X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ajal Budak Usia 11 Tahun Yang Naik Motor Dan Merempuh Ambulans

1 Nov, 2017
Ajal Budak Usia 11 Tahun Yang Naik Motor Dan Merempuh Ambulans

Lagi kejadian kanak-kanak maut kerana kemalangan motor. Ibu bapa tak sewajarnya membiarkan anak bawah umur membawa motor tanpa lesen atau helmet!

Ajal budak berusia 11 tahun

Siapa sangka, perjalanan untuk ke kedai runcit telah meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ini.

Kejadian berlaku di Taiping, pada hari Ahad tempoh hari. 

Seorang kanak-kanak lelaki bernama Ahmad Hazim Ahmad Nazir, yang membonceng motosikal Modenas Kriss dengan kakaknya, Anira Husna, 12 tahun telah bertembung dengan ambulans.

budak bawa motor

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Menurut laporan berita Today Online, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi di persimpangan Jalan Kampung Senduk Tengah di Changkat Ibol, Taiping.

Difahamkan, rempuhan itu telah meragut nyawa Ahmad Hazim kerana beliau terpelosok masuk ke bawah ambulans. 

Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kakaknya, Anira pula ditempatkan di Hospital Taiping akibat kecederaan parah.

Budah bawah umur bawa motosikal tanpa helmet

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping – Pegawai Bomba Kanan 2 Izuan Che Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11:11 pagi.

Mereka bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa yang terperosok di bawah ambulans sudah dikeluarkan oleh orang awam.

Kedua-dua mangsa ini tidak memakai helmet.

Pemandu serta pegawai perubatan yang berada dalam ambulans itu turut tercedera ringan, dipercayai kerana merempuh tiang elektrik selepas bertembung dengan motosikal terbabit.

Menurut Ketua Polis Taiping – Harrith Kam Abdullah, ambulans itu dalam perjalanan dari klinik kesihatan Changkat Jering untuk ke Kampung Senduk, Bukit Gantang bagi mengambil pesakit. 

“Kami percaya pertembungan ini berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa telah keluar tiba-tiba di simpang Changkat Ibol.”

Gara-gara tidak memakai helmet dan menunggang motosikal tanpa lesen, satu nyawa tidak bersalah telah hilang.

Ajal Budak Usia 11 Tahun Yang Naik Motor Dan Merempuh Ambulans

Ajal kanak-kanak yang bawa motosikal

Ini bukan kali pertama nyawa kanak-kanak melayang akibat menunggang motosikal, tanpa lesen dan helmet. 

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Roslan Eusoff, kanak-kanak bawah umur berusia 16 tahun yang maut akibat kemalangan motosikal meningkat sebanyak 86 orang!

Manakala hampir 249 kanak-kanak berusia 11 hingga 15 tahun maut kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan helmet.

budak bawa motor

Kredit: FIA Foundation

Saya bukan ingin menunding jari, tapi perbuatan membiarkan kanak-kanak menunggang motosikal, lebih-lebih lagi tanpa helmet – adalah perbuatan yang amat salah.

Sudahlah nyawa mereka boleh terdedah pada bahaya, perbuatan itu juga boleh mengundang bahaya pada orang lain!

Di China, seorang bapa telah disaman oleh polis kerana membiarkan anak lelakinya yang berusia 6 tahun menunggang motosikal.

Ini berikutan faktor keselamatan masyarakat. 

Ibu bapa tak sewajarnya membiarkan mereka menunggang motosikal, tanpa lesen, walaupun hanya kerana ingin ke kedai berhampiran.

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Dengan tidak memakai helmet lagi!

Sudah tiba masanya tindakan seperti di China itu dipraktikkan di sini.

Datuk Roslan turut menambah isu seperti ini akan dipandang serius oleh pihak berkuasa penguatkuasaan. 

Mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang cuai hingga menyebabkan kecederaan atau kematian pada anak-anak.

Ini sejajar dengan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana-mana ibu bapa atau penjaga akan didenda jika membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen.

Sumber rujukan: Today Online dan Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhati-hati-membawa-bayi-naik-motor-bayi-bolehh-terperangkap-di-jari-jari-tayar/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ajal Budak Usia 11 Tahun Yang Naik Motor Dan Merempuh Ambulans
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham