Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

lead image

Bunga lawang adalah sejenis rempah-ratus yang banyak digunakan dalam masakan Melayu, selalunya tergolong dalam empat sekawan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bunga lawang atau star anise adalah rempah yang sering digunakan dalam masakan Asia, termasuk masakan Melayu, Cina, dan India.

Bentuknya yang unik menyerupai bintang dengan lapan kelopak menjadikannya mudah dikenali. Selain memberikan aroma dan rasa yang khas pada masakan, bunga lawang juga memiliki pelbagai manfaat kesihatan yang telah dikenal pasti sejak zaman dahulu

Khasiat Bunga Lawang Untuk Kesihatan

Bunga lawang sememangnya memiliki banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh. Berikut adalah khasiat bunga lawang untuk perempuan dan lelaki:

1. Menguatkan Sistem Imun

Khasiat bunga lawang dapat meningkatkan sistem imun badan dengan menyekat pertumbuhan bakteria yang mengundang pelbagai penyakit. Selain itu, sifat antibakteria juga mampu melawan jenis bakteria yang kebal terhadap antibiotik.

Sistem pertahanan badan yang lemah menyebabkan badan mudah untuk diserang oleh virus dan menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit seperti selesema dan batuk.

Kandungan shikimic acid membantu untuk mencegah serangan virus dan terkenal sebagai sifat anti-viral. Shikimic acid juga merupakan komponen penting dalam penghasilan ubat Oseltamivir untuk merawat influenza.

2. Mengatasi Masalah Insomnia

Menurut kajian yang dijalankan, rempah ini mempunyai sifat penenang iaitu neurotransmiter untuk menjadikan individu lebih tenang dan tidur yang lena.  Bagi mengatasi insomnia, letakkan bunga lawang ke dalam teh herba untuk dijadikan minuman setiap hari. 

Selain itu, minyak pati menghasilkan aromaterapeutik yang membangkitkan mood romantik, mengurangkan tekanan dan sakit kepala. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Baik Untuk Otak Dan Mencegah Masalah Kemurungan

Khasiat bunga lawang kaya dengan sebatian fitronutrien yang mampu melawan keradangan, melindungi tisu otak dan berfungsi sebagai ejen sedatif untuk menenangkan dan melegakan tekanan. 

4. Melancarkan Sistem Pencernaan 

Nutrisi yang terkandung dalam rempah ini boleh merawat masalah pencernaan seperti sakit perut, sembelit dan ketidakhadaman. 

Ia meredakan sakit kembung perut dan kram pada bahagian perut, meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus dan menyerap nutrisi dengan baik. 

5. Bersifat Anti-kanser

Antioksidan dalam bunga lawang dapat menghapuskan radikal bebas juga melawan kanser. Anethole pula berkesan untuk mengurangkan tumor dalam kanser payudara dan penyakit prostat. 

6. Mengawal Kencing Manis

Biasanya, diabetes terjadi disebabkan kurangnya penghasilan insulin yang menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Bunga lawang mempunyai kadar indeks glisemik yang rendah dan kandungan anethole di dalamnya dapat membantu pengawalan paras gula dalam darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Baik Untuk Kulit

Selain itu, sifat anti-mikrobial, anti-radang, antiseptik dan tinggi antioksidan membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas seperti sel-sel kulit dan tanda awal penuaan. 

8. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Minyak rempah ini juga membantu mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung kerana mengandungi sifat analgesik semulajadi.

Ia kerap digunakan dalam amalan tradisional Cina dan Ayurveda yang meningkatkan peredaran darah sambil menurunkan tekanan darah. Biasanya, bunga ini direndam sebagai teh untuk dijadikan sebagai minuman.

9. Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Untuk ibu menyusu, khasiat bunga lawang wanita dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Kebiasaannya, ekstrak bunga lawang digunakan sebagai bahan makanan dan minuman atau minyak.

Menariknya, sebatian anethole berfungsi untuk penghasilan bau yang dapat meniru hormon estrogen dalam merangsang pengeluaran susu ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Mengurangkan Gejala Menopaus

Sama seperti tadi, bunga lawang wanita berpotensi mengurangkan masalah menopaus terlalu awal kerana kemampuannya untuk meniru kesan hormon estrogen dalam tubuh badan.

Ia juga membantu mencegah kerapuhan tulang yang dikatakan punca paras estrogen turun yang menyebabkan berlaku menopaus. 

Kegunaan Bunga Lawang Dalam Perubatan Tradisional

Bunga lawang bukan sekadar pelengkap rasa dalam masakan, malah sejak turun-temurun ia digunakan dalam rawatan tradisional untuk pelbagai jenis penyakit dan penjagaan kesihatan.

Berikut antara kegunaan bunga lawang dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu:

1. Meredakan Selesema

Untuk membantu melegakan selesema secara semula jadi, rebus dua kuntum bunga lawang dalam secawan air mendidih selama kira-kira 15 minit. Selepas itu, tapis airnya dan tambahkan beberapa titis madu serta perahan lemon. Minuman ini boleh diambil ketika masih suam untuk memberikan kelegaan.

2. Mengurangkan Sakit Gigi

Bunga lawang juga digunakan untuk meredakan sakit gigi. Caranya, kisar halus beberapa kuntum bunga lawang bersama bunga cengkih, asam gelugur, halia dan lada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian, bahan tersebut dibungkus menjadi pepesan kecil dan disumbat ke dalam gigi yang berlubang. Ia membantu memberikan kelegaan sementara daripada rasa sakit.

3. Masalah Urat Saraf dan Kebas

Di Pahang, akar kulit bunga lawang kecil digunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan akar kayu untuk merawat masalah saraf dan rasa kebas pada anggota badan. Air rebusan herba ini diminum tiga kali sehari.

4. Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Akar kulit rempah ini turut digunakan dalam rawatan pantang tradisional. Ia dicampur bersama akar ganda rusa, sekecut belimbing, meroyan sisik, akar meroyan panas dan akar pecah belah. Semua bahan ini direbus sehingga mendidih dan airnya diminum tiga kali sehari sepanjang tempoh berpantang.

5. Melancarkan Peredaran Darah

Air rebusan akar kulit rempah ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan peredaran darah. Ia diamalkan secara konsisten, tiga kali sehari, sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat secara tradisional.

6. Penjagaan Kesihatan Dalaman Wanita

Selain selepas bersalin, air rebusan bunga lawang juga digunakan sebagai tonik wanita. Campuran akar bunga lawang kecil dengan ramuan akar kayu lain membantu menjaga kesihatan dalaman wanita apabila diamalkan secara berkala.

7. Menghilangkan Bau Mulut

Untuk masalah nafas berbau, rebus satu hingga tiga kuntum bunga lawang dengan air secukupnya atau rendam dalam segelas air panas selama lima minit. Setelah sejuk sedikit, air tersebut boleh diminum atau digunakan untuk berkumur. Amalan ini digalakkan dua kali sehari, pagi dan petang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Toner Melembapkan Kulit Muka

Bunga lawang juga boleh digunakan dalam penjagaan kecantikan. Rebus segenggam bunga lawang dengan dua cawan air sehingga air menjadi satu cawan sahaja. Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam botol semburan di dalam peti sejuk.

Gunakan sebagai toner pada waktu pagi dan malam untuk membantu melembapkan kulit wajah secara semula jadi.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh Rawat Kesihatan Wanita Dengan Kacip Fatimah? Ini Rupanya Khasiat Kacip Fatimah Yang Kita Tidak Tahu

Baca juga: Bagus Untuk Kandungan, Ini Rupanya Khasiat Kurma Yang Ramai Tidak Tahu!

Baca juga: Khasiat Avocado Untuk Perkembangan Otak, Kesihatan Jantung & Banyak Lagi Manfaatnya Untuk Si Manja!

Penulis

Noorhidayah