankan untuk diambil oleh ibu hamil. Pengambilan buah tin kering semasa mengandung boleh membantu ibu yang mengalami masalah penghadaman.

Buah tin mengandungi jumlah kalsium, zat besi, kalium, zink dan magnesium yang baik. Makan buah tin semasa mengandung membantu mengurangkan sembelit kerana jumlah serat yang tinggi.

Cara pengambilan:

Wanita hamil boleh mengambil satu hingga tiga buah tin dalam bentuk makanan ringan. Seseorang boleh menambah buah tin segar ke dalam salad mereka. Selain itu ibu hamil juga juga boleh mengambil buah tin dengan mencampurkan 2 cawan susu dengan beberapa ekstrak vanila untuk menambah rasa.

Buah Kering Selamat Untuk Ibu Ada GDM?

GDM adalah keadaan di mana ibu mengalami kencing manis ketika hamil. Ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi jika tidak dipantau termasuk ibu berpotensi melahirkan bayi pramatang

Ibu yang mengalami kencing manis atau GDM ketika hamil perlu lebih berhati-hati dalam sebarang pengambilan makanan ia termasuk juga buah-buahan kering kerana dikhuatiri mengandungi gula yang boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan kandungannya. 

Jadi, sebelum ibu hamil makan makanan ini, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Ia termasuklah: 

  • Pilih buah-buahan yang dikeringkan di bawah cahaya matahari berbanding buah-buahan yang sudah dipek kerana makanan yang dipanaskan dalam waktu lama dalam pek boleh memberikan kesan buruk kepada sistem saraf dan kesuburan anda
  • Hindari buah-buahan kering yang mengandungi gula tambahan
  • Kadang kala buang kering dalam pek mengandungi bahan pengawet yang boleh menganggu penafasan anda
  • Simpan makanan ini dalam bekas yang bersih dan dalam ruangan yang tidak lembab. Anda juga boleh menyimpannya dalam peti sejuk agar buah tetap segar apabila dimakan.
  • Proses pengeringan dalam buah dapat menyebabkan peningkatan kalori. Jadi, anda harus berhati-hati apabila mengambil makanan ini agar tidak mengalami kenaikan berat badan yang mendadak
  • Keadaan setiap ibu hamil adalah berbeza, makan sebelum makan buah-buahan kering anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu bagi memastikan anda benar-benar sesuai untuk mengambil makanan ini

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.

  1. momjunction (November 30, 2022) Dry Fruits During Pregnancy: Benefits, Side Effects And Precautions www.momjunction.com/articles/dry-fruits-in-pregnancy-benefits-side-effects_00791577/
  2. bebodywise (July 3, 2021) 10 Dry Fruits To Have During Pregnancy bebodywise.com/blog/10-dry-fruits-to-have-during-pregnancy/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pemakanan Ibu Hamil - 5 Tips Penting Untuk Jaga Diet Ketika Mengandung

Baca juga: Ibu Mengandung Suka Makan Yang Masam-Masam, Ia Normal Tanda Janin Sedang Membesar

Baca juga: 10 Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung Agar Kulit Bayi Cerah & Bersih Ketika Lahir

Penulis

Lala Annuar