TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Murid Darjah 1 Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Sampai Kena Tumbuk & Retak Hidung!

24 Jan, 2020
Murid Darjah 1 Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Sampai Kena Tumbuk & Retak Hidung!

Gara-gara tak mahu memberikan wang pada si pembuli, murid darjah satu ini mengalami retak di bahagian tulang hidung!

Ingatkan kes buli di sekolah sudah dibendung tapi rupa-rupanya masih ada lagi kejadian yang berlaku hingga mengakibatkan mangsa retak tulang hidung.

Kejadian ini dikatakan berlaku disebabkan murid lelaki itu tidak mahu memberi wang seperti yang dipinta oleh si pembuli. Lantas dia dicederakan sampai mengalami kecederaan serius di bahagian hidung.

Kes buli di sekolah membabitkan murid darjah satu

buli di sekolah

Selepas kejadian, ahli keluarga mangsa tiada pilihan lain dengan menyebarkannya di media sosial kerana pihak sekolah tidak menangani kes itu dengan cara yang baik.

Menurut perkongsian ahli keluarga mangsa, murid tersebut dibuli oleh budak darjah tiga di sekolah tersebut. Kini, mangsa terpaksa menjalani pembedahan dan rawatan di hospital.

Menggunakan nama samaran Musafir Senja, salah seorang ahli keluarga mangsa ini berkongsi cerita dengan memuat naik status berbunyi begini.

“Biasa dengar kes buli di media sosial, kali ini anak buah saya sendiri yang kena. Apa salah dia? Apa salah budak sekecil 6 tahun yang sepatutnya gembira bersama kawan-kawan lain namun lain jadinya bila anak sekecil ini kena buli di sekolah.

Hanya kerana diminta duit tapi budak sekecil ini tidak mungkin membawa duit banyak-banyak ke sekolah. Budak yang membuli pula darjah 3. Masih terlalu mentah tapi sudah seteruk ini. Sampai anak buah saya terpaksa menjalani pembedahan kerana retak di bahagian tulang hidung dan darah beku. 

“Apa yang mengecewakan kami semua, pihak sekolah langsung tidak mengambil berat dan peka tentang hal ini. Sekolah di mana? Itu biar pihak polis saja yang buat sisatan.

“Kami sekeluarga benar-benar terkilan dengan setiap cikgu dan Guru Besar sekolah itu yang tidak mempedulikan kes sebegini hanya kerana nak menjaga nama baik sekolah. Sungguh mengecewakan.

“Saya percaya dengan kuasa viral ini, cikgu-cikgu pasti mengeali susuk tubuh kecil ini yang berjuang sendiri melawan sakit ini,” katanya.

Menurutnya lagi, simptom yang terpaksa dilalui mangsa seperti darah beku di bahagian hidung, retak tulang hidung, jangkitan kuman dalam darah dan terpaksa melalui antibiotik selama 10 hari.

Dia juga berharap status yang dikongsikan ini dapat sampai terus kepada pihak berkenaan. Sebabnya, pihak sekolah tidak bertanggungjawab dan tak menjaga kebajikan anak murid.

Buli di Sekolah

mangsa buli

Buli merupakan perbuatan terhadap tingkah laku yang agresif bertujuan untuk menyakiti individu lain dari segi fizikal, mental atau emosi.

Ciri-ciri buli seperti niat bermusuhan, ketidakseimbangan kuasa dan berulang dalam tempoh masa tertentu.

Jenis-jenis buli

#1. Buli fizikal

Buli fizikal ini membabitkan tingah laku seperti memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan atau merosakkan harta benda orang lain. Mangsa juga mungkin diejek, diseksa dan dipukul oleh rakan sekelas mereka.

Buli fizikal ini perlu DIHENTIKAN kerana kekadang ia boleh menyebabkan kematian atau kecederaan yang parah hingga boleh melibatkan pihak polis.

#2. Buli lisan atau percakapan

pembuli

Buli ini adalah dalam kategori percakapan seperti menghina, mengejek, mengusik, menyebarkan fitnah, mengancam dan lain-lain.

Buli dalam kategori ini selalunya bertujuan untuk meminggirkan seseorang itu dalam sesebuah kumpulan.

#3. Cyber buli

Stories Rakan Kongsi
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Eratkan jalinan kekeluargaan bersama
Eratkan jalinan kekeluargaan bersama
Bagaimana‌ ‌Untuk‌ ‌Ajar‌ ‌Anak‌ ‌Tentang‌ ‌Wang:‌ ‌Panduan‌ ‌Mengikut‌ ‌Usia‌
Bagaimana‌ ‌Untuk‌ ‌Ajar‌ ‌Anak‌ ‌Tentang‌ ‌Wang:‌ ‌Panduan‌ ‌Mengikut‌ ‌Usia‌
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda

Cyber buli ini adalah melalui penggunaan teknologi terkini seperti e-mel, sms, laman sosial Facebook, Instagram dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menganggu, mengugut dan memalukan orang tersebut.

Malah ia boleh mengakibatkan kesalahan undang-undang dan hukuman penjara jika memenuhi definisi gangguan siber.

Tips elak jadi mangsa buli

  • Berkeyakinan diri yang tiggi
  • Pembuli suka membuli meraka yang lemah dan tidak melawan
  • Pembuli hanya akan mengulangi kegiatan jika merasakan boleh meneruskan tingkah laku negatif itu.
  • Jangan tunjukkan kepada pembuli perasaan anda ketika itu
  • Cuba untuk mengabaikan pembuli
  • Anggap apa yang pembuli ucapkan sebagai kelakar dan tidak menganggu perasaan anda.
  • Tukar subjek untuk alihakan tumpuan pembuli

Diharap mangsa cepat sembuh dan kembali ke sekolah seperti murid-murid yang lain. Semoga kejadian ini memberi pengajaran untuk semua.

Murid Darjah 1 Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Sampai Kena Tumbuk & Retak Hidung!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Musafir Senja, My Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtanda-anak-kena-buli

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Murid Darjah 1 Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Sampai Kena Tumbuk & Retak Hidung!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham