Siapa saja tak terkejut tengok perbuatan wanita ini. Dia buang bayi baru lahir dalam plastik sampah hitam dan campak bayi ke dalam tong sampah macam itu saja! Macam dia buang sampah!
Tergamaknya ibu ini melakukan perkara demikian kepada anak yang dikandung selama sembilan bulan. Tak tahulah apa yang ibu ini fikirkan.
Bungkus anak baru lahir dalam plastik hitam & campak dalam tong sampah
Dilaporkan, ibu berusia 18 tahun ini didakwa dengan dakwaan cubaan membunuh dan jenayah penderaan kanak-kanak apabila dia membuat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah.
Mujurlah bayi berkenaan disahkan masih hidup selepas ditemui oleh tiga individu yang mencari sampah dalam tong sampah berkenaan.
Panik kerana tak tahu diri mengandung, tiba-tiba dah bersalin
Ibu berkenaan dilaporkan memberitahu pihak polis bahawa dia tidak perasan bahawa dirinya mengandung sehingga pada suatu hari dia bersalin dan panik.
Ia antara punca ibu berkenaan bertindak nekad dengan membuang bayinya yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah!
Berhadapan dengan situasi hamil luar nikah
Walaupun di Malaysia, rata-ratanya rakyat beragama Islam namun terdapat banyak kes-kes merisaukan seperti anak luar nikah, malah statistik menunjukkkan ia masih di tahap yang merisaukan.
Jika pasangan ingin bertanggungjawab sekalipun, ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi seperti sokongan keluarga, respon orang sekeliling, kebajikan anak, prosedur hospital dan banyak lagi.
Panduan untuk ibu hamil luar nikah
Tidak dapat dinafikan, apabila hamil luar nikah, pasti pelbagai perkara dan persoalan berlegar di minda. Ketika itu pelbagai perkara difikirkan dan sudah pasti mendatangkan ketakutan dan kerunsingan.
Apa yang wajib anda buat adalah beritahu pasangan yang menyebabkan and hamil supaya dia tahu dia patut bertanggungjawab atas perbuatannya.
Yang ini mungkin paling sukar, tetapi anda perlu beritahu ibu bapa anda. Mereka mungkin kecewa dan marah, namun kesilapan tersebut telah berlaku dan ia merupakan satu risiko yang anda perlu lalui.
Lebih adil sekiranya ibu bapa kepada pasangan juga mengetahui tentang perkara ini. Utamakan bayi anda kerana dia tidak bersalah, ingatlah yang si kecil dalam rahim itu tiada tempat bergantung melainkan anda.
Apa yang anda boleh buat kini adalah mengakui kesilapan dan pastikan:
- Jangan gugurkan atau buang bayi tersebut.
- Tebus kesilapan dengan menjaga anak itu, kerana sekiranya anda bertindak meninggalkan bayi ia mungkin lebih sukar untuk anda berpatah balik.
- Sekiranya anda tidak mampu menjaga anak itu, pihak JKM mungkin akan mengambil anak untuk dijaga dengan baik.
- Anda ada tempat yang baik sekiranya tidak mahukan bayi itu. Ada baby hatch yang boleh menerima. Jangan bertindak melulu dengan buang bayi di merata tempat. Anda tidak akan dikenakan sebarang tindakan pun bila letakkan bayi di baby hatch.
Apa ibu bapa perlu buat?
Tidak salah rasa kecewa, tapi ketika ini anak anda hanya ada anda saja untuk bantu mereka. Jadi apa yang perlu ibu bapa buat?
- Cuba terima anak walaupun anda tidak bersetuju dan marah dengan tindakannya.
- Ketepikan perasaan malu dan tidak menghukum si anak yang sedang sarat mengandung.
- Jika si ibu ikutkan emosi, risau pula anak akan menggugurkan bayi dalam kandungan akibat tiada bantuan yang boleh dia bergantung.
- Ingatlah yang anak di dalam rahim anak anda adalah cucu anda, walau apa pun yang berlaku.
- Berbincang dengan anak tentang keputusannya tentang penjagaan bayi.
- Jika pasangan anak ingin bertanggungjawab, sebaik-baiknya izinkan pernikahan agar bayi mendapat kehidupan yang baik dan tidak dihukum atas kesalahan ibu bapanya.
- Jangan lupa bawa anak buat pemeriksanaan pranatal!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil…
Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin
Baca juga: 9 Pantang Larang Ketika Mengandung Zaman Moden Ini, Ibu Hamil WAJIB Alert!