Sebaik saja disahkan hamil, antara yang selalu didengari adalah ibu perlu ‘makan untuk dua orang’. Kehamilan bukanlah bermaksud anda perlu makan berlebihan, tetapi adalah lebih baik mengambil makanan seimbang seperti sayuran dan buah untuk ibu hamil bagi memenuhi keperluan nutrien tambahan.
Carta diet anda tidak lengkap tanpa pengambilan sayuran dan buah untuk ibu hamil. Pengambilan diet yang seimbang penting untuk memenuhi keperluan nutrien tambahan bagi ibu dan bayi yang sedang membesar.
Sekiranya carta diet anda tidak lengkap dengan sayur-sayuran dan buah-buahan badan anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrien untuk bayi. Jom kita lihat 16 jenis buah untuk ibu hamil ambil dalam diet seharian!
16 buah untuk ibu hamil ambil dalam diet seharian
#1. Pisang
Mengungguli carta nombor satu buah untuk ibu hamil adalah pisang. Pisang mengandungi folat, vitamin C, B6, potassium dan magnesium. Folat berfungsi melindungi fetus daripada mengalami kecacatan tiub eural , vitamin B6 boleh membantu mengawal kadar garam anda.
Ketidak seimbangan cecair dalam badan akan menyebabkan loya dan muntah-muntah kepada wanita mengandung. tetapi pisang yang kaya dengan magnesium akan memastikan keseimbangan cecair dalam badan.
Secara umumnya pisang disyorkan setiap hari untuk dimasukkan dalam diet trimester pertama anda.
#2. Kiwi
Kiwi menjadi buah kedua kerana kaya dengan vitamin seperti C,E,A, potassium, fosforus, magnesium, asid folik dan serat. Kiwi mempunyai kesan penyembuhan pada sistem pernafasan. Kiwi juga membantu melindungi anda daripada selesema dan batuk.
Ia mengurangkan risiko mengurangkan risiko pembekuan darah kerana mengandungi fosforus yang tinggi dan membantu menyerap zat besi.
#3. Jambu batu
Nutrien yang terdapat dalam jambu batu membuatkan ia menjadi antara buah wajib yang patut diambil oleh ibu hamil.
Ia kaya dengan Vitamin C, E, iso-flavonoids, karotenoid dan polifenol. Jambu batu juga membantu pencernaan dan memberi kekuatan pada sistem saraf bayi.
#4. Epal
Epal juga menjadi antara buah penting untuk dimakan ibu hamil bagi meningkatkan sistem imun ibu dan bayi.
Ia membantu mengurangkan bunyi desahan, asma dan ekzema ketika anak anda membesar. Epal kaya dengan nutrien dan mengandungi vitamin A, E dan D selain zink.
#5. Pir
Pir adalah hampir sama dengan epal dan ia mengandungi kadar asid folik yang tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin C.
#6. Nona
Buah nona kaya dengan vitamin A dan C, yang penting untuk mata, rambut, kulit dan tisu badan bayi yang sedang membesar. Buah ini disyorkan kerana ia akan meningkatkan perkembangan kognitif bayi anda.
#7. Delima
Buah delima kaya dengan kalsium, folat, zat besi, protein dan Vitamin C. Buah ini sangat disyorkan untuk diambil ketika hamil.
#8. Avokado
Avokado terkenal dengan kekayaan folat di dalamnya berbanding buah-buahan lain. Ia juga adalah sumber terbaik untuk Vitamin C, B dan K selain mengandungi serat, kolin, magnesium dan potassium. Ia juga mengandungi zat besi. Kolin adalah penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi kerana kekurangan kolin mempengaruhi memori bayi.
#9. Mangga
Mangga mengandungi tinggi kandungan vitamin C, yang membantu pencernaan, mengelakkan sembelit dan melindungi anda daripada jangkitan kecil.
#10. Ceri
Ceri kaya dengan Vitamin C, dan membantu melawan jangkitan seperti selesema. Ia juga memastikan penyaluran dan bekalan darah yang efisien kepada plasenta.
#11. Strawberi
Strawberi kaya dengan vitamin, serat dan folat. Ia juga mengandungi manganese dan potassium yang membantu pertumbuhan tulang yang kuat untuk bayi.
#12. Tembikai
Tembikai memngandungi vitamin A, C dan B6. Ia juga mengandungi magnesium dan potassium. Dilengkapi dengan mineral, ia juga kaya dengan serat. Anda disarankan memasukkan tembikai dalam diet anda terutama pada trimester terakhir kerana ia mengurangkan rasa pedih ulu hari dan bengkak kaki dan tangan (edema) dan meredakan kekejangan otot.
#13. Ciku
Ciku kaya dengan elektrolit, vitamin A, karbohidrat dan tenaga. Ia membantu mengurangkan pening kepala dan loya selain mengurangkan iritasi usus.
#14. Bluberi
Bluberi kaya dengan vitamin C, folat, kalsium dan serat. Pastikan anda membeli yang organik ya! Ia bermaksud penanamannya tidak menggunakan racun perosak.
#15. Limau
Limau adalah sumber potassium dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia juga adalah sumber terbaik vitamin C.
#16. Anggur
Angggur kaya dengan nutrien seperti glukosa, fruktosa, phlobaphene, magnesium, kalsium, zat besi, asid folik dan pelbagai jenis vitamin iaitu B1, B2, dan B6.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan
Baca juga: 3 Buah Yang Berbahaya Pada Ibu Hamil, JANGAN Makan Selalu, Lebih-Lebih Ketika Trimester Pertama!