TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Top 15 Buah Tangan Untuk Mertua Yang Menarik & Memikat Hati

4 min bacaan
Top 15 Buah Tangan Untuk Mertua Yang Menarik & Memikat Hati

Buah tangan untuk mertua antara perkara yang wajib dibawa jika anda datang menziarahi. Kami senaraikan pilihan terbaik jika anda buntu.

Membawa buah tangan apabila berkunjung ke rumah sesiapa sudah menjadi perkara lazim masyarakat Malaysia apatah lagi jika bertemu mertua. Jadi apakah buah tangan untuk mertua yang sesuai untuk anda bawa terutama untuk kujungan kali pertama.

Buah Tangan Untuk Mertua

Berikut adalah beberapa barangan atau hadiah untuk mertua yang sesuai anda bawa sebagai buah tangan terutama dalam musim lebaran ini.

1.Buah-buahan

Buah-buahan adalah buah tangan paling ringkas dan sihat untuk anda bawa ke rumah bakal mertua atau mentua anda. Ia juga mudah didapati serta sihat untuk dimakan. Carilah buah-buahan yang segar atau lebih mudah beli saja hamper buah-buahan yang dijual di pasar raya. Antara buah yang sesuai adalah epal, anggur, limau, belimbing, jambu, kiwi, pisang dan mangga. Boleh juga bawa fruit platter. 

2.Kek buah

Kek buah antara kek yang menjadi kegemaran orang tua. Jika anda pandai baking, bolehlah buat sendiri. Tapi jika kurang pandai atau tidak yakin, tempah saja atau beli di kedai kek berhampiran rumah anda. 

3.Puding roti dan kuah kastard

Ini antara desert yang diminati oleh pelbagai peringkat umur. Pencuci mulut ini adalah hidangan sesuai sepanjang zaman. Banyak resepi boleh anda tiru di internet atau boleh juga tempah kepada bakers-bakers di luar sana. 

4.Brownies

Paling mudah untuk didapati di mana-mana kedai kek. Boleh juga pilih pelbagai jenis topping. Pemanis mulut ini diminati oleh sesiapa saja terutama mereka yang sukakan coklat.

5.Kek batik indulgence

Siapa saja yang tidak suka kek batik? Lebih-lebih lagi yang resepinya sudah diolah dan sedap. Gabungan biskut marie dan coklat menjadikan kek batik desert yang popular pada masa kini. Lapisan atas coklat indulgence memberikan rasa yang seimbang pada kek batik ini.

6.Karipap

Kuih tradisional sejak zaman dahulu wajar dibawa kepada bakal mertua anda sewaktu berkunjung ke rumah mereka. Lagi-lagi bakal mertua anda merupakan orang lama yang sudah biasa dengan kuih tradisional ini. Karipap merupakan pastry masyarakat Melayu yang disalut dengan inti kari kentang atau sambal sardin pasti akan membangkitkan selera si pemakan.

7.Kuih ketayap

Kuah ketayap juga merupakan kuih tradisional terbaik untuk dibawa ke rumah bakal mentua anda. Inti kelapa manis yang digabung dengan gula melaka dan daun pandan membangkitkan selera. Tambah pula ziarah petang-petang digabung dengan teh o atau kopi o panas confirm berselera.

8.Sarang burung

buah tangan untuk mertua,hadiah untuk ibu

Khas untuk masyarakat Cina, anda boleh berkunjung ke rumah bakal mentua anda dengan membawa sarang burung yang telah dipack di dalam bekas. Anda boleh sahaja membelinya di kedai-kedai farmasi berhampiran atau di kedai ubat-ubatan. Pastikan anda membeli sarang burung yang dapat menjamin kesihatan mereka. Tidak perlu membelinya dengan kuantiti yang terlalu banyak. Cukup sahaja sebagai buah tngan sewaktu berkunjung ke rumah mereka. Tidak semestinya masyarakat Cina, ada juga kaum Melayu yang mengamalkan sarang burung. 

9.Lauk masakan anda

Jika anda hebat memasak, boleh bawa lauk masakan anda. Tanyalah dulu apa makanan kegemaran mertua atau bakal mertua anda. 

10.Biskut

Terutama pada musim lebaran, tiada salahnya jika buah tangan anda merupakan biskut raya. Belilah sekurang-kuranya tiga jenis, tapi tidak perlulah terlalu banyak.

11.Kerepek

Kerepek antara buah tangan yang sesuai untuk anda bawa. Tapi ada baiknya anda pastikan kerepek itu dipack dalam balang yang cantik, kemas dan sedap mata memandang. Paling selalu dan orang mesti makan adalah kerepek ubi dan kerepek pisang.

12.Makanan khas daerah

Anda berasal daripada mana? Jika Sabah bawalah makanan yang biasa dikaitkan dengan Sabah. Mungkin mertua anda tidak pernah ke sana, jadi bolehlah dia merasa makanan daripada Sabah. 

13.Telekung untuk ibu mertua

Stories Rakan Kongsi
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!

Jika anda dan bakal ibu mertua beragama Islam, telekung antara buah tangan paling sesuai anda bawa kepada ibu mertua. Ini confirm dia suka.

14.Kain pelikat untuk bapa mertua

Ini buah tangan sesuai untuk lelaki. Carilah corak yang unik sikit yang mungkin sukar didapati di kedai-kedia biasa.

15.Set kecil pinggan mangkuk, set tupperware

Boleh juga anda bawa set kecil pinggan mangkuk atau set tupperware. Siapa saja yang tidak suka barangan yang berguna.

mbride

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tengah Cari Idea Untuk Hadiah Bakal Ibu? Ini Dia 14 Produk Yang Berbaloi Jadi Hadiah Untuk Baby Dan Ibu

Baca juga: 8 Baby Monitor Malaysia Terbaik Untuk Pantau Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: 38 Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir Unik & Amat Berguna, Sesuai Untuk Baby Boy Dan Girl

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Top 15 Buah Tangan Untuk Mertua Yang Menarik & Memikat Hati
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham