Hati-Hati Tidurkan Bayi Dalam Buaian, Ada Bahayanya, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Buaian memang cara yang bagus untuk tenangkan si manja, tetapi ia juga boleh membawa bahaya jika ibu dan ayah tersilap pandang dan cuai. Antara lain boleh efek tulang belakang bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan buaian bayi moden atau yang biasa untuk menidurkan si manja memang cukup sinonim dengan ibu ayah. Lagi-lagi sejak dari dahulu penggunaan buaian ini digunakan secara meluas oleh atuk nenek kita dulu, dengan anak-anak yang ramai dan tiada pembantu, buaian bayi lah yang memudahkan anak untuk tidur lena dengan sendirinya. 

Tentulah ramai ibu bapa yang gemar menggunakan buaian kerana ia memberikan si ibu dan ayah masa untuk diri sendiri. Anak selesa, kita pun gembira!

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa buaian bayi moden atau pun yang biasa memanglah membuatkan si manja tidur dengan selesa, namun ia juga boleh membawa bahaya yang tersendiri?

Apa bahayanya buaian bayi moden & biasa?

Foto: PantangPlus

Seperti yang kita ketahui, bayi yang tidur secara terlentang mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami SIDS (sudden infant death syndrome) tapi itu sekiranya dia tidur atas katil yang rata. Apabila bayi tidur di dalam buaian, posisi kepala mereka ketika berada di dalam buaian tidak rata dan itulah yang membawa risiko pada si manja.

Apabila posisi kepala bayi di dalam buaian mula menyenget, ia akan menyebabkan si manja mengalami kesukaran bernafas. Permasalahan ini juga boleh juga terjadi apabila bayi terlelap di dalam kerusi bayi atau di dalam stroller

Disebabkan itu, sekiranya ibu dan ayah hendak menidurkan si manja, tidak mengapa untuk buatkan bayi tertidur di dalam buaian bayi moden atau biasa. Dengan syarat! Ibu dan ayah segera memindahkan bayi ke permukaan yang rata seperti tilam setelah bayi mula tidur.

Selain dari maut, buaian si manja juga membawa beberapa permasalahan lain yang kurang serius dari kematian tetapi masih perlu diambil perhatian oleh ibu dan ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kecederaan

Sekiranya buaian tidak dipasang dengan betul, ia mungkin boleh jatuh atau patah dan menyebabkan bayi anda mengalami kecederaan. Tali yang digunakan untuk menyambung buaian dengan rangka juga boleh menyebabkan jerutan pada leher si manja jika tidak dipasang dengan betul.

#2. Sindrom kepala rata

Foto: 100Comments

Apabila si manja diletakkan di dalam posisi baring atau duduk untuk tempoh masa yang lama, risiko mereka untuk mengalami sindrom kepala rata adalah tinggi. Disebabkan kepala bayi yang masih lembut, bentuk kepala mereka lebih mudah untuk berubah.

Walau bagaimanapun, kami bukanlah berniat hendak menakut-nakutkan anda. Jika anda merasakan bahawa menggunakan buaian adalah pilihan yang terbaik bagi anda, teruskan! Tetapi, pastikan anda memberi sepenuh perhatian terhadap bayi jika mereka tertidur di dalam buai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda sudah tidak mahu menggunakan buaian tetapi tidak tahu bagaimana hendak membuatkan si manja selesa dengan tempat tidur baharu, jangan risau! Tentulah kami ada juga berkongsi tipsnya.

#3. Efek tulang belakang

Jika anda menggunakan buaian bayi terlalu awal untuk tidurkan bayi anda ia kemungkinan besar boleh beri efek pada tulang belakang mereka. Disebabkan itu ramai ibu ayah meletakkan bantal atau tilam di dalam buaian bayi bagi membuat permukaan jadi lebih rata. Namun perbuatan itu juga dikatakan boleh membahayakan bayi iaitu bimbang apabila bayi bergerak tilam pun bergerak latas menutupi muka bayi dan sebagainya. Jadi apa yang anda boleh lakukan tunggu dulu sehingga badan bayi sedikit kuat, dan bayi boleh mengangkat kepalanya sendiri. 

Kalau bayi sudah terbiasa tidur dalam buaian bagaimana?

Foto: Unicartapp

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sekiranya si manja anda berusia kurang dari 4 bulan, ketika si manja sudah terlelap ketika berada di dalam buaian bayi moden atau biasa, anda boleh memindahkan mereka ke dalam katil bayi. Lama-kelamaan pasti mereka akan membiasakan diri untuk tidur di dalam katil.
  • Anda juga boleh mencuba meletakkan bayi di dalam katil bayi ketika mereka dalam keadaan yang sangat mengantuk. Pasangkanlah lagu-lagu yang nyaman untuk memudahkan si manja untuk terlelap.
  • Letakkan buaian di tempat yang bising supaya si manja akan tahu bahawa buaian bukanlah tempat untuk tidur, sebaliknya ia adalah tempat untuk bermain dan berjaga.

Alternatif lain bagi buaian

  • Puting

Sama seperti buaian, puting juga mempunyai reputasi yang terkenal disebabkan mereka dapat membantu bayi tidur dengan lebih mudah.

  • Membedung si manja

Kadang kala, bayi anda mungkin hanya hendak merasakan seperti mereka didakap. Oleh itu, membedung mereka adalah cara yang baik untuk membuatkan si manja berasa seakan-akan dipeluk. Lagi pula, apabila dibedung, pergerakan si manja juga agak terhad dan menyebabkan mereka harus tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mesin white noise

Untuk membantu si manja anda tidur dengan lebih mudah, anda boleh menggunakan mesin white noise untuk membuatkan bunyi-bunyian bising persekitaran si manja direndahkan kepada tahap minima. Dengan tiada bunyi gangguan, si manja mungkin akan mengantuk dengan lebih cepat dan tidur dengan lebih mudah tak kira di mana pun.

Akhir kata, kami hendak menekankan bahawa penggunaan buaian bayi adalah terpulang kepada ibu dan bapa si manja. Pilihlah kaedah yang paling mudah bagi anda dan happy parenting!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Very Well Family

Baca juga: 4 BAHAYA yang boleh terjadi jika bayi anda tidur dengan bantal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan