Makanan Bayi 6 Bulan Segera Yang Lazat & Tanpa Bahan Pengawet Untuk Ibu Pilih

Pejam celik anak sudah boleh makan. Ibu ayah kalau sibuk bekerja, boleh cuba bubur bayi 6 bulan ini untuk anak. Mesti mereka suka!

Masuk usia bayi 6 bulan, si manja sudah boleh diberikan makanan pertama selain susu seperti bubur nasi bayi, buah-buahan, sayur-sayuran dan sumber protein yang lain. Walau bagaimana pun, selain memasak sendiri, para ibu juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan bayi 6 bulan segera yang boleh didapati di pasaran.

Sememangnya makanan homemade lebih baik dan terjamin kebersihannya, namun mujurlah kini banyak produk makanan segera untuk bayi yang dipek dengan baik malah berkhasiat.

Bagi parents yang tidak sempat menyediakan snek untuk anak, ini pasti lebih mudah kerana kebiasaannya makanan segera hanya perlu disiapkan dengan menambah air panas sahaja.

Panduan Memilih Makanan Bayi 6 Bulan

Dalam memilih makanan bayi, harus diperhatikan beberapa perkara terlebih dahulu seperti bentuk, tekstur, rasa serta keselamatan kandungannya untuk bayi. Selain itu, perhatikan juga:

  1. Cara pembungkusan: Produk makanan segera untuk bayi disediakan dalam bungkusan yang berbeza, ada yang dipek dalam plastik, kertas dan botol. Pilih bungkusan yang memudahkan parents dalam keadaan tertentu.
  2. Kandungan bahan yang sesuai dengan usia bayi:  Pastikan bahan di dalam bubur segera bersesuaian dengan usia si manja. Ini kerana tidak semua makanan sesuai untuk bayi di bawah usia 1 tahun. Kebiasaannya ada tertulis usia yang dibolehkan pada pek untuk produk tersebut.

8 Produk Makanan Bayi 6 Bulan Yang Sedap Di Pasaran

Tidak salah memberikan makanan segera pada si manja,  asalkan parents memilih dengan cermat. Berikut merupakan beberapa pilihan kami:

8 Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik
Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge
Terbaik Dengan Prebiotik
Beli di Shopee
Baby Natura Organic Baby Meal Brown Rice Porridge
Terbaik Untuk Bayi Alahan
Beli di Shopee
Heinz First Steps Porridge
Terbaik Dengan 12 Vitamin dan Mineral
Beli di Shopee
Izzly Serbuk Beras Putih Segera
Terbaik Jenama Lokal
Beli di Shopee
Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain
Terbaik Beras Perang
Beli di Shopee
Eatalian Express Little Nuur Ready To Eat Baby Porridge
Terbaik Dengan Lauk Sebenar
Beli di Shopee
Hokido My First Bite Ready To Eat
Terbaik Mudah Dibawa Travel
Beli di Shopee
NBH Rice Sweet Potatoes
Terbaik Jimat Boleh Dimakan Banyak Kali
Beli di Shopee

Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge 

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan Prebiotik 

Bubur nasi bayi dari Natufoodies didatangkan dengan kandungan prebiotik yang baik untuk kanak-kanak.  Prebiotik penting untuk menjana bakteria sihat dan meningkatkan ketahanan imunisasi mereka juga, sangat berbaloi untuk diberikan kepada si manja!

Apa yang kami suka :

  • Bahan-bahan terdiri daripada Nasi Japonica Organik, Serbuk Ubi Jalar Organik, Quinoa Organik, Serbuk Labu Organik, Frutooligosakarida (Sumber prebiotik)
  • Halal
  • Tanpa warna dan rasa buatan, tiada tambahan garam, tanpa gluten, tanpa susu, telur dan kacang
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Dibuat dari beras organik premium dengan prebiotik

Baby Natura Organic Baby Meal Brown Rice Porridge

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Untuk Bayi Alahan 

Produk ini sesuai untuk ibu ayah yang mementingkan kesihatan dan bayi yang alah kepada makanan dengan bahan tambahan, pewarna, perasa tiruan dan lain-lain.

Bubur Beras Coklat Organik Baby Natura dapat membantu parents membuat pelbagai makanan yang berbeza untuk bayi kerana didatangkan dalam pelbagai perasa yang menarik dan sedap!

Apa yang kami suka :

  • Boleh didapati dalam pelbagai perasa termasuklah perasa asli, pisang, lobak merah, labu, quinoa dan oat serta keledek manis.
  • Diproses secara organik dengan bahan-bahan yang ditanam di ladang organik tempatan.
  • Tiada susu lembu, tanpa kacang atau soya, tanpa telur, bebas gluten
  • Tanpa bahan kimia, tanpa warna atau perisa tiruan, tiada pengawet tambahan dan tanpa garam atau gula tambahan

Heinz First Steps Porridge

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan 12 Vitamin dan Mineral 

Mulakan hari si manja dengan menikmati waktu sarapan yang mudah disediakan dengan Bubur First Steps dengan 8 hidangan yang sedap untuk si kecil.

Bubur yang ada pelbagai perisa ini rasanya enak dan mengandungi 12 vitamin dan mineral utama, dengan ketulan kecil yang sangat sesuai untuk si kecil yang baru belajar mengunyah!

Apa yang kami suka :

  • Pelbagai perisa ditawarkan seperti Bijirin Oat, Bijirin Pisang, Bijirin Oat & Pisang, Bijirin Oat & Apple, Bijirin Beri Biru, Bijirin Buah Buahan, Bijirin Oat & Buah Pic, Bijirin Buah & Yogurt
  • Tambahan vitamin dan mineral
  • Mudah disediakan, hanya masukkan air panas sahaja
  • Mengandungi sudu yang berguna di dalam
  • Tanpa perisa, warna atau pengawet tiruan
  • Garam rendah
  • Mempunyai ketulan kecil untuk bayi belajar mengunyah

Izzly Serbuk Beras Putih Segera

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Jenama Lokal 

Produk homemade dari Malaysia ini sebelum ini menggunakan nama Izliyah Kitchen namun telah dijenamakan semula sebagai Izzly Food.

Menjadi pilihan kebanyakan ibu kerana teksturnya yang halus sesuai untuk bayi yang baru mula makan, serbuk beras putih ini hanya diperbuat daripada bahan semula jadi dan boleh disiapkan segera dengan meletakkan air panas sahaja. 

Memandangkan produk ini hanya bubur nasi, ibu boleh meletakkan perasa tambahan yang semulajadi dari pengeluar yang sama juga! Mudah dimuatkan di dalam beg kerana ia dibungkus di dalam pek kecil yang sesuai dibawa travel!

Apa yang kami suka :

  • Produk mesra travel, serbuk beras dalam pek sachet
  • Packaging yang menarik
  • Sesuai untuk bayi yang baru belajar makan, ibu tak perlu risau!
  • Kombinasi yg sesuai bila dicampur dengan serbuk bilis/serbuk ayam dan serbuk sayur/ serbuk buah.
  • Diperbuat daripada beras putih dan beras perang sahaja
  • Tanpa tambahan gula, garam, pengawet, pewarna
  • Dijamin halal dan berkualiti

Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Beras Perang 

Beras perang banyak khasiatnya untuk orang dewasa mahupun bayi. Jika nak sediakan akan mengambil masa yang lama kerana beras perlu direndam terlebih dahulu sebelum dikisar jadi cara yang paling mudah nak buat bubur beras perang bayi , ibu hanya perlu beli beras perang mudah bancuh dari Fawwaz Baby Food!

Satu cawan beras perang menyediakan 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolestrol dalam badan selain dapat meningkatkan kekuatan imun si manja anda.

Apa yang kami suka :

  • Paling sesuai untuk elak bayi sembelit
  • Cuma perlu tambah air, gaul dan siap
  • Travel friendly, serbuk beras dalam pek sachet
  • Halal, keluaran Bumiputera Muslim
  • Walaupun tanpa bahan pengawet, namun boleh bertahan lama

Eatalian Express Little Nuur Ready To Eat Baby Porridge

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Dengan Lauk Sebenar

Jika anak anda sudah lulus dengan makanan asas 6 bulan dan mahu memperkenalkan lauk seperti yang dinikmati keluarga namun tanpa bahan perasa, gula atau garam, ibu boleh cuba produk Little Nuur untuk diberikan kepada si manja anda.

Bubur yang berlaukkan Chicken Kung Pao, Beef Bulgogi, Ikan Singgang, Ayam Percik, Daging Kuzi, Green Curry dan pelbagai lagi lauk-lauk yang biasa ibu ayah makan ada disediakan dalam bentuk pouch yang sedia dimakan.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai dibawa sewaktu travel balik kampung, travel overseas dan bekal baby ke babysitter! Tak perlu bancuh, buka pouch dan terus boleh disuap kepada anak.
  • Tanpa garam, gula, perasa, pewarna, pengawet dan telur.

Hokido My First Bite Ready To Eat

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Mudah Dibawa Travel

Pernah tak waktu ibu nak sediakan puri dan bubur, waktu itu anak menangis atau pernah tak waktu nak travel banyaknya perkakas memasak ibu kena bawa. Runsing kan nak berjalan apabila kena memikirkan hal begini?

Kini ibu tak perlu risau lagi kerana hanya perlu bawa bersama pouch dan koyakkan, dan sedia untuk di makan. Hassle free!

Hokido adalah bubur asli atau puri yang sudah lengkap di masak dan terus diproses, diseal ke dlm pouch pada suhu tinggi untuk menghapuskan total bakteria menggunakan proses retort.

Tidak perlu bancuh atau tambah air panas, ia sedia untuk di makan. Hanya keluarkan sudu koyak dan terus boleh disuap.

Apa yang kami suka :

  • Travel friendly
  • Tak perlu bancuh
  • Menggunakan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran sebenar

NBH Rice Sweet Potatoes

Makanan Bayi 6 Bulan Terbaik Jimat Boleh Dimakan Banyak Kali

NBH memformulasikan puri dalam bentuk serbuk yang sangat halus, mudah disediakan dan dibawa kemana sahaja seperti bercuti, ke rumah pengasuh atautaska, nak bancuh dalam kereta atau kapal terbang pun mudah.

Hanya dengan menambah air panas sahaja sudah siap dan boleh disuapkan ke mulut si comel anda. NBH sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan.

Untuk perisa Rice Sweet Potatoes ini, bubur nasi segera diperbuat daripada 100% beras putih, 100% keledek jepun unggu di mana 1 botol bubur boleh dimakan 10 kali.

Apa yang kami suka :

  • 100% halal dan buatan Malaysia.
  • Tanpa pengawet, tanpa perasa tambahan, dan tanpa pewarna tiruan
  • Hanya tambah air panas atau susu, siap dalam 1 minit
  • Menggunakan bahan-bahan segar 

Perbandingan Harga Makanan Bayi 6 Bulan 

Jenama Harga Berat
Natufoodies Organic Japonica & Quinoa Rice Porridge Sweet Potato & Pumpkin RM22.41 200 gram
Baby Natura Organic Baby Meal Brown Rice Porridge RM16.13 80 gram
Heinz First Steps Porridge RM27.35 240 gram
Izzly Serbuk Beras Putih Segera RM20.00 150 gram
Fawwaz Bubur Berraz Brown Rice Plain RM25.00 150 gram
Eatalian Express Little Nuur Ready To Eat Baby Porridge RM15.90 100 gram
Hokido My First Bite Ready To Eat RM10.00 60 gram
NBH Rice Sweet Potatoes RM16.20 150 gram

Jadual Makan Bayi 6 Bulan

Mengikut World Health Organization (WHO) dan KKM, bayi 6 bulan harus mulakan pemakanan yang spesifik bagi memastikan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi berada dalam keadaan normal.

  • Nasi (Sumber karbohidrat yang memberi tenaga)
  • Sayur dan buah-buahan (Sumber vitamin dan mineral)
  • Protein seperti daging dan ikan (Membina otot tubuh)
  • Minyak seperti minyak zaitun  (Memberi tenaga dan melicinkan tekstur makanan)

Bila ibu nak beri si manja makan, hidangan makanan utama wajib ada bubur nasi, sayur, buah, minyak, ikan dan daging supaya anak dapat nutrisi yang lengkap!

Pakar pemakanan turut mencadangkan ‘4 Days Wait Rule’ ketika bayi berusia 6 bulan.

Cara ini, ibu boleh kenalkan satu jenis makanan pada si manja dan tunggu selama 4 hari. Kenapa 4 hari? Ini untuk memastikan bayi ada alergi apa-apa atau ada masalah dengan pencernaan makanan seperti sembelit atau cirit-birit.

Selepas 4 hari, baru boleh ibu kenalkan dengan makanan baru, jika tiada reaksi yang tak normal seperti cirit birit, sembelit atau alergi. 

Jadi kalau awal-awal, ibu hanya perlu buat bubur kosong dengan minyak je. Selepas 4 hari, ibu boleh tambahkan protein seperti ayam, ikan ataupun sayur-sayuran seperti lobak merah.

Kuantiti Makanan Bayi 6 Bulan

Kebanyakan bayi 6 bulan tak makan banyak pada awalnya kerana mereka dapat nutrisi yang cukup daripada susu formula atau susu badan yang membuatkan mereka kenyang. 

Ingat, perut bayi kecil sahaja dan mereka hanya mampu menampung sedikit makanan. Makan yang berlebihan juga boleh membuatkan makanan tak diproses dengan baik.

Mama hanya perlukan sediakan makanan dalam portion kecil atau menggunakan mangkuk yang kecil sebagai panduan atau boleh juga mengikut panduan seperti jadual atas.

Cara Galakkan Anak Cuba Makanan Baru

Kadang kala pening dibuatnya apabila si kecil asyik tutup mulut pada waktu makan. Ibu dah cuba bagi pelbagai jenis makanan berbeza, kalau makan pun hanya sedikit, selebihnya dibuat main! Ibu jangan terlalu stress ya, mungkin ada cara yang boleh bantu baby bagi kerjasama untuk makan seperti di bawah;

  • Betulkan emosi si ibu dan bayi. Ibu jangan terlalu stress ketika suap anak makan, bayi pula jangan disuap ketika moody!
  • Lakukan sedikit aktiviti yang memerlukan tenaga supaya bayi akan terasa lapar kerana penat bermain.
  • Sediakan suasana makan yang bersih dan elakkan membuka siaran televisyen ketika anak makan.
  • Jangan memaksa anak makan, biar perlahan-lahan asalkan anak dapat habiskan makanan.
  • Jika bayi bosan dengan bubur kosong, ibu dah boleh mula campurkan dengan perasa semula jadi seperti serbuk ayam atau serbuk bilis. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Sempat Masak Makanan Bayi? Ini 13 Produk Organik & Mudah Sedia Khas Buat Si Manja!

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca juga: Bayi Dah Mula Makan Solid? Ini 7 Resepi Dikongsi Hanis Zalikha Untuk Anaknya Dulu

Penulis

Farhana Fuad