Cara Bertungku Dengan Betul, WAJIB Pada 4 Bahagian Badan Ini Barulah Perut Kempis

Cara bertungku selepas melahirkan anak perlu dilakukan dengan betul agar ia benar-benar berkesan memulihkan kesihatan dan mengempiskan perut para ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan semasa berpantang amat dititikberatkan bagi memulihkan kembali kesihatan tubuh badan selepas melahirkan anak. Antaranya ialah berurut, bertangas, mandian herba dan bertungku. Jika ibu berpantang sendiri di rumah, wajib ambil tahu cara bertungku dengan betul.

Bagi masyarakat Melayu, biasanya amalan berpantang ini dilakukan antara 40 hingga 44 hari. Malah ada yang sampai 100 hari mengikut keperluan individu.

Cara bertungku bagi mengelakkan perut buncit atau menggeleber

credit to sources

Bertungku menjadi salah satu amalan asas dalam berpantang tradisional. Jika tidak dilakukan, tempoh berpantang anda seolah-olah tidak akan lengkap.

Selepas bersalin, ibu boleh bertungku menggunakan tungku besi, batu sungai ataupun anak lesung. Namun ramai mengatakan lebih selesa menggunakan tungku dari batu sungai.

Dalam kalangan masyarat barat, hot stone massage adalah hampir sama dengan amalan bertungku masyarakt melayu. Biasanya, amalan ini dilakukan sebelum ibu mengenakan bengkung.

Menurut perkongsian oleh Mira Baharin, dia menjelaskan bahawa cara bertungku yang betul mendatangkan manfaat yang besar bagi kesihatan ibu selepas bersalin. Dia turut menerangkan anggota badan mana yang perlu ditungku, sebab dan bagaimana untuk mempraktikkannya sebagai rutin ketika pantang.

Cara bertungku dengan betul menggunakan batu sungai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

”Ni nama di tuku masok (orang Kelantan panggil), guna batu sungai. Bukan tuku moden yang guna tungku jenis besi. Saya imbas kembali masa berpantang bersalin anak no.3 pada dua tahun yang lepas.”

”Memang saya berpantang 100 peratus mengikut cara orang lama. Inilah rahsia ibu saya selepas bersalin, habis pantang perutnya kempis dan tidak buncit. Saya teruskan amalan bertungku ini sehingga hari ke-40 berpantang.” jelasnya.

Antara bahagian tubuh badan yang perlu ditungku ialah:

#1. Bahagian peranakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teknik bertungku yang betul berupaya mengecutkan peranakan yang mengembang sewaktu ibu mengandung. Ketika melakukannya, anda hendaklah berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, leher, ketiak dan belikat.

Ibu boleh melakukannya ketika dalam keadaan berbaring.

#2. Tungku diletakkan di sekitar buah dada

Hal ini untuk membantu darah mengalir dengan baik dan merangsang penghasilan susu badan. Selepas itu, anda boleh berpindah ke bahagian ulu hati.

Tujuannya adalah untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Kemudian, beralihlah ke bahagian kanan dan kiri ketiak. Setelah itu bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Di bahagian tengkuk

Caranya adalah meletakkan batu tungku di bawah tengkuk seperti anda menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

#4. Di bahagian bawah pinggang

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu perlu bertungku di bahagian betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15 hingga 20 minit.

Pada bahagian terakhir iaitu tapak kaki, kaki hendaklah dirapatkan dan digerakkan ke depan dan belakang atau anda boleh menggolek-golekkan tungku ke depan dan belakang.

Sekiranya tungku yang digunakan memiliki bentuk bulat atau bujur, biarkan ia berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Manfaat bertungku untuk kesihatan tubuh 

Menurut Dr. Rusyainie Ramli, amalan bertungku menjadi adat budaya masyarakat Melayu dan tidak salah untuk melakukannya, cuma jangan sampai berlebihan.

Secara sainsnya apabila kita bertungku, haba dari batu tungku akan menyebabkan saluran darah pada kulit akan mengembang. Jadi peredaran darah akan bertambah baik apabila saluran darah tadi berkembang sedikit dari yang asal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu:

  • Oksigen dan nutrisi yang ada dalam darah akan pergi pada bahagian yang kita tungku
  • Mampu melegakan rasa lenguh dan sakit pada otot terbabit. Biasanya proses melahirkan anak menggunakan segala otot di badan dan boleh ‘cedera’
  • Meningkatkan fleksibiliti otot
  • Membantu menyahkan bahan buangan apabila darah mengalir dengan baik

Namun perlu ingat ya. Jangan bertungku secaa berlebihan. Ibu tidak boleh letak batu tungku melebihi 30 minit pada satu tempat. Nanti boleh menyebabkan saluran darah itu mengecut pula.

Bukan itu sahaja, janganlah sampai anda bertungku pada bahagian doktor buat pembedahan Caesarean atau kawasan kemaluan yang dipotong untuk buat episiotomy.

Sumber: Mira Baharin, Rusyainie Ramli

Kredit foto: Google Images, Sahira Lim

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Berpantang Sendiri Ketika PKP, Ini Panduan Mengurus Diri & Bayi Dengan Betul!