TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

6 Situasi Anak "Poo Poo" Tak Kena Tempat, Anda Pasti Tak Akan Lupa Pengalaman Ini!

4 min bacaan
6 Situasi Anak "Poo Poo" Tak Kena Tempat, Anda Pasti Tak Akan Lupa Pengalaman Ini!

Bila ada anak kecil, memang tak dapat lari dengan kisah lucu dalam membesarkan mereka. Ikuti perkongsian 6 ibu ayah ini...

Bila sudah ada anak, pelbagai ragam mereka kita dapat lihat. Ada yang kelakar, sedih, gembira dan ada juga yang menjijikkan! Ha…agak-agak apa? Ia adalah bila si kecil tercicir buang air besar!

Aduhailah sayang… Bayangkanlah, kita sudah melawa bersiap untuk keluar, kemudian anak pula dirapikan dengan pakaian comel.

Tapi semua itu tak bertahan lama sebab anak mesti akan buat hal macam terberak atau terkencing hingga habis pakaian yang dipakainya! Tak cukup dengan itu, kalau pakaian dia saja tak apalah kita boleh salin dengan yang baru, tapi dengan kita sekali kena tempiasnya! 

Jom kita baca perkongsian daripada enam orang ibu ayah ini yang pernah berhadapan dengan situasi tersebut. 

Amaran: Kisah ini mungkin sedikit “kotor” untuk anda. 

6 situasi bila si kecil buang air besar di tempat yang tak sepatutnya!

#1. Buang air besar dalam kedai di pusat membeli belah 

buang air besar, buang air kecil, bayi buang air besar, anak berak, najis anak, najis bayi, najis kanak kanak, bayi berak, anak buang air besar, kisah lucu tentang anak, lucu anak berak, lucu anak buang air besar, kisah poo poo anak, kisah poo poo si kecil

Kredit : Mommy Asia

Semasa kami keluar ke sebuah pusat membeli belah, tiba-tiba rasa sesuatu yang hangat apabila sentuh bawah punggung bayi.  Setelah melihat ke bawah, saya tengok dia mengeluar banyak “poo poo” yang sedang mengalir di kakinya!  Keadaaan lebih teruk bila najisnya menitis dan terkena di seluruh kaki saya dan lantai kedai. Apa lagi, terus bawa si kecil ke tandas terdekat dan cepat- cepat bersihkannnya.  Bila diingat kembali memang malu dan saya tekad tak mahu ke kedai itu lagi. 

#2. Si kecil “membuang” atas karpet rumah!

Masa itu saya sedang potty training anak dan biarkan si kecil tanpa diaper selama beberapa jam. Namun tempat kegemarannya untuk “membuang” bukan dalam tandas tapi di atas karpet rumah! 

Bukan sekali dia buat sudah banyak kali dia tercicir membuang atas karpet rumah dan pernah di atas karpet dalam bilik tidur kami. Ewww!!!

#3. Semua yang dukung terkena najis anak! 

buang air besar, buang air kecil, bayi buang air besar, anak berak, najis anak, najis bayi, najis kanak kanak, bayi berak, anak buang air besar, kisah lucu tentang anak, lucu anak berak, lucu anak buang air besar, kisah poo poo anak, kisah poo poo si kecil

Kredit Alodokter

Biasalah bila hujung minggu, keluar dengan isteri dan kawan-kawan ke pusat membeli belah dan tentunya si kecil kami akan ikut sama.  Masa itu dia tak mahu duduk dalam stroller jadi semua orang kena gilir-gilir dukung dia. Kemudian salah seorang kawan minta saya dukungkan Isabelle dan saya sedari lampinnya telah bocor. 

Najis dia pula ada di merata tempat. Bahkan sudah terkena di atas lengan dan baju saya! Alamak! sabar sajalah….

#4. Anak buang air besar di Tembok Besar China 

Anak saya baru saja masuk tiga tahun dan baru belajar untuk tak pakai lampin. Jadi bila nak poo-poo memang tercicir di mana-mana saja hingga kadang-kadang tak sempat nak cari tandas.  Nak dijadikan cerita, masa itu orang ramai tengah berpusu-pusu ambil gambar tapi kami pula terpaksa berkejaran mencari tandas. Akhirnya dia terberak di atas tangan saya dan di dalam seluar dalamnya. Paling tak boleh lupa di depan Tembok Besar China! ha ha ha. 

#5. Dia poo-poo atas muka saya!

Myrah adalah bayi kolik setelah masuk ke umur tiga bulan dan saya selalu memberinya minyak urut. Masa itu pula, saya letakkan dia atas muka sambil geletik tubuhnya ajak bermain sama. Tapi dengan tiba-tiba dia berak atas muka saya. Habis muka terkena tahi dia. Euwww.. 

#6. Dia poo-poo atas tangan saya masa sesi bergambar 

buang air besar, buang air kecil, bayi buang air besar, anak berak, najis anak, najis bayi, najis kanak kanak, bayi berak, anak buang air besar, kisah lucu tentang anak, lucu anak berak, lucu anak buang air besar, kisah poo poo anak, kisah poo poo si kecil

Kredit: Indonesia Raya.co.id

Anak perempuan saya berumur sebulan dan ketika itu saya ambil gambar dengannya sambil dia duduk atas tangan saya selama dua minit. Tapi tiba-tiba saya rasa panas bahagian tangan rupa-rupanya dia terberak atas tangan saya! Aduhai sabar sajalah, kan.

Apakah anda juga ada kisah lucu yang sama? Kongsikan dengan kami dalam ruangan komen di bawah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Pavin Chopra. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Jenis Tahi Bayi Yang Normal & Tidak Normal, Ibu Kena Peka Pada Warna Najis Si Manja

Stories Rakan Kongsi
Start your day strong with protein from milk
Start your day strong with protein from milk
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan, Dah Pandai Senyum & Terhibur Bila Diagah!
Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan, Dah Pandai Senyum & Terhibur Bila Diagah!
Mengapa Pendidikan Kewangan Penting
Mengapa Pendidikan Kewangan Penting

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku bayi
  • /
  • 6 Situasi Anak "Poo Poo" Tak Kena Tempat, Anda Pasti Tak Akan Lupa Pengalaman Ini!
Kongsikan:
  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

    Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

  • Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

    Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham