Sebelum bayi anda anda mampu mengucapkan kata-kata pertamanya yang paling dinanti-nantikan, dia akan sering berusaha mengluarkan suara comel meskipun kurang difahami. Cara berkomunikasi ini tentu sahaja membuatkan ibu ayah berasa teruja serta berharap si manja boleh memberikan respon setiap isyarat yang diberikan.
Jika anda perasan seiring pertambahan usia si manja, dia akan memilih suara dan kata-kata yang berbeza. Bukan menjadi rahsia lagi sekiranya bayi memberi respon dalam nada suara tinggi.
Baca juga: Kerap Berbual Dengan Bayi Dapat Merangsang Otak & Membuatkan Anak Lebih Bijak
Cara berkomunikasi dan perkembangan bahasa bayi
credit to sources
Sesetengah ibu ayah memilih untuk berceloteh dengan si manja anda, ada juga menekankan pentingnya tidak menggunakan bahasa bayi atau baby talk. Namun ada beberapa pakar mengatakan bahawa baby talk ini mampu meningkatkan kosa kata anak kecil.
Manakala sebuah penelitian terbaru menjelaskan tentang jenis percakapan bayi. Sebenarnya, anak kecil ini belajar vokal dan kosa kata yang lebih baik ketika mendengarnya dari bayi lain.
Kajian ini turut menawarkan pendekatan baru dalam memahami cara berkomunikasi dan perkembangan bahasa bayi. Di samping itu, para ilmuwan melakukan pemerhatian terhadap sekumpulan bayi berusia 5 bulan dan menemui bahawa 40 peratus di antaranya memiliki kecenderungan dan tertarik untuk mendengar suara dari bayi lain.
Menurut profesor dari Universiti Mcgill, Linda Polka mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa hasil penelitian ini memberikan gambar yang lebih baik bagaimana bayi mengembangkan pemahamannya terhadap bahasa lisan.
Sesuatu yang dimiliki bayi dianggap sebagai sifat bawaan dan apa yang dibentuk oleh pengalaman menjadikan si manja dilatih sebagai pendengar, ia secara tidak langsung menyebabkan latihan komunikasi.
Tips untuk ibu ayah mengembangkan kemampuan bahasa bayi
Meskipun si manja anda tertarik mendengar suara dari bayi lain, ibu ayah tetap memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa bayi bagi tahun-tahun pertama dalam kehidupannya.
”Vokal yang dimiliki bayi cukup unik dan kuat. Percakapan bayi lain dilihat dapat menarik perhatian bayi serta dalam beberapa kes, ia mampu memberikan kesan terhadap emosi,”
credit to sources
”Keadaan ini turut dapat memotivasikan bayi menjadi aktif dan membuatkannya lebih mudah memproses vokal mereka sendiri, kemungkinan dapat memberikan tenaga serta mendukung perkembangan bahasa lisan” jelas Polka.
Untuk pengetahuan ibu ayah, bayi biasanya dapat mengucapkan beberapa kata pertama mereka pada usia 11 hingga 14 bulan. Namun perkembangan bahasa bayi terus bertambah baik setelah ia menjadi kanak-kanak dan dewasa.
Usia 0 hingga 6 bulan
- Memastikan kontak mata. Gendong anak kecil anda dengan erat semasa bercakap dengannya, mereka suka sekali melihat wajah ibu ayah!
- Bicara sambil bernyanyi. Anak kecil sebenarnya menggemari muzik dengan nada tinggi dan rendah.
- Sering mengajak bayi bercakap. Bahkan jika anda sedang menyuapkan makanan atau menukar lampin, luangkan sedikit masa untuk berbicara dengan si manja bagi meningkatkan keterampilan komunikasinya.
- Mengulangi suara yang bayi anda buat mampu meningkatkan perkembangan bahasanya.
- Bernyanyi bersama anak. Setiap bayi biasanya memiliki lagu kegemara dalam membantunya mengenali nada, irama dan bahasa.
6 hingga 12 bulan
credit to sources
- Sembunyikan puting sehingga waktu tidur. Pakar mengatakan bahawa memberi bayi menghisap puting atau botol susu dalam tempoh masa yang lama dapat mempengaruhi perkembangan bahasa dan membuatkan anak lambat bercakap.
- Bacakan buku cerita untuknya. Anda tidak perlu mengajar anak membaca pada usia ini, namun bacakan buku cerita yang disertai dengan gambar mampu membuatkan si manja lebih bersemangat mendengar suara anda.
- Tunjukkan objek yang ada di sekeliling dengan menyebutkan namanya. Sebagai contoh, tunjuk pokok yang ada di depan rumah dan katakan, ”Lihat pokok itu ada daun berwarna hijau!” Sememangnya bayi mungkin masih belum memahami sepenuhnya, namun cara ini dapat mendedahkan mereka dengan bahasa seawal mungkin.
- Cipta permainan yang boleh dimain bersama. Tidak hanya mendorong anak untuk berkomunikasi, main game juga dapat mengajarkan si manja menunggu giliran dan fokus memberikan perhatian.
Sumber: Penulis asal Giasinta Angguni. Artikel ini telah mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bukan Tidak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!