X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Buaya 4.7 Meter Baham Budak Ditangkap, Baju Mangsa Ditemui Dalam Perut

3 Aug, 2020
Buaya 4.7 Meter Baham Budak Ditangkap, Baju Mangsa Ditemui Dalam PerutBuaya 4.7 Meter Baham Budak Ditangkap, Baju Mangsa Ditemui Dalam Perut

Dia sempat berpaut pada akar pokok bagi menyelamatkan diri daripada dibaham buaya, tetapi tidak berhasil dan terpaksa menyerah kepada haiwan ganas itu.

Ngeri rasanya membayangkan nasib budak berusia 14 tahun ini. Dia sempat berpaut pada akar pokok bagi menyelamatkan diri daripada dibaham buaya, tetapi tidak berhasil dan terpaksa menyerah kepada haiwan ganas itu. Buaya dibedah siasat akhirnya menemui baju budak berkenaan dalam perut haiwan itu. 

Kejadian di Sungai Batang Belawai, Sarawak itu berlaku dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mencari siput di sungai berkenaan. 

Berdasarkan laporan iloveborneo, buaya berkenaan ditangkap oleh Unit Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Buaya dibedah siasat, jumpa tulang manusia baju mangsa 

Buaya dibedah siasat

Kredit foto: iloveborneo

Mangsa dilaporkan telah disambar buaya ketika sedang mencari siput di sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya. 

Dia dikatakan sempat berpaut pada akar pokok, tetapi tidak dapat bertahan. 

Buaya yang ditangkap tersebut telah dibedah siasat bagi mendapatkan bukti dan hasilnya telah berjaya menemui beberapa anggota badan manusia.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, mereka juga menemui baju mangsa di dalam perut buaya tersebut. Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang dan dipercayai dibaham buaya.

Akhirnya buaya berkenaan berjaya ditangkap pada hari keenam operasi pencarian budak lelaki itu.

12 fakta menarik mengenai buaya

#1. Haiwan reptilia mirip cicak

Buaya merupakan haiwan reptilia yang mempunyai bentuk fizikal mirip dengan cicak tetapi ia adalah cicak raksasa. Ekornya yang panjang sama seperti cicak menyebabkan ia dianggap seperti cicak gergasi.

#2. Mendayung guna ekor

Buaya dibedah siasat

Kredit foto: Radarindo

Ekor buaya bertindak sebagai dayung ketika berenang, sehingga membantu bergerak dengan pantas di dalam air.

#3. Bergerak pantas dalam air

Selain sangat pantas bergerak dalam air, buaya juga mampu berjalan di darat dengan kepantasan kira-kira 45 kilometer sejam (km/j).

#4. Tidak berpeluh

Buaya dibedah siasat

Kredit foto: Goa Villa

Buaya tidak boleh berpeluh kerana tidak mempunyai kelenjar peluh, buaya mengeluarkan panas tubuhnya melalui mulut dengan cara menguap. Disebabkan itu, kita selalu lihat buaya berehat di tepi tebing, atau ketika pergi ke zoo kita lihat haiwan ini selalu berehat di tepi tebing sambil mulutnya terbuka. 

Ia adalah cara mereka mengeluarkan panas dari tubuh. Jadi ketika mulutnya terbuka bukan bermakna mereka ingin mencari atau membaham mangsa tetapi ia juga bagi menstabilkan suhu tubuh.

#5. Ketinggian/panjang boleh cecah 6.5 meter

Stories Rakan Kongsi
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Perfect protection for your phone
Perfect protection for your phone
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!

Buaya terbesar yang pernah ditemui adalah buaya jenis saltwater atau air masin dengan ukuran panjang mencapai 6.5 meter.

Salah satu jenis buaya saltwater, namun sepertinya buaya itu hanya mempunyai panjang 3 hingga 4 meter.Salah satu jenis buaya saltwater, namun biasanya buaya hanya mempunyai panjang 3 hingga 4 meter.

#6. Saiz terpendek 1.5 meter

Buaya terpendek yang sudah maksimum pertumbuhannya adalah buaya jenis Caviers Dwarf Carma yang hanya memiliki panjang sekitar 1.5 meter.

#7. Masuk anak dalam mulut lindung bahaya

Jika terdapat bahaya, induk buaya boleh memasukkan anaknya ke dalam mulut. Bukan untuk dimakan, tapi supaya anaknya selamat dari bahaya tersebut. Hal ini sama dengan yang dilakukan ikan mujair pada keadaan yang serupa pula.

#8. Boleh hidup sehingga 60 tahun

Buaya dapat hidup hingga berumur sampai 60 tahun. Hampir sama dengan manusia zaman sekarang.

#9. Lidah statik. tidak boleh bergerak

Lidah buaya menempel pada mulut mereka dan buaya tidak dapat menggerakkannya bebas seperti kita.

#10. Memiliki jantung dengan fungsi unik

Buaya juga mempunyai 4 salur dalam jantungnya mirip dengan manusia. Selain itu, buaya memiliki jantung yang terdiri dari banyak pembuluh darah.

Apa yang menariknya adalah, peredaran darah buaya dapat diatur atau diubah arahnya. Kondisi ini boleh terjadi apabila buaya berada di keadaan tertentu, seperti ketika mereka terancam atau terjadi gangguan pada tubuhnya.

#11. Buaya tidak kunyah makanan

Kita biasa melihat bahawa buaya makan dengan amat gelojoh dan rakus sekali. Bagaimanapun, mereka sebenarnya langsung tidak mengunyah makanan itu. 

Buaya menelan makanannya berdasarkan potongan dan robekan gigi mereka.

#12. Buaya boleh mengeluarkan air mata

Ketika sedang makan, buaya menelan terlalu banyak udara sehingga membuatkan kelenjar lachrymal memaksa air mata keluar.

Kejadian itu bukanlah bermakna ia adalah emosi palsu buaya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: iloveborneo, Facebook,idmtans

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comgigi-buaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Buaya 4.7 Meter Baham Budak Ditangkap, Baju Mangsa Ditemui Dalam Perut
Kongsikan:
  • Wow, Budak Perempuan Ini Selamba Berus Gigi Buaya Sambil Mandi Bersamanya!

    Wow, Budak Perempuan Ini Selamba Berus Gigi Buaya Sambil Mandi Bersamanya!

  • Terpaksa Berputih Mata, Ikan Arowana Berharga RM600 Digoreng Bapa!

    Terpaksa Berputih Mata, Ikan Arowana Berharga RM600 Digoreng Bapa!

  • 'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

    'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Wow, Budak Perempuan Ini Selamba Berus Gigi Buaya Sambil Mandi Bersamanya!

    Wow, Budak Perempuan Ini Selamba Berus Gigi Buaya Sambil Mandi Bersamanya!

  • Terpaksa Berputih Mata, Ikan Arowana Berharga RM600 Digoreng Bapa!

    Terpaksa Berputih Mata, Ikan Arowana Berharga RM600 Digoreng Bapa!

  • 'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

    'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.